Saturday, May 19, 2012

Zahra Lari Peluncur Ais Muslim


Di kala kebanyakan remaja Islam di Malaysia dan di dunia umumnya mula meninggalkan ciri-ciri dan peradaban Islam ada segelintir individu yang masih mempertahankan agamanya.Kerap kita dengar kata-kata yang mengutarakan 'hijab' dan menutup aurat itu ketinggalan zaman. Malah ada juga berbisik bahawa berhijab merupakan identiti masayarakat Arab di padang pasir,Subhanallah! mari kita berkenal dengan sosok remaja dari Emiriyah Arab Bersatu ini yang begitu tegas mengekalkan identiti Islamnya meski pun berada dalam sebuah pertandingan bertaraf dunia. 

Zahra Lari performs during the figure skating European Cup
Keanggunan Zahra Lari terserlah
Nama Zahra Lari mungkin tidak berapa dikenali namun dia telah berjaya melakar nama dalam sejarah sukan Emiriah arab Bersatu ( UAE).
Gadis berusia 17 tahun ini menjadi peluncur ais pertama dari UAE yang melayakkan diri untuk bertanding di acara kejohanan dunia apabila beliau bertanding dalam acara luncur ais di European Cup di Canazei, Italy.
Lebih 50 negara mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut tapi kehadiran Zahra menjadi tajuk perbualan hangat di sana. Apa yang lebih membanggakan Zahra bukan saja mewakili sebuah negara Islam dari benua Arab malah mengekalkan 'hijab' dan menutup seluruh anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan dalam pertandingan itu.
"Ianya satu pengalaman yang mengujakan.Semua orang sangat baik hati dan saya mendapat ramai kawan dari kalangan peserta kejohanan," katanya kepada wartawan XPRESS dalam temubual eksklusif dengan beliau setelah ketibaannya di Abu Dhabi.

Gemalai membuat persembahan
"Tiada sesiapa bertanya mengapa saya memakai penutup kepala semasa membuat persembahan.Memang saya merasa sedikit takut dan gementar pada mulanya namun sebaik saja saya mulakan persembahan keadaan menjadi seperti biasa. Noemi Bedo, jurulatih saya menasihatkan agar saya meluncur tanpa memperdulikan apa-apa pun dan saya rasa saya sudah membuat yang terbaik setakat yang saya mampu," tambah Zara yang juga merupakan ahli Persatuan  'Abu Dhabi Figure Skating' ini yang ditaja oleh Kementerian Sukan Abu Dhabi dan Zayed Sports City.

p/s- semoga kisah Zahra menjadi inspirasi kepada semua remaja Islam di seluruh dunia.Kita  boleh mencapai tahap dunia tanpa meninggalkan hukum-hukum agama.Allahuakbar!!


No comments:

Post a Comment