Tuesday, May 15, 2012

KOLEKSI SURAT RASULULLAH S.A.W



Nabi Muhammad saw mengutuskan surat dan wakil kepada raja, pemimpin serta ketua negara dan kaum yang berlainan untuk mengajak mereka kepada Islam. Langkah berani Rasulullah saw ini menunjukkan bahawa baginda menyedari tanggungjawab besar yang digalas oleh baginda sebagai Utusan Allah yang terakhir di bumi ini.Berikut adalah beberapa contoh surat yang diutus Rasulullah saw semasa hayat baginda.


Surat Nabi SAW kepada Raja Najashi, Raja Habsyah

Rasulullah saw mengutuskan Amru bin Umaiyah al-Damri sebagai wakil menemui Raja Habsyah. Raja Habsyah adalah raja beragama Kristian yang bernama Asyam ibn Al-Jabr atau lebih dikenali dengan Raja Najasyi. Raja Najasyi memeluk Islam  selepas menerima risalah Rasulullah saw dan membalas surat baginda saw.


Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7



Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius


Wahiyyah(atau Dihiyah) bin Khalifah al-Kalbi dihantar sebagai wakil menemui Maharaja Rom, Heraklius. Beliau bertanya kepada Abu Sufyan yang kebetulan berada di sana kerana mengetuai rombongan perdagangan Quraisy tentan peribadi, keturunan, kedudukan sosial, dan kejujuran Rasulullah saw. Beliau berasa terharu dengan surat Rasulullah saw dan melayan wakil baginda saw dengan penuh hormat. Ada riwayat menyatakan beliau memeluk Islam secara sembunyi namun riwayat yang lain menyatakan beliau tetap kafir sehingga menemui ajal.


             Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir






No comments:

Post a Comment