Friday, March 29, 2013

SABAH @ NORTH BORNEO MILIK SIAPA SEBENARNYA?


Mutakhir ini heboh di Malaysia berkenaan serangan kurang 200 anggota 'Royal Army Of Sulu' atas arahan seorang individu dari Filipina yang menggelar dirinya 'Sultan Jamalul Kiram III'. Maka dengan segenap kekuatan tentera yang ada, kerajaan Malaysia menghantar ketumbukan tentera bagi menangani isu tersebut. 

Adalah menghairankan apabila kerajaan Malaysia , atas perintah Menteri Dalam Negeri yang sebelumnya membuat kenyataan bahawa "mereka-mereka yang datang' itu bukan pengganas dan mengarahkan 'Polis Di Raja Malaysia @ PDRM' untuk berhadapan dengan 200 ahli 'Royal Army of Sulu itu yang terang-terangan membawa senjata berat seperti M16 dan mortar. Rundingan demi rundingan dibuat dengan pihak yang menceroboh namun semuanya menemui kegagalan.Hanya setelah 2 anggota komando Malaysia mati dalam serangan 'tipu helah' musuh dan kemudiannya kematian 6 ahli PDRM dalam serang hendap barulah kerajaan Malaysia menggerakkan misi ketenteraan bagi mengawal keadaan.

Mengapa perkara ini terjadi??? Siapakah individu yang menggelar dirinya 'Sultan' namun tidak berkerajaan dan tiada rakyat itu??Jamalul Kiram mendakwa beliau adalah waris Kesultanan Sulu yang lebih 400 tahun dahulu memerintah North Borneo yang sekarang dikenali sebagai Sabah.Apakah itu benar??Jika benar mengapa pula adiknya juga bergelar ' Sultan'??Umum yang mengenali orang sulu@suluk mengetahui sikap dan tabiat suku bangsa yang menggelar diri mereka 'Tausug' ini. Bangsa ini terkenal dengan semangat, iltizam, keberanian, kekuatan, keegoan serta sikap tidak mudah mengalah, selalu melakukan sesuatu perkara dengan tergesa2,pemarah juga pendendam.Mereka pantang dijanjikan sesuatu dan jarang menyelesaikan perbalahan dengan perundingan atau lebih tepatnya dengan ' otak dingin'.

Sebelum kita melangkah lebih jauh mengenali Jamalul Kiram III, Kesultanan Sulu dan  'tausug' @ orang suluk, mari kita kaji perjanjian pemajakan antara Sultan Brunei kepada beberapa pihak sehinggalah ianya ' jatuh' ke tangan British.

Negeri Sabah adalah jajahan takluk Negara Brunei Darussalam seawal pemerintahan Sultan Brunei yang pertama, Sultan Muhammad Shah (Awang Alak Betatar) (Tahun 1363- 1402 masehi) sehingga ke penghujung abad ke-19 selama 500 tahun.

Semasa Perang Saudara Brunei (1661-1673), Sultan Muhyiddin telah menjanjikan wilayah pesisir pantai timur Sabah kepada sepupu beliau Sultan Suluk jika membantu beliau memerangi Sultan Abdul Hakkul Mubin (yang berkubu di Pulau Chermin di mulut Sungai Brunei pada tahun 1673). Walau bagaimanapun, pihak Suluk tidak menjalankan tugas yang diberikan dengan baik menyebabkan kemurkaan Sultan Muhyiddin yang enggan menyerahkan Sabah kepada Kesultanan Suluk. Sejak itu pihak Kesultanan Suluk hanya menuntut wilayah timur Sabah. Ini terbukti daripada catitan "The History of Java" oleh Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1817 yang mengatakan bahawa "On the north-east of Borneo proper [Brunei] lies a very considerable territory [Sabah], the sovereignty of which has long been claimed by Sulu government".

Sehinggalah pada tahun 1865, Sultan Abdul Momin Brunei telah memajakkan wilayah barat Sabah kepada Moses (Moses kemudian menjual haknya kepada Torrey dan Torrey menjual haknya kepada Baron von Overbeck, Konsul Empire Austro-Hungary di Hong Kong). Baron von Overbeck bersama Alfred Dent (Hong Kong) kemudiannya menubuhkan the Dent Company. Pada tahun 1877, Baron von Overbeck telah ke Brunei untuk membuat perjanjian pajakan baru dengan Sultan Abdul Momin. Sultan Abdul Momin Brunei telah melantik beliau menjadi Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan. Menyedari pihak Suluk juga menuntut wilayah timur Sabah pada masa itu, Baron juga membuat perjanjian dengan Sultan Suluk ke atas wilayah timur Sabah yang dituntut Suluk sebagai jaminan mengelak masalah2 di kemudian hari (dan beliau dilantik oleh pihak Suluk sebagai Raja Sandakan dan Dato Bendahara). Duit pajakan wilayah Sabah yang dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan Brunei ialah $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong Brunei, manakala duit yg dibayar kepada Sultan Suluk ialah $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Suluk pada 1878. Baron von Overbeck kemudian menjual semua haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menyerahkannya kepada Kerajaan British.

Jika dilihat pada dokumen2 pajakan Sabah pada Disember 1877 ada terkandung syarat jika Baron von Overbeck atau pengganti2nya tidak membayar sewa pajakan selama 3 tahun maka Sultan Brunei/ Temenggong Brunei berhak mengambil balik semua wilayah yang dipajakkan itu. Akan tetapi Brunei TIDAK menuntut Sabah. Ini adalah kerana rakyat Sabah telah memilih Malaysia pada 1963, itulah pilihan yang dihormati walaupun terasa pilu di hati sesetengah rakyat Brunei pada masa itu. Dan sehingga kini, hubungan rakyat Brunei dan Sabah (Malaysia) tetap erat bagaikan kerabat, walaupun tidak duduk serumah (senegara) tetap duduk berjiran (bernegara jiran), tetap mesra dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Yang berhak pula TIDAK menuntut, sebaliknya yang tiada berhak (Suluk) yang malar menuntut.

Bersama ini dilampirkan dokumen-dokumen perjanjian pajakan Sabah pada tahun 1877 yang berkaitan iaitu BUKTI-BUKTI SABAH ADALAH HAK MUTLAK NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEHINGGA 29HB DISEMBER 1877 DAN SEBELUM ITU TIDAK PERNAH DISERAHKAN KEPADA MANA-MANA NEGARA/ KERAJAAN (TERMASUK SULUK). Untuk makluman semua, dokumen-dokumen asal ini adalah disimpan di Public Record Office, Londan dan mempunyai bilangan rujukan Colonial Office: 874/2, 874/17, 874/18, 874/19 & 874/20.

SILA SHARE UNTUK PENGETAHUAN SEMUA! BETULKAN SEJARAH SABAH YANG SALAH DALAM BUKU TEKS!

13 HALAMAN SEMUA DALAM ALBUM INI (TEKAN 'NEXT' ATAU 'PREVIOUS'). DOWNLOAD DAN BACA SUPAYA DAPAT ENLARGE MANA YANG TAK TERANG
dokumen perjanjian pajakan Sabah pada tahun 1877
Negeri Sabah adalah jajahan takluk Negara Brunei Darussalam seawal pemerintahan Sultan Brunei yang pertama, Sultan Muhammad Shah (Awang Alak Betatar) (Tahun 1363- 1402 masehi) sehingga ke penghujung abad ke-19 selama 500 tahun.

Semasa Perang Saudara Brunei (1661-1673), Sultan Muhyiddin telah menjanjikan wilayah pesisir pantai timur Sabah kepada sepupu beliau Sultan Sulu jika membantu beliau memerangi Sultan Abdul Hakkul Mubin (yang berkubu di Pulau Chermin di mulut Sungai Brunei pada tahun 1673). Walau bagaimanapun, pihak Suluk tidak menjalankan tugas yang diberikan dengan baik menyebabkan kemurkaan Sultan Muhyiddin yang enggan menyerahkan Sabah kepada Kesultanan Sulu. Sejak itu pihak Kesultanan Sulu hanya menuntut wilayah timur Sabah. Ini terbukti daripada catitan "The History of Java" oleh Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1817 yang mengatakan bahawa "On the north-east of Borneo proper [Brunei] lies a very considerable territory [Sabah], the sovereignty of which has long been claimed by Sulu government".

Sehinggalah pada tahun 1865, Sultan Abdul Momin Brunei telah memajakkan wilayah barat Sabah kepada Moses (Moses kemudian menjual haknya kepada Torrey dan Torrey menjual haknya kepada Baron von Overbeck, Konsul Empire Austro-Hungary di Hong Kong). Baron von Overbeck bersama Alfred Dent (Hong Kong) kemudiannya menubuhkan the Dent Company. Pada tahun 1877, Baron von Overbeck telah ke Brunei untuk membuat perjanjian pajakan baru dengan Sultan Abdul Momin. Sultan Abdul Momin Brunei telah melantik beliau menjadi Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan. Menyedari pihak Sulu juga menuntut wilayah timur Sabah pada masa itu, Baron juga membuat perjanjian dengan Sultan Sulu ke atas wilayah timur Sabah yang dituntut Sulu sebagai jaminan mengelak masalah2 di kemudian hari (dan beliau dilantik oleh pihak Sulu sebagai Raja Sandakan dan Dato Bendahara). Duit pajakan wilayah Sabah yang dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan Brunei ialah $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong Brunei, manakala duit yg dibayar kepada Sultan Sulu ialah $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Sulu pada 1878. Baron von Overbeck kemudian menjual semua haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menyerahkannya kepada Kerajaan British.

Salinan Sejarah Pemajakan Sabah@ North Borneo 
Jika dilihat pada dokumen2 pajakan Sabah pada Disember 1877 ada terkandung syarat jika Baron von Overbeck atau pengganti2nya tidak membayar sewa pajakan selama 3 tahun maka Sultan Brunei/ Temenggong Brunei berhak mengambil balik semua wilayah yang dipajakkan itu. Akan tetapi Brunei TIDAK menuntut Sabah. Ini adalah kerana rakyat Sabah telah memilih Malaysia pada 1963, itulah pilihan yang dihormati walaupun terasa pilu di hati sesetengah rakyat Brunei pada masa itu. Dan sehingga kini, hubungan rakyat Brunei dan Sabah (Malaysia) tetap erat bagaikan kerabat, walaupun tidak duduk serumah (senegara) tetap duduk berjiran (bernegara jiran), tetap mesra dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Yang berhak pula TIDAK menuntut, sebaliknya yang tiada berhak (Sulu) yang malar@selalu menuntut.

Jika melihat pada dokumen di atas, dimanakah relevannya tuntuan si Kiram itu??Apakah niat sebenar Jamalul Kiram menghantar 'sanak-saudara'nya dengan membawa senjata ke Sabah seolan-olah pergi menghantar nyawa dan menjemput maut??Apakah si Kiram tidak mengenang nasib warga Filipina lain yang datang mencari nafkah di Malaysia??Juga nasib suku-sakatnya yang telah menjadi warganegara Malaysia??semua ini akan kita kupas di entry akan datang.Wassalam.


p/s ~ salinan gambar diperolehi dari seorang rakan Fb dari Brunei Darussalam.

Monday, February 18, 2013

MENGAPA MESTI SENYUM?




Senyum yang tulus, datang dari hati yang tulus. Suatu senyum yang ikhlas dan menceriakan adalah suatu ibadah. Senyum terjadi hanya sekejap, tetapi kenangannya kadang berlangsung selamanya. Tersenyumlah! kerana senyum itu tidak mahal. Hanya perlu sedetik untuk mengubah bentuk bibir menjadi senyum. Dan hanya memerlukan tujuh saat mempertahankan sebuah senyum untuk kelihatan sebagai ungkapan ketulusan hati.

1. Senyum Membuat Anda Lebih Menarik
Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, cemburu, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa. Pastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Senyum Tukar Perasaan
Jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.

3. Senyum Menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

4. Senyum Menghilangkan Stres
Stress boleh kelihatan di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih dan tenang.

5. Senyum Meningkatkan Imunitas
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum.

6. Senyum Menurunkan Tekanan Darah
Tidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum Melepas Endorphin, Pemati Rasa Alamiah dan Serotonin
Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya adalah hormon yang boleh mengawal rasa sakit.

8. Senyum Membuat Anda Awet Muda
Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.

9. Senyum Membuat anda Kelihatan Sukses
Orang yang tersenyum kelihatan lebih percaya diri, terkenal dan boleh dipercayai. Berikan senyum semasa mesyuarat atau bertemu dengan pelanggan. Pasti ramai orang akan melihat anda lebih baik.

10. Senyum Membuat Orang Berfikir Positif
Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Kenapa? ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat "hidup adalah baik". Sehingga semasa anda tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah yang terbaik.

SUDAHKAH ANDA SENYUM HARI INI???






~sumber

Saturday, February 9, 2013

MEMALI MASSACRE @ SIAPA DI SEBALIKNYA??

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai ‘Operasi Angkara/Operasi Hapus’.Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

LOKASI

Peristiwa berlaku di Kampung Memali yang terletak di mukim Siong, Baling, Kedah berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand. Penduduknya keturunan Melayu. Sebahagian mempunyai kaitan dengan Siam/Patani. Aktiviti ekonomi mereka ialah menoreh getah dan bersawah padi.


Ustaz Ibrahim Mahmud

Mangsa Memali
Kronologi:


18 November 1985

Jam 1935:
Bertempat di Kem Pasukan Polis Hutan ( PPH ) Sungai Petani, Kedah; seramai 3600 kekuatan pasukan polis dari pelbagai bahagian termasuk Unit Simpanan Persekutuan ( FRU ) Pulau Pinang, dari Senoi Prak dan Komando 69 telah bersiap sedia menurut arahan. Kebanyakan mereka bukan beragama Islam.

Seorang Pegawai Tinggi dari Bukit Aman, Dato’ Yahya Yeop telah mengetuai Ops Hapus ini dengan bantuan beberapa orang pegawai dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Jam 1945:
Dato’ Razali Yeop mengeluarkan arahan iaitu:- Menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang terletak berhampiran sempadan Thailand.

Jam 2005:
Berlaku kekecohan di antara para pegawai di Kem Sungai Petani dengan pegawai dari Bukit Aman di bilik operasi Sg. Petani. Kekecohan ini disebabkan perasaan tidak puas hati para pegawai di Kem Sg. Petani terhadap arahan tersebut kerana sepanjang pengetahuan mereka tidak wujud sebarang kem komunis di daerah Baling. Jika benar kem itu wujud, sudah tentu mereka, PPH akan lebih dahulu mengetahuinya.

Namun menurut mereka, arahan itu adalah palsu kerana tempat sasaran mereka itu adalah kepada Ustaz Ibrahim Libya dan madrasahnya, tempat beliau menyampaikan kuliyyah setiap malam. Malah Pegawai PPH Kem Sg. Petani itu turut menjelaskan bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud adalah seorang tokoh ulamak yang disegani. Ramai di kalangan anggota PPH Sg. Petani turut mengikuti pengajian agama bersama beliau.

Akibatnya, sedikit kekecohan telah berlaku di Bukit Aman kerana beberapa kali Penolong Pesuruhjaya Polis Bukit Aman gagal dihubungi. Beberapa panggilan lain dibuat. Akhirnya, pihak di Sg. Petani telah berjaya disambungkan dengan Timbalan Perdana Menteri ( TPM ) ketika itu, Dato’ Musa Hitam yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Mereka menyatakan bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud adalah ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam menaikkan taraf hidup masyarakat

Namun TPM menegaskan supaya Ops Hapus (beliau sendiri yang menamakannya sedemikian) tetap diteruskan.

Jam 2045:
Satu majlis keraian telah diadakan di dataran terbuka Kem PPH. Minuman keras telah sengaja dihidangkan kepada para anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi. Namun ada sebahagian daripada anggota PPH tidak menyentuh minuman tersebut.

Jam 2147:
Dato’ Razali Yeop selaku Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah menerima mesej daripada wayarless menyatakan 10 perisik PPH telah berjaya memasuki kawasan Memali dan seterusnya memberikan laporan keadaan di sana. Semua unit kemudiannya telah bergerak di bawah pimpinan 8 pegawai muda memasuki Baling dengan iringan 2 buah kereta perisai. Ketika ini PPH Sg. Petani telah mula tidak berminat untuk menyertai Ops Hapus ini.

Ketika itu Ustaz Ibrahim sedang menyampaikan kuliyyah seperti biasa untuk lebih kurang 50 orang yang mengikuti pengajiannya. Kuliyyah itu berlanjutan sehingga pukul 11.45 malam. Ada yang pulang ke rumah dan ada juga yang bermalam di madrasah.

Jam 0000:
Arahan terakhir telah diterima. Namun PPH Sg. Petani mencadangkan agar hanya sekatan sahaja yang dilakukan agar Ustaz Ibrahim Mahmud dan pengikutnya berpeluang menyerah diri. Mereka menganggarkan bahawa kepungan itu akan mengambil masa paling lama 3 bulan.

Cadangan tersebut dibantah oleh para pegawai dari Bukit Aman dengan sokongan OCPD Baling. Mereka menganggap strategi itu akan melibatkan pihak polis dan anggota tentera yang bertugas di Sik dan Baling, sempadan Malaysia – Thailand.

Sekali lagi kekecohan berlaku kerana 90% anggota tentera di situ menyokong gerakan Islam dan arahan Ops Hapus ini kembali dipertikaikan. TPM cuba dihubungi ketika ini namun gagal kerana beliau telah menuju ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Ketika itu juga, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan Ops Hapus dari Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.

Kemudian, TPM telah menghubungi mereka dengan suara yang marah dan agak terganggu beliau telah berkata, “Teruskan Ops Hapus, walaupun terpaksa menyerang seluruh negeri Kedah!”.

Pada waktu yang sama, seorang pemuda telah memberhentikan motosikalnya di hadapan pagar rumah Ustaz Ibrahim. Setelah diizinkan, dia masuk ke rumah Ustaz Ibrahim dan memaklumkan bahawa sewaktu dia tiba di pekan Baling dia telah melihat sekumpulan polis yang terlalu ramai di sana.

Lalu Ustaz Ibrahim dikejutkan dan begitu juga dengan 39 muridnya yang tidur di madrasah telah diarahkan oleh Ustaz Ibrahim untuk bersiap sedia mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan senjata seperti kapak, parang, buluh runcing, pisau dan yang lebih berani lagi telah membuat molotov cocktail. Ustaz ibrahim juga menegaskan ketika itu bahawa beliau tidak akan menyerah kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA ).

Ustaz Ibrahim kemudiannya mengarahkan pengikut-pengikutnya berwudhu’ di sebuah telaga yang berhampiran dan seterusnya menunaikan solat sunat, solat hajat dan membaca Yasiin. Setelah itu beliau menyampaikan ucapan yang menyatakan:

Ustaz Ibrahim lebih rela mati syahid daripada menyerah diri dan tunduk kepada ISA yang menahan orang tanpa memberi peluang kepada mereka untuk dibicarakan di mahkamah malah menjadi alat kepada mereka yang ingin menaikkan semangat nasionalisme. Sekiranya perintah tahanannya di bawah akta lain, beliau akan keluar menyerah. Tapi mestilah dibicarakan di mahkamah.

Dia berkata lagi kepada pengikutnya, sesiapa yang rasa ragu-ragu boleh keluar dari kawasan itu namun kesemua yang ada pada malam itu langsung tidak beralih dari tempat mereka.

Laungan takbir bergema dan memecah keheningan malam itu. Ketika itu pula di IPD Baling, segala persiapan serangan ke atas Kampung Memali semakin rancak dilakukan terutamanya oleh anggota –anggota polis yang telah mabuk dan hilang fikirannya.

19 November 1985

Jam 0100-3600:
Anggota polis dari pelbagai unit telah tiba di Memali dengan senjata automatik dan diiringi 2 buah kereta perisai mula mengepung Kg. Memali.

Ketika itu, TPM masih lagi di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Segala urusan komunikasi dijalankan dengan timbalannya yang berada di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.

Kebanyakan anggota polis beranggapan bahawa mereka akan menyerang sebuah Kem Komunis – sebagaimana yang telah diberitahu oleh Dato’ Razali Yeop kepada mereka. Manakala pasukan polis dari Sg Petani kecil bilangannya dan masih lagi samar dengan tugasan mereka.

Jam 0300:
Kampung Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis dan semua jalan keluar masuk telah ditutup. PPh Sg Petani telah diarahkan untuk mengepung bahagian Selatan manakala FRU dan Special Branch (SB) telah mengepung bahagian Utara dan Komando 69 pula telah mengepung sebelah belakang rumah Ustaz Ibrahim yang juga merupakan sekolah agamanya.

Jam 0336:
Dato’ Yahya Yeop telah bercakap melalui megafon dan meminta supaya Ustaz Ibrahim menyerah diri. Ustaz Ibrahim berbincang dengan murid-muridnya lalu mereka semua bersepakat untuk tidak akan keluar menyerah diri. Kesemuanya telah siap-sedia untuk mati syahid dan mereka bertakbir sekali lagi.

Jam 0400:
Sekumpulan orang kampung termasuk wanita telah muncul dari arah utara. Mereka telah meredah benteng pertahanan anggota polis dan membawa bersama peralatan yang sering mereka gunakan untuk bertani sebagai senjata. Mereka ingin memasuki rumah Ustaz Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan.

Ketika itu, komando 69 yang masih mabuk telah melepaskan tembakan secara rambang ke arah mereka. Namun sasarannya tersalah lalu mengenai seorang pegawai kanan, seorang pegawai rendah dan seorang konstabel PPH. Manakala orang-orang kampung tadi telah berpatah balik kerana ketakutan.

Satu perundingan tergempar antara pegawai-pegawai Ops Hapus diadakan untuk meredakan ketegangan sesama mereka sendiri akibat tembakan tersebut. Arahan mengepung rumah Ustaz Ibrahim itu masih lagi berkuat kuasa namun pegawai dari IPD Alor Setar mahu menarik balik anggotanya dari Ops Hapus tersebut dan mahu supaya kepungan dibatalkan. Mereka telah mengambil iktibar dari kemalangan yang menimpa rakan-rakan mereka tadi .

Dato’ Yahya Yeop telah menolak permintaan IPD Alor Setar dan mengarahkan agar kepungan diteruskan.

Jam 0521:
Azan Subuh berkumandang dari rumah Ustaz Ibrahim . Laungan azan itu menjentik hati para anggota polis dari Alor Setar. Mereka semakin tawar hati malah mencurigai tujuan sebenar Ops Hapus ini.

Suara bacaan Ustaz Ibrahim yang mengimami Solat Subuh itu semakin sayu. Tiba-tiba seorang pegawai berbangsa India dari Bukit Aman mengarahkan agar serangan dimulakan ketika itu namun arahannya ditentang oleh pegawai-pegawai bawahannya yang beragama Islam.

Jam 0559:
Solat Subuh selesai. Sekumpulan orang kampung muncul lagi lalu menyerbu masuk ke kawasan rumah Ustaz Ibrahim sambil melaungkan takbir dan menggenggam senjata kampung.

Melihatkan reaksi itu, maka Pegawai PPH mengarahkan anggotanya berundur dan membiarkan orang kampung. Mereka PPH hanya diarahkan untuk bertahan dan bersiap sedia. Keadaan semakin cerah dan ini semakin mendedahkan kejijikan perancangnya. Ini dikukuhkan lagi dengan beberapa siri penangkapan pemimpin-pemimpin Islam sebelum Ops Hapus ini.

Jam 0815:
Setelah mendapat kelulusan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, maka Dato’ Yahya Yeop sebagai Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah mengarahkan 2 buah kereta perisai mula menyerang rumah Ustaz Ibrahim Mahmud. Mereka kemudiannya dihalang oleh pengikut-pengikut Ustaz Ibrahim dengan lontaran molotov cocktail.

Pasukan polis memberikan respon berundur terhadap lontaran tersebut sambil memuntahkan peluru dari senjata automatik. Pada waktu yang sama, 4 wanita dan 3 kanak-kanak telah berlari keluar dari rumah setelah diarahkan oleh Ustaz Ibrahim. Mereka kemudiannya telah dikepung dan ditangkap lalu dihumban ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing.

Tembakan daripada pihak polis masih lagi berterusan dan mereka sambutnya dengan laungan takbir.

Jam 1105:
Komando 69 diarahkan untuk menyerang rumah Ustaz Ibrahim Mahmud. Pasukan polis mula melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah rumah Ustaz Ibrahim. Mereka menghadapinya dengan kain basah atau membasuh muka malah ada juga yang menutup dengan guni basah. Selain itu ada juga yang mengunyah daun-daun kayu setelah membaca sesuatu ayat.

Mereka berjaya menghadapi serangan gas pemedih mata itu yang berlangsung selama beberapa minit melainkan beberapa kanak-kanak. Salah seorang kanak-kanak itu telah pengsan dan mulutnya berbuih-buih. Cikgu Syafie Ali, salah seorang pengikut Ustaz Ibrahim marah melihatkan situasi kanak-kanak itu kerana menyangka dia telah mati lalu dengan parang yang terhunus beliau telah pergi untuk menyerang polis.

Namun, beliau telah dihujani dengan peluru dan terus ditembak ketika beliau berusaha untuk bangun akibat jatuh setelah ditembak. Maka gugurlah beliau sebagai Syuhada’ pertama Memali.

Serangan gas telah reda. Kemudian kedengaran lagi suara dari Dato’ Yahya Yeop dari megafon dan kali ini meminta supaya pihak yang dikepung menghantar wakil untuk berbincang. Ketika itu, salah seorang anak murid Ustaz Ibrahim; Mat Piah Yunus yang lebih dikenali sebagai Pak Teh telah berjumpa dengan Ustaz Ibrahim dan meminta penjelasan berhubung permintaan Dato’ Yahya Yeop.

Ustaz Ibrahim menyatakan bahawa pintu rundingan pada hari itu telah tertutup dan beliau tidak akan berunding apa-apa pun dan tidak akan menyerahkan diri. Memandangkan kepada ketegasan Ustaz Ibrahim serta murid-murid yang lain maka Pak Teh telah membuat keputusan sendiri sambil bertawakkal kepada Allah. Pak Teh tampil berjumpa Dato’ Yahya Yeop yang berdiri di samping kereta perisai manakala dia sendiri berdiri di sebalik pagar rumah Ustaz Ibrahim.

Pak Teh mempersoalkan tanpa rasa gerun kenapa perlukan perbincangan sedangkan orang kampung sudah ada yang syahid ditembak pihak polis. Dato’ Yahya Yeop terdiam seketika namun kemudiannya menjawab bahawa mereka ingin menangkap 4 orang penjenayah yang berada di situ. Lantas Pak Teh mempelawa beliau untuk masuk sendiri ke rumah Ustaz Ibrahim dan melihat apakah 4 penjenayah itu berada di situ.

Dato’ Yahya Yeop kelihatan tidak berminat dan sedang memikirkan sesuatu setelah mengetahui Ustaz Ibrahim tidak mahu menyerah diri. Setelah berulang-alik antara Ustaz Ibrahim dan Dato’ Yahya akhirnya Pak Teh masuk semula. Namun semasa melewati kumpulan Muslimat dan kanak-kanak yang berada di pagar, beliau sempat mengarahkan mereka untuk berlindung di belakang rumah .

Ketika itu, beliau ternampak ada anggota polis yang ingin menembak Pak Suman dan tanpa berlengah beliau segera menyerbu ke arah polis tersebut dengan parang yang terhunus.

Parangnya sempat singgah kepada salah seorang daripada polis itu, namun kemudian beliau dihujani dengan tembakan yang bertalu-talu dan disambut dengan laungan takbir.

Pak Teh terlantar setelah ditembak sebanyak 14 das tembakan dari M-16. Setelah Ops Hapus, beliau terlantar di Hospital Sg. Petani dengan keadaan bergari. Kemudiannya, beliau dihantar ke Kem Kemunting sebagai tahanan ISA.

Jam 1136:
Komando 69 menyerbu masuk sambil memuntahkan peluru. Berlaku beberapa pergelutan dengan Ustaz Ibrahim dan beberapa orang yang masih lagi bertenaga. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan Komando 69 di halaman rumah. Polis terus menembak mereka walaupun mereka tidak bersenjata.

Ketika serangan yang menggila daripada pihak polis itu dalam tempoh ½ jam, hujan mulai turun renyai-renyai dan terus lebat sebaik sahaja serangan tersebut tamat. Hanya laungan takbir yang terus mereka laungkan sehingga nyawa mereka telah tiada. Ramai yang mati dan ada juga yang cedera teruk.

Beberapa anggota komando telah menyerang Ustaz Ibrahim dan beliau melawan sehingga menyebabkan salah seorang dari mereka terbunuh. Akhirnya beliau syahid apabila badannya ditembusi muntahan peluru dari senjata automatik.

Ustaz Ibrahim gugur dengan tangan yang tergenggam ke atas dan mulutnya masih lagi melaungkan AllahuAkbar!

Seorang pegawai polis telah meluru ke arah Ustaz Ibrahim yang rebah dan memangkunya. Ketika itu juga isteri Ustaz Ibrahim datang. Di saat itu mereka mendengar Ustaz Ibrahim berkata: Alhamdulillah! Kerana telah mengorbankan kami ke jalan mati syahid.

Jam 1213:
Serangan telah ditamatkan. Semua yang ditangkap telah ditutup kepala mereka dengan karung guni. Beberapa anggota komando kelihatan menendang tubuh-tubuh yang terkujur untuk memastikan sama ada mereka telah mati atau tidak. Ada pula yang masih menembak mereka yang terkujur itu sambil mencemuh: Pergi jahanam dengan Islam!

Jam 1305:
Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah membuat laporan rasmi kepada Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang dan kepada TPM di Kuala Lumpur. TPM mengarahkan agar semua penduduk Kg. Memali ditangkap agar rahsia Ops Hapus tidak terdedah.

Jam 1500:
Penangkapan penduduk kampung diteruskan dan dibawa dengan 2 buah helikopter polis. Mangsa yang terkorban di kalangan orang kampung termasuk Ustaz Ibrahim dan anggota polis di bawa ke Hospital Sg. Petani dan Alor Setar.

Jam 1510:
Sekitar 30 anggota tentera lengkap bersenjata dari Regimen Askar Melayu Di-Raja ( RAMD ) tiba di hadapan rumah Ustaz Ibrahim Mahmud.

Berlaku pertelagahan antara anggota polis dengan ketua pasukan tentera itu yang berpangkat Kapten. Mereka menyuruh agar anggota polis yang ramai itu bersiap-sedia untuk menghadapi kemungkinan bertempur dengan pihak tentera.

Menyedari bilangan mereka sedikit maka pihak tentera telah mengambil keputusan untuk meredakan ketegangan itu. Lantas Kapten itu berkata :

“Hari ini hari kamu! Kamu boleh lakukan apa yang kamu mahu. Tapi ingat, akan tiba satu hari nanti kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara!”.


Korban Memali

Syahid di Memali

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986

Wednesday, December 26, 2012

PENGASAS BANK AL-RAJHI

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
KISAH KEINSAFAN: Jutawan Arab, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk 'Miskin'
Sulaiman Al-Rajhi
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.
Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.
Temubual:
Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
temubual
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.”

 – Mynewshub.my



LOGO HALAL DI IKTIRAF JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau  JAKIM adalah satu organisasi yang ditubuhkan untuk memantau keadaan dan situasi masyarakat Muslim di Malaysia.Salah satu tugas JAKIM ialah memastikan keboleh gunaan atau kehalalan sesuatu produk yang dikeluarkan atau dikendalikan oleh sesebuah syarikat atau pertubuhan tempatan dengan tujuan pemasaran kepada orang awam.Dengan kata lain, JAKIM berkuasa sepenuhnya dalam mengeluarkan sijil HALAL kepada pengusaha syarikat atau premis setelah memantau dan membuat kajian terhadap produk-produk tersebut.

Sungguhpun demikian, Malaysia sebagai hub perdagangan antarabangsa memungkinkan kebanjiran barangan dan produk hasil dari luar negara. Kepelbagaian produk luar negara ini memang tidak dapat disangkal memandangkan begitu banyak laluan masuk dagangan ke Malaysia.Oleh itu JAKIM dengan kerjasama badan-badan Muslim di beberapa negara luar telah membuat kajian dan mengiktiraf apa-apa produk yang memiliki cop HALAL yang dikeluarkan oleh beberapa organisasi Muslim di negara tersebut. Berikut adalah senarainya;

Organization CountryOrganization NameOrganization Logo
ArgentinaThe Halal Catering Argentina
AustraliaAdelaide Mosque Islamic Society of South Australia
AustraliaHalal Sadiq Services
AustraliaIslamic Association of Geraldton Western Australia
AustraliaIslamic Association of Katanning Inc.
AustraliaAl-Iman Islamic Society Incorporated
AustraliaSupreme Islamic Council of New Halal Meat in Australia (SICHMA)
AustraliaThe Australian Federation of Islamic Councils Inc. (AFIC)
AustraliaAFIC Quensland Branch
AustraliaThe Islamic Council of Western Australia
AustraliaIslamic Society of South Australia
AustraliaThe Perth Mosque of Western Australia Incorporated
AustraliaKhairat Melayu Islam Victoria (KMIV)
BelgiumIslamic Food Council of Europe
BrazilFederation of Muslims Association In Brazil
BruneiLembaga Mengeluarkan Permit Import Halal (Board for Issuing Halal Import Permit)
ChinaChina Islamic Association
ChinaShandong Islamic Association
DenmarkIslamic Cultural Centre(IKCS)
FranceAssociation Finisterienne Pour La Culture Arabo-Islamique (AFCAI)
FranceRitual Association of Lyon's Great Mosque (Association Ritualle Do La Grande Mosquee De Lyon)
GermanyHalal Control e.K.
GermanyIslamic Centre Hamburg e.V.
IndiaJamiat-E-Ulama-E-Hind
IndonesiaLembaga Pengkajian Pangan Obat-obatan dan Kosmetika the Indonesian Council of Ulama (MUI)
JapanJapan Muslim Association
NetherlandsHalal Feed and Food Inspection Authority
NetherlandsControl Office of Halal Slaughtering
NetherlandsTotal Quality Halal Correct Certification
New ZealandFederation of Islamic Association of New Zealand (FIANZ)
New ZealandNew Zealand Islamic Meat Management Incorporated
PakistanJamea Markaz Uloom Islamia Mansoora (JMMUIM)
PhilippinesUlama Conference of The Philippines
PhilippinesIslamic Da'wah Council of Philippines, Inc. (IDCP)
SingaporeIslamic Religious Council of Singapore
Sounth AfricaNational Independent Halaal Trust
Sounth AfricaSouth African National Halal Authority (SANHA)
Sounth AfricaMuslim Judicial Council Halal Trust
TaiwanTaichung Mosque
TaiwanTaipei Grand Mosque
ThailandThe Halal Standard Institute of Thailand
United States of AmericaHalal Food Council South East
United States of AmericaIslamic Services America
United States of AmericaThe Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA)
VietnamIslamic Community of Ho Chi Minh City

Jadi,sekiranya anda melihat logo HALAL ataupun cop organisasi ini, yakinlah InsyaAllah ianya boleh dimakan walaupun ianya diimport dari negara minoriti Islam seperti Jepun, Australia, Thailand, Taiwan dan New Zealand.


sumber: HDC's website.