Saturday, April 28, 2012

Laut Aral- Bencana Alam Sekitar yang Dahsyat

Perhatikan bezantara gambar kanan dan kiri.


Laut Aral merupakan sebuah tasik yang dahulunya merupakan tasik yang kelima terbesar di dunia dengan keluasan 68,000 km2. Laut Aral sendiri bermaksud laut kepulauan (Sea of Islands) merujuk kepada hampir 1500 buah pulau yang pernah berada di laut ini suatu ketika dahulu. Namun sekarang mungkin nama ini patut ditukar kerana situasi yang berlaku ketika ini menjadikan nama itu sudah tidak relevan lagi.



Laut ini yang sebenarnya merupakan sebuah tasik diairi oleh dua batang sungai yang menjadi sumber airnya sejak sekian lama iaitu sungai Amu Darya di sebelah selatan dan sungai Syr Darya di sebelah Timur Laut. Pada tahun 1918, kerajaan Kesatuan Soviet telah memutuskan untuk mengalihkan aliran kedua-dua batang sungai untuk mengairi kawasan gurun berhampiran dalam percubaan untuk mewujudkan pertanian kapas atau ‘emas putih‘ supaya dapat menjadi pengeksport utama tanaman ini di dunia. Mereka berjaya dalam projek mereka ini apabila Uzbekistan yang dahulunya berada dalam Kesatuan Soviet merupakan pengeksport utama kapas pada masa ini namun kejayaan mereka ini telah menyebabkan bencana yang sangat dahsyat terhadap alam sekitar khususnya terhadap Laut Aral.

Projek besar-besaran yang menukarkan gurun yang gersang kepada ladang kapas yang amat besar keluasannya dilaksananakan dengan membina terusan-terusan berskala besar bermula pada tahun 1940-an. Kebanyakan terusan tidak dibina dengan baik menyebabkan air bocor atau tersejat dengan banyak. Keadaan ini menyebabkan paras air Laut Aral menurun dengan mendadak. Dari tahun 1960 sehingga tahun 1998, keluasannya telah menurun sebanyak 60% manakala isipadunya telah berkurangan hampir 80%. Pada tahun 1987, Laut Aral telah mengering dan terpisah kepada dua iaitu Laut Aral Utara di bahagian Kazakhstan manakala Laut Aral Selatan di bahagian Uzbekistan. Paras kandungan garam Laut Aral telah meningkat dengan mendadak iaitu 100g/L (sebagai perbandingan paras kandungan air laut biasa ialah 35g/L manakala paras kandungan garam di Laut Mati adalah 300 hingga 350g/L). Keadaan ini telah menyebabkan kebanyakan flora dan fauna yang pernah menghuni dasar tasik ini mati. Industri perikanan yang suatu ketika dahulu rancak dengan kegiatan nelayan menurunkan hasil-hasilnya di jeti-jeti sudahpun hilang. Bandar-bandar pesisiran pantai Laut Aral semakin sepi dengan penghijrahan penghuni-penghuninya ke tempat lain. Dasar Laut Aral menjadi kubur besar-besaran kapal-kapal yang pernah belayar di tasik ini. Iklim sekitar kawasan tasik ini berubah dan ramai penduduknya ditimpa penyakit.

Dalam usaha untuk mengelakkan air Laut Aral dari terus mengering, kerajaan Kazakhstan telah membina empangan Kokaral bagi membendung air dari Laut Aral Utara melimpah ke sebelah selatan. Pembinaan empangan ini yang siap pada Ogos 2005 berhasil apabila paras air di sebelah utara meningkat dan industri perikanan hidup semula. Namun keadaan sebaliknya berlaku di sebelah selatan apabila paras air di Laut Aral Selatan semakin menurun dan nasibnya tidak diketahui apabila negara Uzbekistan tidak berminat untuk memulihkan tasik tersebut.

Benarlah Firman Allah yang bermaksud, “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari perbuatan mereka, agar mereka kembali.” (maksud dari Surah AR-Ruum ayat 41).

~shbt~
http://almashoori.blogspot.com/2010/03/laut-aral-bencana-alam-sekitar-yang.html


GOLONGAN AHLI KUBUR.


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu. ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.” ” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
wajah mayat yang tersiksa 
” Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
” Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu. ” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
“Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,” ” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
mayat syuhada yang tersenyum
“Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam.

Wednesday, April 25, 2012

BLACK HOLE Dan SIJJIN

Gambaran Black Holes?
Black Holes tidak dapat dilihat walaupun dengan menggunakan teleskop optik kerana ia menyedut cahaya dari apa jua objek yang mengeluarkan cahaya (bintang sebagai contoh) malahan ia turut menghisap jisim dari apa saja objek yang berhampiran disebabkan oleh tarikan gravitinya yang amat kuat sekali.

Matahari juga boleh menjadi calon Black Hole disuatu hari nanti apabila ia kehabisan bahan bakar termonuklear di mana ia akan meletup menjadi Supernova sebelum jisimnya meruntuh kedalam dirinya sendiri dengan menghasilkan ketumpatan jisim yang amat tumpat menyebabkan kekuatan graviti dalaman bertambah berkali-kali ganda sehingga mampu menarik mana-mana cahaya yang melintasinya.

Secara saintifiknya, Black Hole digelar sedemikian rupa kerana ia tidak dapat dilihat lantaran ketidak wujudan cahaya padanya, tetapi apabila gas-gas dan debu-debu objek samawi misalnya bintang-bintang ataupun nebula ditarik kepadanya, bahan-bahan ini berkelajuan tinggi berkadar dengan suhu yang hasilnya adalah letusan bertenaga tinggi yang sudah tentu boleh dikesan dengan teleskop radio.
Nebula??
Nebula (gambar) juga boleh ditarik oleh Black Hole selain bintang-bintang yang bertaburan di angkasa

Bukanlah disebabkan Black Hole itu tidak dapat dilihat maka ia menjadi satu hipotesis tetapi ia sebenarnya menjadi satu fakta apabila cerapan menggunakan teleskop radio mengesahkan denyutan yang menjadi bukti kewujudannya. Denyutan yang dimaksudkan di sini adalah Black Hole membebaskan sejumlah tenaga bergelombang pendek yang terdiri dari sinar Gamma dansinar X akibat penghasilan suhu yang amat tinggi diterasnya.
Teleskop radio dapat mengesan kewujudan Black Hole
Penghasilan suhu yang amat tinggi ini bersumberkan dari jisim jasad-jasad lain yang disedut dan ditelannya hatta cahaya sekalipun. Terdapat banyak calon-calon Black Holes di angkasa lepas sepertiKuasar dan juga pusat galaksi termasuk Galaksi Bima Sakti kita. Setiap galaksi adalah berputar yakni ia mempunyai banyak ‘lengan’ yang bertindak seperti jejari kipas yang berputar. Sistem suria kita berada di atas lengan Orion.
Sistem suria kita yang berada di lengan Orion pada Galaksi Bima Sakti (keseluruhan gambar)
Tentu anda akan faham jika dikatakan bahawa Buruj Orion (Si Pemburu atau Osiris) yang kita boleh melihatnya saban malam pada bulan yang tertentu adalah berada di atas salah satu lengan Galaksi Bima Sakti (Milky Way’s spiral arms). Justeru lengan Orion telah dinamakan kerana ia mengandungi bintang-bintang dari konstellasi (Buruj) Orion yang berada di atas salah satu lengan pusaran Bima Sakti yang menampung kedudukan sistem matahari kita ini.

Putaran galaksi yang terkuat diketahui di pusatnya (galactic center). Di sinilah barangkali Super-massive Black Hole (Lubang Hitam Super-tumpat) yang terkuat wujud di alam semesta kerana ia menghasilkan letusan sinaran yang amat dahsyat di mana gas yang berputar mengelilingi lubang hitam akan merupai kolam pusingan (lubuk maut angkasa) yang amat-amat besar yang berpusing beberapa ribu kilometer per saat. Di sini gas-gas menjadi padat dengan bintang-bintang berkumpul sambil pusar-memusar, suhu meningkat dan memanaskan kabus gas di sekeliling.

Gas dan bintang-bintang itu ditarik mengelilingi lohong hitam dan menghadapi risiko tertarik kedalam di mana sesetengah bahan ada juga yang terpelanting keluar. Bahan-bahan yang ditarik atau ditendang sebenarnya menunjukkan ke arah lohong hitam galaksi.NGC1275 merupakan calon yang sesuai bagi sebuah Black Hole tetapi sebenarnya ia adalah sebuah galaksi walau seakan-akan Kuasar.

NGC1275 yang dilihat dari teleskop Hubble

Kuasa tenaga NGC1275 amat kuat, gelombang radio yang dipancarkan adalah lebih banyak dari cahayanya sendiri. Sebab itu ia tidak kelihatan luar biasa jika dilihat secara optikal. Walaupun kelihatan normal, ia mempunyai denyutan radio yang sangat berkuasa di pusatnya. Cuma satu benda saja yang boleh keluarkan begitu banyak tenaga iaitulah lohong hitam yang besar dan ianya mungkin terdapat di tengah-tengah pusat tersebut.

NGC1275 menyinar dengan keamatan cahaya 100 ribu juta kali lebih terang dari matahari walau ia dipancarkan dari kawasan yang kecil sahaja di mana cahaya ini pastinya datang dari lohong hitam besar yang berputar itu. Galaksi dibentuk oleh gas hidrogen yang disatukan oleh graviti, ditengah-tengahnya gas itu dimampatkan. Jika cukup mampat, lohong hitam akan terbentuk.

Walaupun jika lohong hitam yang terbentuk itu hanyalah sebesar sistem suria kita, ia tetap dapat menarik apa jua yang melintasi atau menghampirinya. Kuasar (Quasar) mempunyai tenaga yang jauh lebih kuat dari sesuatu galaksi, mungkin daya graviti lohong hitamnyalah yang memberi tenaga kepadanya. Selain dari Kuasar dan pusat galaksi, andaian sesebuah bintang untuk menjadi black hole juga tidak dapat ditolak.

Bintang Cygnus X-1 iaitu sebuah bintang kembar dua yang memancarkan sinar-X paling terang dalam Buruj Cygnus (Angsa) merupakan calon bagi sebuah Black Hole. Ia menjadi calon bagi Black Hole kerana salah sebuah kembarnya yang tidak dapat dilihat sedang menyedut gas-gas dan jisim dari kembarnya yang satu lagi. Sedutan gas-gas dan jisim ini meletuskan radiasi sinar-X paling hebat di angkasa.
Bintang Cygnus X-1 yang terletak di Buruj Cygnus
Salah satu calon Black Hole yang lain dari kategori bintang ialah V861 Scorpii di Buruj Scorpius. Pada 26 Mei 1994 yang lalu, berdasarkan pemerhatian teleskop angkasa lepas Hubble (HST), NASA telah mengumumkan penemuan sebuah Black Hole. Ia begitu jelas kelihatan di mana bahan-bahan serta gas disedut masuk kedalam satu lubang yang dikelilingi oleh awan-awan gas (nebula).

Apa yang menjadi misteri paling mengejutkan ialah rakaman gelombang radio berfrekuensi ultra menggunakan sistem komputer sensitiviti bunyi kuasa tinggi telah dapat meghuraikan (extraction) raungan kesakitan dari lubang yang amat dalam itu. Rahsia ini dibongkarkan oleh seorang yang rapat dengan NASA. Adakah teleskop Hubble telah menemui “Neraka”? Tidak.

Hubble dengan peralatan saintifik yang ada padanya telah secara tidak langsung membuktikan kewujudan lubang hitam di angkasa. Selepas beberapa abad bertelagah pendapat, saintis akhirnya berhadapan dengan kepercayaan agama. Rakaman pita magnetik imej dan frekuensi bunyi memberi bukti terhadap apa yang dikenali sebagai roh tanpa sinar yang terbakar dan menjerit kesakitan dalam penyeksaan.

Menggunakan resolusi peleraian imej sangat tinggi, HST merakamkan imej seakan-akan roh-roh manusia yang terbakar dalam api yang sangat besar di dalam lubang hitam angkasa itu.Namun begitu, pihak NASA tidak memberitahu perkara sebenar kecuali seorang lain yang berhubung rapat dengannya yang telah mengakui melihat imej tersebut serta rakaman sebenar pita tambahan pula krew NASA juga sangat yakin bahawa imej seakan-akan roh-roh yang diambil tersebut memang sama bentuk dengan fizikal manusia.

Tidak diketahui di mana imej tersebut kini. Sebenarnya banyak lagi imej yang boleh membawa kepada kebenaran Islam telah disembunyikan oleh pihak NASA dengan alasan sulit dan rahsia besar (Top Secret Classified). Sekarang apa telahan anda?. Sebenarnya tidak sukar untuk mempertemukan ayat atau dalil Al Quran berkenaan Black Hole dengan adanya penemuan dari NASA seperti yang disebutkan di atas itu tadi.

Adakah penemuan “Neraka” di angkasa itu benar-benar neraka dalam erti kata yang sebenarnya? Walaupun kita sedar dan tahu bahawa neraka itu benar sepertimana yang disebutkan dalam Al Quran dan Hadis, sekarang kita berdepan pula dengan penemuan “Neraka” dari ahli sains astronomi. Mari kita lihat hadis Nabi SAW berkenaan neraka. 

Bersabda Rasulullah SAW:
“Api kamu ini adalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian api di neraka Jahannam. Para sahabat mengatakan: Yang ini pun sudah mencukupi. Berkata Nabi: Bahkan api neraka itu melebihi (api dunia) sebanyak enam puluh sembilan kali, setiap bahagiannya sama panasnya.”

Bersabda baginda lagi:
“Dibakar di atas neraka Jahannam seribu tahun hingga menjadi merah. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi putih. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadihitam legam seperti malam yang gelap gelita.”

Adakah takwil dari sabda Nabi “hitam legam” boleh merujuk kepada lohong hitam yang panas itu? Wallahua’lam. Tetapi sekurang-kurangnya begitulah kerana lohong yang hitam sememangnya benar-benar dahsyat panasnya! Hakikat ini tidak dapat ditolak.

Namun Black Hole tidak dapat menjadi “Neraka” dalam erti kata hakiki walaupun penemuan NASA mengesahkan bagaimana bunyi raungan datang dari sumber Black Hole itu. Kenapa saya berkata begini? Ikuti alasan saya yang lain.

Saya tidak ingin mengatakan jumpaan NASA itu satu neraka tetapi biarlah saya kemukakan Hadis dan dalil Al Quran berkenaannya. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya bila seorang mukmin akan putus hubungannya dengan dunia dan segera akan menuju ke akhirat, maka datang kepadanya para malaikat dengan wajah terang bercahaya seperti terangnya sinar matahari. Mereka duduk sejauh pandangan mata orang mukmin itu. Kemudian datang malaikatul maut dan berkata: Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju pengampunan dan kerinduan Allah. Maka keluarlah dan dibungkus dengan kain putih berbau amat harum dan dibawanya pergi. Malaikat lain bertanya: Siapa orang itu? Jawabnya: Fulan bin Fulan, namanya terbaik yang dipakainya di dunia. Maka ketika pintu langit dibuka, malaikat bersama menyembutnya. Kemudian Allah bertitah: Tempatkan hambaku ke dalam Illiyyin (langit ke tujuh tempat orang mukmin). Setelah itu dikembalikan ke bumi.” 


[hadis ini amat panjang sekali, memadai ditaip setakat untuk menjelaskan. Jika hendak baca kesemuanya sila dapatkan buku bertajuk "Ibnul Qayyim: ROH: Perjalanan Bersama Roh Di Alam Lain: Perbahasan dan Komentar; Leila Mabruk" keluaran Thinkers Library]

Lain pula halnya dengan si kafir laknatullah yang hidupnya hanya mengabdi dunia semata-mata. Bila menjelang maut, bukan wajah seri malaikat yang datang tapi malaikat bermuka hitam dan kelam dengan pakaian berbulu. Didekati kepalanya, “Wahai jiwa yang jahat, keluarlah menuju kemurkaan Allah”. Berkerumun malaikat saling berebut mencabut jasad. Dibungkus kain yang juga berbulu dengan bau yang amat busuk. Dibawanya ke atas. Malaikat yang dilewati bertanya: “Siapa si busuk itu?” Jawabnya: “Fulan bin Fulan”, disebutkan nama yang paling jelek di dunia. Sampai di langit, tak dibuka pintu baginya. Allah bertitah: “Catatlah namanya pada Sijjin(di bumi terendah dan ketujuh) dan rohnya ditempatkan di sana. Lalu firman-Nya lagi: 

“Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka seoalah-olah ia jatuh dari langit, lalu disambar burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh”. 
(Al Haj ayat 31)

Apakah Itu Sijjin? 

Jika anda buka Surah Al Muthaffifin iaitu Surah ke-83 ayat 7 hingga 22 diterangkan apakah itu Sijjin dan apakah itu Illiyyin. Menurut tafsir Quran menyebut bahawa Sijjin itu adalah ‘penjara’ di mana kitab amal orang-orang yang jahat itu terletak di situ dengan kesempitan, kegelapan, kehinaan dan penyeksaan di penjara itu menjadi gambaran nasib malang dan kecelakaan.

Manakala Illiyyin ertinya tempat yang tinggi dan mulia di mana kitab amalan orang-orang soleh (baik) berada dan disimpan di situ, tidak akan hilang dan tidak akan rosak. Jika penerangan berkenaan laungan penyeksaan orang-orang yang tercelaka dinyatakan dalam Al Quran itu tadi sebagai memperlihatkan akan apa yang telah dijumpai oleh pihak NASA. Barangkali saja Sijjin adalah lubang siksaan atau telaga yang amat dalam yang kita kenali sebagai Black Hole dalam dunia saintifik ini.

Roh orang-orang kuffar akan ditempatkan terlebih dahulu di Sijjin (Black Hole) ini sebelum ditempatkan pula di Neraka pada hari kiamat. Inilah hakikatnya. Wallahua’lam bil ghaib. Saya tidak menganggap Neraka yang sebenar (An Nar atau Hell) berada dalam Alam Semesta kerana apa yang kita nampak walaupun satu titik cahaya di satu penjuru Alam Semesta dengan menggunakan teleskop yang paling berkuasa di dunia ini sekalipun sebenarnya masih berada dalam lingkungan Langit Pertama yang diperkatakan jauhnya oleh saintis kaji bintang sebagai 15 ribu juta tahun cahaya.

Menurut apa yang saya faham, jika langit diperkatakan mengandungi tujuh lapis, perlu saja menempuhi tujuh pintu langit untuk sampai ke sana sama ada ke Syurga atau ke Neraka. Saya juga berpendapat bahawa jika koordinat galaktik di mana satah pelataran Galaksi Bima Sakti dijadikan asas paksi Utara dan Selatan Alam Semesta (perhatian: Alam Semesta bermaksud rantau yang dikelilingi Langit Pertama), maka paksi Utara Galaksi Bima Sakti (paksi Utara galaktik) mungkin menuju terus ke Syurgawi manakala paksi Selatan Galaksi Bima Sakti (paksi Selatan galaktik) pula mungkin menuju terus ke arah Neraka.

Itupun perlu menempuhi kejauhan jarak jejari dari pusat Galaksi Bima Sakti ke pintu Langit Pertama sahaja sudah sejauh 15 ribu juta tahun cahaya (perhitungan saya: 14 ribu 285 juta 714 ribu 290 tahun cahaya atau jarak 135 ribu 150 juta 402 ribu 857 billion kilometer). Itu belum lagi menempuhi tujuh lapis langit keseluruhan yang saya perkirakan sebagai sejauh 100 ribu juta tahun cahaya atau 946,052,819,600,000,000,000,000 km atau 946 ribu 52.8196 trillion kilometer.


Jarak visual 100 juta tahun cahaya (bukan 100 ribu juta tahun cahaya)
Apa yang telah saya dapati menurut kajian saya ini adalah angka bagi jarak dalam kilometer dari pusat Galaksi Bima Sakti ke final frontier Langit ke-7 adalah bersamaan dengan perjalanan cahaya matahari selama setahun yang memungkinkan cahaya matahari akan mengambil masa selama 100 ribu juta tahun untuk tiba di pintu Langit ke-7 andai semua pintu langit tadi dibukakan serentak menurut konseptual Isra’ Mi’raj. Wallahua’lam bil ghaib.

Saya bukannya meneka-neka atau mereka-reka seperti apa yang telah saya pertunjukkan itu tetapi berdasarkan penyelidikan semenjak 13 tahun yang lalu. Benar atau tidak hanya Allah jualah yang lebih mengetahui kerana saya hanya mencuba, satu cubaan yang tidakpun ingin bercanggah dengan Islam tetapi sebagai satu kenyataan bahawa tidak mungkin ada siapa pun di kalangan manusia atau jin atau syaitan yang berupaya untuk melintasi jarak sejauh itu.

Jadi, sesiapa yang berasa tidak redha takdir Allah ke atasnya di alam dunia ini, perlulah dia keluar dari lingkungan jarak 946 ribu 52.8196 trillion km. Bagaimana mungkin? Firman Allah dalam Surah Ar Rahman ayat 33:
“Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan.”
(Surah Ar Rahman ayat 33)

Astaghfirullahal ‘azhim. Begitulah tuan-tuan. Kesimpulannya Black Hole dengan Sijjin kemungkinannya adalah satu istilah yang sama.Terdapat amat banyak sekali Black Hole atau Sijjin di Langit Pertama ini yang menunggu sesiapa saja yang mungkar untuk disumbatkan rohnya kedalamnya.

Ayat 19 Surah An Nabak dan ayat 16 Surah Al Haaqqah bukannya pembayang yang tepat kepada Black Holes kerana ia berkenaan pra-kehancuran ataupun kehancuran total Alam Semesta dari Langit Pertama sampai Langit Ke-7. Jangan fikir angka 7 bermakna angka bagi orang-orang dahulukala yang merujuk kepada infiniti kerana ketujuh-tujuh lapisan langit adalah pasti menurut Al Quran bahkan spektrum cahaya juga mempunyai 7 lapis iaitu ungu, indigo, biru, hijau, kuning, jingga dan merah.

Mungkin warna setiap pintu yang menjadi sempadan setiap lapis langit juga demikian di mana pintu Langit Pertama adalah berwarna ungu. Justeru apabila kiamat, semua pintu langit pecah berderai maka pintu Langit ke-7 memperlihatkan rupanya dengan warnanya sebagai kilapan merah mawar sepertimana yang diterangkan oleh Allah dalam Surah Ar Rahman ayat 37:
“Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilapan minyak”.

Supernova yang berbentuk seperti mawar merah 
Amat banyak sekali ayat Quran yang menerangkan kejadian kiamat terutama sekali dalam juz yang terakhir.


kredit to: pedoman ku: SUMBER

Tuesday, April 24, 2012

AKIBAT BANYAK MAKAN

Kenyang membawa malas ke dalam diri
 Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya a.s pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya: "Apakah benda yang bergantungan itu?"

Jawab iblis; "Inilah syahwat yang aku pergunakan untuk menguasai dan menggoda manusia.
"Nabi Yahya kemudian bertanya: "Apakah yang ada pada syahwat itu?"

Jawab iblis:
"Kadang- kadang dengan syahwat ini engkau kekenyangan lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan zikir."

Nabi Yahya terus menjawab; "Demi Allah, selama- lamanya aku tidak akan memenuhi perut dengan makan hingga terlalu kenyang."


Terlalu banyak makan boleh menyebabkan pekerti tercela iaitu:-

1.Menghilangkan rasa takut kepada Allah daripada hati manusia.

2.Menghilangkan kasih sayang kepada makhluk daripada hati orang yang kenyang kerana menganggap orang lain kenyang seperti dia.

3.Kenyang boleh menyebabkan seseorang itu berat untuk taat beribadat.

4.Sewaktu mendengar kata-kata hikmah; orang yang terlalu kenyang tidak dapat menangkap dan merasakan kehalusannya.

5.Jika orang yang kenyang itu memberikan nasihat dan hikmah, maka apa yang dikatakan itu tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.

6.Terlalu kenyang boleh menimbulkan pelbagai penyakit.




Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Minhajul ‘Abidin telah menukilkan tentang 10 bahaya terlalu kenyang:
1. Banyak makan menyebabkan hati menjadi keras

2. Banyak makan membangkitkan segala anggota dalam berbuat perkara yang sia-sia dan kejahatan

3. Banyak makan membinasakan kecerdikan dan kepintaran serta menyebabkan sedikit faham dan kurang pengetahuan

4. Banyak makan mengurangkan amal ibadat kerana manusia apabila banyak makan menyebabkan berat badannya yang membawa kepada mengantuk dan malas


5. Banyak makan menyebabkan kurang selesa ketika menunaikan ibadat  

6. Banyak makan ditakuti jatuh kepada yang haram atau syubhat

7. Banyak makan menyebabkan hati sentiasa risau berkenaannya, memenatkan badan untuk mencari serta menyediakannya. Begitu juga untuk memakannya dan melepaskan mudharatnya

8. Banyak makan menyebabkan bersangatan sakit ketika mati kerana kesakitan dan kesusahan ketika mati bergantung kepada sekadar mana kesedapan dunia yang dinikmati oleh kita

9. Banyak makan menyebabkan kurang pahala akhirat

10. Banyak makan menyebabkan banyak hisab diakhirat


Saturday, April 21, 2012

PEMBANGUNAN @ PEMUSNAHAN KOTA MAKKAH??


Pembangunan Mekah

Mekah adalah tempat lahirnya Nabi Muhammad saw dan tempat terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam yang kini sedang mengalami pembangunan komersial yang terhebat dalam sejarah. Beratus-ratus buah bangunan sedang dalam pembinaan tanpa meninggalkan sedikitpun sejarah dan binaan asal dari Rasulullah, para sahabat dan kesemua tinggalan Khilafah Rashidin dan apatah lagi Khilafah Othmaniyyah.

Tinggalan Kubu Ajyad dari zaman Othmaniyyah pada abad ke 18 merupakan kubu yang dibina untuk mempertahankan Mekah pada masa itu telah diratakan tanpa sebarang kesan. Dengan satu malam sahaja bukit yang menempatkan kubu tersebut telah diratakan untuk pembinaan menara Abraj Al Bait. Begitu juga seluruh penduduk yang mendiamai kawasan tersebut telah dipindahkan ke pinggir-pinggir Mekah dan bandar-bandar yang berdekatan. Kawasan yang dulunya adalah bersejarah dalam tamadun Islam akan bertukar menjadi pusat membeli belah yang terhebat, hotel termasyhur dan kediaman mewah.


Kubu Ajyad sedang dimusnahkan

Pembangunan di tapak Kubu Ajyad

Apakah Hijaz yang dikuasai Raja Badwi itu adalah milik beliau sepenuhnya. Apakah tujuan pembangunan besar-besaran itu untuk kebaikan umat Islam? Gabenor Mekah, Putera Khaled Al Faisal sering melaung-laungkan menjadikan Mekah bandar abad 21, menukar destinasi ibadat haji ini kepada bandar contoh dari segi pembangunan dan pemodenan. Mereka berpegang dengan fatwa tempat tinggalan Rasulullah dan sahabatnya adalah bidaah tapi peliknya membawa masuk pengaruh yahudi di Mekah dan Madinah, telah memusnahkan semua sejarah dan senibina yang telah di asaskan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat.

Pembangunan Mekah sepatutnya dikongsi bersama oleh umat Islam bukan dibolot oleh dinasti Raja Badwi sahaja. Setidak-tidaknya umat Islam tidak terbeban dengan kewangan yang tinggi bagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Tetapi motif sebenar pembangunan tersebut seperti yang terjadi adalah kerana dorongan keuntungan kepada suku sakat Raja Badwi semata-mata.

Keakraban yang menjadi tanda tanya

Pembangunan di Mekah menyebabkan harga tanah melonjak lebih dua puluh kali ganda sejak sepuluh tahun lepas kepada purata $70,000 per meter persegi dan harga apartment sekurang-kurangnya $3 juta. Akibat dorongan mendapatkan keuntungan semata-mata, pemaju pembinaan tidak memberikan keutamaan kepada keperluan sebenar jemaah haji (tidak seperti didakwa pemerintah). Kesemua pembangunan setakat ini hanya menumpukan kepada keperluan golongan berada dan hartawan, daripada gedung membeli belah ternama, restoran terkenal berada dalam mall hinggalah hotel-hotel berjenama antarabangsa (yang dikuasai Yahudi) yang mengenakan caj sekurang-kurangnya $700 semalaman. Umat Islam amat berkira untuk berbelanja supaya tidak terbeli barangan buatan Yahudi tapi rupanya di Mekah uamt Islam berbelanja tanpa had di gedung-gedung dan hotel-hotel milik Yahudi. Siapakah yang menggadaikan tanah suci dan kiblat umat Islam ini? Inilah tahap umat Islam sekarang ini yang tergambar oleh Rasulullah s.a.w ketika hampir wafatnya beliau, ya ummati, ya ummati.

Antara mercutanda terbaru ialah pembinaan Menara Abraij Al Bait (menara Jam) atau Fairmont Tower merupakan pembangunan yang merangkumi Masjidil Haram itu sendiri. Komplek menara tersebut mempunyai keluasan lantai 15.6 juta kp adalah terbesar di dunia dan menaranya adalah antara tertinggi didunia. Binaan pencakar langit akhir zaman seperti yang di beritahu oleh Rasulullah yang dibina oleh kaum badwi adalah betul-betul berada di hadapan Kaabah.

Kemewahan di dalam Abraij Al Bait

Abraij Al Bait merupakan penswastaan komersial yang terbesar didunia. Ia dibiayai sepenuhnya oleh Saudi Binladen Group (SBG), dan diberi kontrak selama 25 tahun untuk menguruskan komplek tersebut. Sebahagian akan disalurkan kepada Wakaf Malik Abdul Aziz tetapi SBG mempunyai hak terhadap keuntungan selepas tamat tempoh penswastaan selama 25 tahun.

Sebelum ini umat Islam di warwarkan menara tertinggi ini akan menempatkan jam terbesar didunia yang akan menjadi kemegahan umat Islam dan bilik-bilik penginapan akan dibuka untuk pelaburan umat Islam seluruh dunia. Tetapi sebenarnya kesemuanya sebanyak 1005 bilik telah diserahkan kepada rangkaian hotel antarabangsa Yahudi, Fairmont hotel. Rangkaiannya meliputi kasino di Monte Carlo hingalah Tel Aviv. Fairmont hotel ini diasaskan oleh Benjamin Swig seorang banker dan aktivis Yahudi di San Francisco pada tahun 1945. Dia merupakan tokoh Yahudi dan termasuk dalam senarai tokoh Yahudi paling berpengaruh.

Benjamin Swig

Siapakah penduduk Madinah yang menjadi pengikut Yahudi dan bersama Dajjal?

Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu ‘anha:

“Rasulullah masuk ke kamarku dalam keadaan aku sedang menangis. Beliau berkata kepadaku: ‘Apa yang membuatmu menangis?’ Aku menjawab: ‘Saya mengingat perkara Dajjal maka aku pun menangis.’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: ‘Jika dia keluar sedang aku masih berada di antara kalian nescaya aku akan melindungi kamu. Jika dia keluar setelah aku mati maka ketahuilah Rabb kamu tidak buta sebelah. Dajjal keluar bersama orang-orang Yahudi Ashbahan hingga datang ke Madinah dan berhenti di salah satu sudut Madinah. Madinah ketika itu memiliki tujuh pintu, setiap celahnya ada dua malaikat yang berjaga. Maka keluarlah orang-orang jahat dari Madinah mendatangi Dajjal ….” 
(HR. Ahmad, Abdullah bin Ahmad, Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu berkata:Sanadnya shahih)