Saturday, May 12, 2012

APA YANG DINILAI WANITA PADA LELAKI??


Subjek utama yang sering dimomokkan adalah ketampanan atau kehenseman seorang lelaki adalah aset untuk menarik perhatian wanita.Benarkah?? Tidak dinafikan memiliki ketampanan adalah satu keberuntungan dan kelebihan namun itu bukan lah semata-mata yang dicari oleh wanita.  Okey..kalau anda sedia tampan kerana anugerah Allah, maka Alhamdulillah tapi bagi yang tidak usah bersedih.Menurut kajian,banyak lagi perkara-perkara lain selain tampan yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Mari kita lihat apakah ciri-ciri tersebut;


mana satu gaya yang anda pilih??
. 


1) Kebersihan diri perlulah di jaga.
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi tidak tahu menjaga kebersihan seperti lanun carribean, rambut kusut-masai,gigi kuning berkarat tak berus..bau busuk boleh dihidu dari jarak setengah batu (heheh) walau anda setampan Johnny Depp sekalipun anda tidak akan dipandang oleh wanita.

        2) Mempunyai gaya tersendiri

Anda tidak perlu meniru gaya artis macho untuk bergaya. Percaya dengan diri  anda dan cipta gaya anda sendiri.Keyakinan dan rasa percaya diri yang tinggi menjadikan seseorang individu itu lebih mantap dan berkarisma.Anda akan lebih diyakini dan disukai bukan saja oleh wanita tetapi juga teman dan taulan.
        3) Ada sikap lucu 


lawak ke derrr??
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita mencari lelaki untuk tempat melepas tekanan.Tapi jangan pula lucu keterlaluan hingga tahap mengada-ngada dan tidak bertempat.Boleh menyebabkan orang menyampah juga.




       4) Bersikap prihatin
Anda perlu juga prihatin terhadap wanita. Wanita adalah golongan yang lemah walau pun tidak kesemua wanita bernilai demikian. Membantu mereka tatkala   bersama dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan adalah antara contoh 'small treat' yang bagi wanita   sungguh mengujakan.Mereka pasti merasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.
cemberut eehh??


 5) Selalu senyum    
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk mata wanita yang memandang jika pasangannya sentiasa bermuka  manis. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika selalu senyum. Wanita pun lebih berani mendekati anda kerana sikap friendly anda itu meski pun memiliki wajah yang kurang tampan.Apalah gunanya bermuka tampan tapi cemberut je 24jam. Moddy berpanjangan macam tengah 'datang bulan' hehehehe

cool neh Johnny Depp...I likeee
        6) Bersikap ‘cool’
Lelaki yang cool atau pun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Kebanyakan wanita sukakan lelaki yang matang dan cool dalam menghadapi apa juga situasi.Menurut mereka lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.Sikap ini menjadikan wanita merasa aman dan selamat dalam ketika bersama anda.Seberat mana pun masalah yang anda hadapi, belajarlah jadi cool walau pun hati dag-dug heee...apa kata cuba tips2 di atas..manalah tau dapat memikat hati wanita pujaan anda...tapi jangan pula disalah guna dengan memikat wanita-wanita sesuka hati pula...tak pasal2 dengan saya sekali dapat dosa..
       



No comments:

Post a Comment