Saturday, May 26, 2012

7 AMALAN BURUK SELEPAS MAKAN



1.  Merokok
Kajian yang dijalankan oleh pakar membuktikan bahawa menghisap rokok sesudah makan adalah bersamaan dengan menghisap 1000 batang rokok dan peluang untuk mendapat barah kanser adalah lebih tinggi.
2. Makan Buah-Buahan
Buah-buahan lebih cepat hadam oleh perut dibandingkan makanan lain. Asid akan terhasil sekiranya buah yang telah hadam tidak turun ke usus sebagai bahan buangan disebabkan terhalang oleh makanan berat yang belum dihadam.Ini akan menyebabkan perut kembung dan masuk angin. Oleh itu, makanlah buah-buahan 1- 2 jam selepas sesuatu hidangan atau 1 jam sebelumnya Seandainya kita meminum mana-mana jus buah-buahan, ia akan lebih membantu dalam menurunkan berat badan berlebihan.Misalnya, pengambilan jus epal cider madu epal atau ‘honey apple cider‘ sebelum makan akan membuatkan anda berasa lebih kenyang dan lambat berasa lapar.Ia juga dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan dan menurunkan kadar kolestrol supaya lebih mudah untuk anda mengurangkan berat badan

3.  Minum Teh
Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang dimakan menjadi lebih keras, maka ianya akan lebih sukar untuk dihadam. Kalau nak minum pun, jarakkan sikit waktunya selepas makan


4. Melonggarkan tali pinggang
Melonggarkan tali pinggang sejurus selepas makan dengan mudahnya akan menyebabkan usus berpusing dan tersekat.

5. Mandi
Terus mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan, justeru jumlah darah di sekeliling perut akan menurun.Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut anda.Satu lagi, pesanan orang tua-tua kita kalau mandi lepas makan, perut jadi buncit.Mandilah 30 minit sebelum atau selepas makan.

6. Berjalan-jalan
Kita sering dicanangkan dengan idea“Melangkah 100 kali selepas makan akan menambah umur sehingga 99 tahun)  Hakikatnya, ini tidak benar. Sebenarnya berjalan akan menyebabkan sistem penghadaman tidak berupaya untuk menyerap nutrien daripada makanan yang dimakan.
Seelok-eloknya tunggu lebih kurang setengah jam atau 40 minit barulah anda berjalan atau berlari.

7. Tidur
Biasanya lepas makan hidangan yang berat seperti nasi, badan kita akan jadi sangat malas dan lemah.Tetapi anda kena lawan perasaan malas tu kerana makanan yang dimakan tidak akan dapat dihadam dengan sempurna kalau kita terus tidur. Ini akan membawa kepada keadaan gastrik dan jangkitan di dalam usus kita. Kita juga mungkin mudah mendapat ‘heart burn’ atau pedih ulu hati.

sumber 

No comments:

Post a Comment