Saturday, December 15, 2012

MAYAT TIDAK REPUT

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

mayat terpelihara - Subhanallah
Mayat ini adalah mayat seorang lelaki (Haji Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 1987. Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak perempuan yang ketika itu masih kecil lagi. Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar) dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan pondok Madrasah Khairiah Islamiah di Pokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu.

Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya.

(Gambar) Mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau. Pinang.

Sahabat penulis sempat menziarahi arwah setahun sebelum beliau meninggal dunia dan berkomunikasi dengannya menggunakan pen dan kertas. Kubur bersebelahan (di dalam gambar) yang telah dikorek itu adalah untuk ibu saudara sahabat penulis yang meninggal pada hari tersebut. Syukur Alhamdulillah, beliau berpeluang melihat mayat walaupun sekerat badan sahaja (sebahagian lagi ditimbus tanah).

Mayatnya seperti baru ditanam semalam dengan daging serta otot-otot tangan dan kaki kelihatan seolah masih 'segar' lagi. Disebabkan hujan lebat pada malam sebelumnya, kain kafan yang basah dan melekat pada tubuhnya memperlihatkan betapa kuasa Allah kadangkala melewati batasan logik akal manusia.

Kain putih yang membaluti jasad juga seolah 'terpelihara'. Jika dilihat pada gambar yang dilampirkan, dibahagian atas itu ialah kepalanya yang dilapik dengan bantal tanah.

Kisah ini sewajarnya dijadikan renungan untuk semua... bagaimana pula keadaan kita di kubur nanti? Kala jasad bersendirian tanpa taulan selain amal jua... ingatlah, janji Allah tetap benar. Dia akan menjaga hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih. Firman Allah s.w.t  “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

~sumber

6 Hacker Terkenal di Dunia

Individu-indidvidu ini memiliki otak yang genius dan dibekalkan dengan wajah yang lumayan.Dengan ilmu dan kepakaran yang disandarkan pada kepintaran menguasai gadget terkini ciptaan manusia, sepatutnya kebolehan itu dimanfaatkan ke arah yang lebih baik dan membantu sesama insan. Malangnya mereka-mereka ini memiliki moral yang tidak seiring dengan kegeniusan mereka.Sayang seribu kali sayang..kebanyakkan manusia genius di dunia  terlebih dalam ilmu terkurang dalam etika.Yah..setiap manusia normal akan melakukan kesilapan dalam hidupnya.Akhirnya mereka insaf dan jadi lebih berguna dalam menangani jenayah siber di dunia.

1. Jonathan James

James'rakyat Amerika, berumur 16 tahun apabila dia dimasukkan ke penjara kerana membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Akibat salahlakunya, dia didenda tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun.

2. Adrian Lamo
Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info peribadi dan beberapa nombor sekuriti . Dia akhirnya didenda $65,000 dollar US.
3. Kevin Mitnick
Inilah legenda hidup yang benar-benar mantap dalam dunia hack.
Antara yang dia lakukan :
-Mengkaburi FBI
-Hacking ke dalam DEC system (Digital Equipment Corporation)
-Mendapatkan password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian.
-Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa.
Seorang white hat hacker pun yang bernama Tsutomu Shimomura pun dihack komputer sistemnya oleh Kevin, dan terjadilah perang hacker. Dia ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Mitnick saat itu. Tapi sekarang dia sudah insaf dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pemudahcara.
4. Kevin Poulsen

Juga dikenal dengan Dark Dante. Dia menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh talian telefon kerana memang kemahiran dia menghack talian telefon. Saat ini dia jadi senior editor di Wired News, dan berjaya menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.
5. Robert Tappan Moris

Orang yang pertama kali membuat Worm, yang dinamakan Morris Worm melalui internet dan menyebarkan wormnya yang mengakibatkan lebih kurang 6000 komputer jadi down..!!!Dia akhirnya dipenjarakan rumah selama 3 tahun dan didenda sebesar $10,500 dollar. Sekarang dia bekerja sebagai professor di sebuah MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory!!
6. Karl Koch
Dia berasal dari Hannover Jerman yang menamakan komputernya kungfuUP (First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa kajian dalam menghack pada kurun waktu1985-1988. Dia juga seorang penagih kokain.Dia berjaya membolosi beberapa sistem ketenteraan AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hacknya dijual ke KGB (Agen Rahsia Soviet Union). Dia ditemui mati pada tahun 1988, menurut info dia membakar tubuhnya sendiri namun ada yang mengesyaki menjadi mangsa konspirasi.
~sumber.

SHAMSIAH FAKEH - PELOPOR GERAKAN WANITA MELAYU


                                       
Shamsiah Fakeh ketika berumur 13 tahun bersama dengan ibunya Sa'amah Nonggok dan adiknya Ramli 
sebelum beliau berangkat ke Sumatera untuk belajar di Sekolah Agama Rahmah Al Yunusiah


SEDUTAN MEMOIR SHAMSIAH FAKEH.

Didalam memoir beliau, dituliskan latar belakang kehidupan beliau sebagai anak remaja yang jelas bukan dari kalangan orang berpendidikan tinggi. Beliau tidak mempunyai kesedaran politik sehinggalah Jepun meninggalkan tanah melayu. Tatkala ini orang melayu sedar bahawa Tanah Melayu perlu merdeka dari semua bentuk penjajahan.

Sebelum bergiat aktif dalam politik, beliau mengalami penceraian sebanyak dua kali. Penceraian yang di lakukan tidak mengikut lunas agama menjadikan beliau merasakan kaum wanita sering di tekan oleh kaum lelaki. Dalam perjuangan beliau dalam sayap wanita Parti Kebangsaan Melayu Malaya (kemudiannya di namakan Angkatan Wanita Sedar, AWAS), beliau sering memberi ucapan bagi menaikan semangat kaum wanita di zaman beliau. Bagi beliau, bebas dari penjajahan British merupakan titik tolak wanita bebas dari penindasan lelaki.(m/s 29)

Penglibatan beliau sebagai Ketua AWAS mendapat restu ayahanda beliau yang juga di katakan mempunyai semangat nasionalis yang tinggi. Beliau mengantikan Aishah Ghani (Tan Sri Datin Paduka Seri) yang meninggalkan AWAS bagi menyertai UMNO. 

Sebelum beliau bergiat aktif di dalam PKMM, beliau juga banyak menghadiri perjumpaan-perjumpaan yang di anjurkan oleh UMNO(m/s 13). Betapa ketika itu semangat beliau untuk membebaskan tanah air amat tinggi. Walaupun menurut beliau, beliau tidak berpengetahuan di dalam ideologi, hanya dengan semangat nasionalis itu beliau berjaya memimpin AWAS dalam usaha memerdekakan Tanah Melayu.(m/s 25)

Bagaimana Beliau Menyertai Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya.

Sebelum 1948

Di sekitar tahun 1945 dan 1946 Tanah Melayu menyaksikan kelahiran banyak parti-parti politik yang di bakar dengan semangat anti-Kolonial yang tinggi. Antara parti politik melayu yang lahir ketika itu adalah Persatuan Kebangsaan Melayu Muda (PKMM), United Malays National Organisation (UMNO) atau singkatan melayunya PEKEMBAR, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) merupakan suatu sayap PKMM.

PKMM di kira sebagai parti berhaluan kiri. Ahlinya sering di tangkap, dipenjara dan dihukum gantung oleh British, manakala UMNO pula tidak pernah di usik(m/s 15). Parti-parti berhaluan kiri melayu kemudiannya menubuhkan suatu pakatan di namakan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).

PUTERA terdiri dari AWAS, API, GERAM (Gerakan Angkatan Muda Singapura) dan BATAS (Barisan Tani Se Malaya) dan lain-lain. Manakala bagi parti-parti bukan Melayu (kecuali PKM) yang tidak mahu saya senarikan disini menubuhkan pakatan yang di panggil All-Malaya Council for Joint Action (AMCJA).

PUTERA dan AMCJA bergabung menubuhkan pertubuhan PUTERA-AMCJA. Pemimpin AMCJA ketika itu adalah Tan Cheng Lock (kemudiannya TUN) manakala PUTERA di ketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).

Keratan artikel dari Majalah Kenchana bil 12 1 November 1947 
berkenaan Hartal

Di pendekan cerita, PUTERA-AMCJA mengemukakan perlembagaan rakyat, namun pihak British menolak perlembagaan tersebut dan hanya berkerjasama dengan UMNO dan wakil raja-raja Melayu. Ketika itu parti-parti berhaluan kiri merasakan jalan diplomasi telah di tutup oleh pihak British. Mereka melancarkan mogok di seluruh tanah melayu (Hartal) pada 20 Oktober 1947. Menurut Shamsiah di dalam memoir nya, mogok itu berjalan lancar dan berjaya merencatkan Ekonomi (m/s 34). Shamsiah Fakeh juga terlibat dalam Hartal sebagai ahli PUTERA yang mana beliau mengetuai AWAS.

Darurat 1948

Sebelum darurat di isytiharkan, parti-parti berhaluan kiri bebas bergerak menyampaikan ideologi mereka. Ini termasuk Parti Komunis Malaya (PKM). Di dalam kongres-kongres parti berhaluan kiri, wakil PKM akan memberikan ucapan. Pada Shamsiah Fakeh, tiada apa yang pelik mengenai PKM. Mereka kelihatan bersemangat dalam menuntut kemerdekaan negara. Menurut beliau juga, ketika itu PKM tidak di gembar-gemburkan sebagai jahat dan pengganas. (m/s 39).

Pengisytiharan darurat oleh British telah mengakibatkan semua parti berhaluan kiri di haramkan. Ini termasuk semua parti-parti komponen PUTERA-AMCJA. Sejurus sebelum Darurat Di isytiharkan, Shamsiah Fakeh berpindah ke Lubuk Kawah di Pahang. Di situ lah Wahi Anwar (Ahli PKMM pusat) meyakinkan Shamsiah untuk turut serta dalam PKM. Shamsiah berasa tiada apa-apa yang pelik dengan PKM ketika itu memandangkan mereka berjuang menentang British. Malahan Shamsiah mengalu-alukan keputusan PKM untuk menerimanya sebagai ahli atas sebab yang sama.(m/s 37-39)

Walaupun pada awal penglibatannya dalam politik, Shamsiah Fakeh menghadiri banyak perjumpaan-perjumpaan UMNO, Shamsiah memilih untuk berada di dalam PKMM, parti berhaluan kiri kerana pada beliau PKMM lebih progresif dan anti colonialis.(m/s 15) Shamsiah Fakeh mendapat latihan gerila di Pahang dan pada 1949, Rejimen ke-10 PKM di tubuhkan. Rejimen ke-10 di anggotai oleh orang Melayu dalam PKM.

Menolak Dakwaan Jahat terhadap dirinya.

Potrait Shamsiah Fakeh yang di ambil pada tahun 1994. 
Gambar kecil, potrait yang di ambil pada tahun 1960.

Sebelum beliau menulis memoir ini, banyak cerita-cerita tentang beliau meniti di dada akhbar serta dari mulut ke mulut. Di dalam prakata memoir ini beliau berharap penerangan beliau dapat menjawab beberapa tuduhan jahat terhadap dirinya.

1) Shamsiah membunuh anaknya untuk lari dari tentera kerajaan dengan:
         a) menghanyutkan anaknya kesungai (tuduhan Musa Ahmad)
         b) menghentak anaknya ke batu.(tuduhan Syed Alwi)

Di katakan juga beliau berbuat demikian kerana tertekan suaminya menyerah diri kepada tentera kerajaan. Tuduhan berkenaan di lemparkan oleh ahli PKM yang menyerah diri kepada kerajaan di dalam temuramah dengan RTM.

Shamsiah menyifatkan tuduhan itu amat jahat dan di luar batasan. Menurut Shamsiah, beliau tidak membunuh anaknya. Sebaliknya beberapa ahli PKM, meyakinkan beliau untuk menyerahkan anaknya pada penduduk kampung memandangkan keadaan perang tidak membolehkan beliau bergerak dengan bayinya. Shamsiah menyerahkan bayi itu dengan rasa sedih dan berat hati. Bayi beliau tidak di serah kan kepada penduduk kampung tempatan sebaliknya dibunuh oleh 3 orang anggota PKM. Hanya selepas 3 tahun, Shamsiah mendapat berita dari ahli tertinggi Rejimen ke 10, Musa Ahmad tentang kejadian sebenar.

Lebih menyedihkan lagi, Musa Ahmad lah yang memberi tahu wartawan RTM, bahawa Shamsiah Fakeh membaling anak nya kesungai. Di dalam memoir beliau, shamsiah menceritakan bagaimana beliau menyelamatkan bayi beliau ketika di serang oleh tentera kerajaan, menolak sama sekali tuduhan bahawa beliau seorang pembunuh.(m/s 52-59)

2) Syamsiah pembunuh kejam dan mempunyai ilmu kebal.

Syamsiah berkata, tiada sebab untuk pasukan polis berdendam terhadap dirinya. Walaupun beliau dibekalkan dengan pistol dan bom tangan ketika berada dihutan, beliau tidak pernah menggunakan senjata itu untuk membunuh pasukan tentera kerajaan. Senjata berkenaan di berikan kepadanya sebagai penghormatan terhadap beliau sebagai ketua AWAS. Sebaliknya menurut beliau, beliaulah yang di hujani peluru tentera kerajaan.

Beliau juga menolak cerita bahawa beliau mempunyai ilmu kebal. Beliau mendakwa beliau cuma hamba Allah dan tiada apa-apa kekebalan pada beliau. Hanya Allah yang memanjangkan umur beliau sehingga beliau dapat menulis memoir ini. (m/s 116)

Beliau menceritakan bagaimana beliau menyerahkan anak beliau kepada anggota PKM untuk di serahkan kepada penduduk tempatan. Sebelum perkara itu berlaku, pihak tentera memburu beliau dan beliau terpaksa melarikan diri bersama bayi beliau untuk mengelak daripada di tangkap. Sungguh cekal semangat beliau, bukan sahaja sebagai pejuang, malah sebagai seorang ibu dan wanita melayu.


Mempertahankan perjuangan di dalam hutan menentang British.

Di dalam memoir beliau, beliau banyak mempertahankan keputusan beliau masuk ke hutan menentang British. Beliau mempertahan PKM untuk mengangkat senjata menentang British. Beliau menyifatkan British adalam pengganas sebenar. Bercakap mengenai pertumpahan darah dengan askar yang terdiri dari orang Malaya, Shamsiah berkata;
'' Di dalam perang, sama ada adil atau tidak, pertumpahan darah tidak dapat dielakkan. Sesiapa yang berjuang di samping penjajah, pasti menerima tentangan. Ianya salah mereka untuk berpihak kepada penjajah'' m/s 47 ............(petikan bahasa inggeris yang saya terjemahkan kedalam bahasa melayu, ada kemungkinan tidak sama dengan memoir asal Shamsiah dalam bahasa melayu) 
Di dalam memoir nya juga, Shamsiah ada memetik beberapa kali buku '25 tahun merdeka' karangan Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris seorang veteran di dalam UMNO. Tan Sri Abdul Samad Idris ada mempertahankan orang-orang Melayu yang memberontak di hutan menentang British. Berikut adalah terjemahan dari petikan di dalam buku beliau:
''Jangan fikir pemberontakan oleh orang-orang melayu di Jenderam, Selangor, di Termeloh Pahang dan di tempat lain, yang mana mereka berkerjasama dengan pengganas komunis adalah kerana pemahaman mereka yang kuat terhadap ideologi komunis. Adalah sangat jelas melalui analisis sejarah bahawa mereka adalah wira nasionalis melayu. Mereka memilih jalan pemberontakan semata-mata hanya untuk mendapat kemerdekaan'' -25 Tahun Merdeka dipetik dan diterjemah dari memoir Shamsiah Fakeh m/s 49-

sumber: gendangperang

Sunday, December 2, 2012

Aung San Suu Kyi

Aung San Suu Kyi, adalah anak ketiga kepada Pengasas Burma dan merupakan ikon demokrasi. Ketika ini beliau sedang menuju pembebasan setelah menghabiskan 15 tahun daripada 21 tahun tempoh sekatan yang dikenakan ke atasnya.
Suu Kyi( tengah) bersama ibu bapa dan adik-beradiknya
Aung San Suu Kyi dilahirkan pada bulan Jun 19 haribulan, tahun 1945.Bapa Suu Kyi adalah Bapa kemerdekaan Burma, Jeneral Aung San.Ibunya Khin Kyi bertugas sebagai jururawat.Aung San dibunuh pada Julai 1947, 6 bulan sebelum tarikh kemerdekaan negaranya. 
Suu Kyi dan suami Michael Aris semasa muda.

Suu Kyi meninggalkan Burma pada tahun 1960 mengikut ibunya yang bertugas sebagai duta Burma di Delhi. Berkahwin dengan suaminya Michael Aris, seorang ahli akademik warganegara British pada 1972. Dengan Michael Aris,Suu Kyi mendapat dua anak, Alex dan Kim. Pasangan ini menghabiskan kebanyakkan masa mereka tinggal di beberapa negara seperti Bhutan, England, Japan and India kerana komitmen kerja Michael.Pasangan ini hidup bahagia sehinggalah Suu Kyi kembali ke Burma pada 1988 untuk menjaga ibunya yang sakit tenat.

Malangnya Suu Kyi ditangkap oleh diktator Burma ketika itu Ne Win yang menjadi pemerintah dengan merampas kuasa pada tahun 1988. Suu Kyi dituduh mendalangi pemberontakan terhadap pemerintah yang mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa rakyat Burma.Pada ketika ini Suu Kyi menjawat Setiausaha Agung parti NLD. Suu Kyi mula dikenakan tahanan rumah pada 1989.


Banglo tempat tahanan Suu Kyi
Pemerintah Tentera mengadakan pilihanraya pada bulan May 1990 dimana parti yang diwakili Suu Kyi, NLD (National League for Democracy) menang dengan majoriti besar  meskipun ketika itu Suu Kyi sedang menjalani tahanan rumah di banglonya yang terletak di pesisir Tasik Inya lake di Yangon.                              


Kronologi Hidup;


April 1988 kembali keRangoon untuk menjaga ibunya yang sakit tenat.
8 Ogos 1988 Kebangkitan rakyat akibat tekanan pihak Junta tentera yang mengakibatkan beribu kematian
24 September 1988 Menjadi setiausaha parti politik NLD.
Julai 1989 Dijatuhkan hukuman tahanan dalam rumah untuk pertama kali.

Mei 1990  parti Suu Kyi ;National League for Democracy(NLD)menang pilihanraya.Namun dinafikan oleh pihak tentera.
Oktober 1991 Dianugerahkan hadiah  Nobel Keamanan.
Oktober 1995 Dibebaskan dari tahanan rumah tetapi dengan batasan.
Mac 1999 Suami Suu Kyi, yang tidak ditemuinya selama 4 tahun mati akibat kanser.
September 2000 Sekali lagi mendapat perintah tahanan rumah setelah didapati bersalah melakukan perjalanan haram ke bandar Mandalay.

Mei 2002 Dibebaskan dari tahanan rumah.
Mei 2003 Dipenjara selepas berlaku pertempuran ganas antara pengikut parti NLD dan juta tentera.
September 2003 dibenarkan pulang tetapi tetap dalam tahanan.
Mei 2008 Penahanan rumah dilanjutkan sementara menunggu perbicaraan.
Ogos 2009 Dijatuhkan hukuman 18 bulan tahanan rumah.
Februari 2010 Mahkamah Tinggi menolak permohonan rayuan tahanan Suu Kyi.
7 November 2010 Burma mengadakan pilihanraya pertama selepas 20 tahun. arti yang mendapat sokongan junta tentera;Union Solidarity dan Development menang dalam pilihanwaya tersebut.
11 November 2010 Permohonan terakhir Suu Kyi bagi rayuan pembatalan penahanan rumah sekali lagi ditolak.


Suami dan anak-anak Suu Kyi menerima anugerah Nobel Keamanan pada 1991 bagi pihak nya.
  Suu Kyi tida pernah mendapat keadilan dalam lawatan semasa penahanannya oleh junta tentera.Suu Kyi dihalang bertemu dengan keluarganya.Anak-anak Suu Kyi, Alexander dan Kim serta suaminya Michael Aris tidak pernah berpeluang menemuinya semasa dalam tahanan. Malang  sekali lagi menimpa Suu Kyi apabila suami yang dicintai meninggal dunia akibat kanser pada Mac 1999. 

Alex, Suu Kyi dan Kim
Bersama di Nara Deer Park, Jepun





~sumber~


Thursday, November 8, 2012

GUA BERSEJARAH DI DUNIA

1. Petra, Jordan
Kota Petra di Yordania @ Jordan dikenal sebagai tempat penggambaran filem Indiana Jones dan Perang Salib Terakhir. Ini juga salah satu dari 7 keajaiban dunia yang baru, dan sangat mudah untuk melihat mengapa pembinaanya termasuk yang paling canggih yang pernah dilihat. Di bina di dalam lereng Gunung Hor, Petra berkembang selama zaman Romawi, tetapi tidak diketahui oleh dunia barat hinggalah tahun 1812 ketika ditemukan oleh penjelajah Swiss, Johann Ludwig Burckhardt. Lebih dari 800 monumen individu dapat dilihat di Petra, termasuk makam,tempat mandi, ruang pemakaman dan kuil.


2. Al-Hijr, Saudi Arabia
Di antara tempat paling terkenal di Arab Saudi  adalah Al Hijr, juga dikenal sebagai Madain Saleh. Bagian depan di Al Hijr telah diukir di gunung batu pasir diperkirakan pada abad kedua SM. Al Hijr – yang secara harfiah berarti ‘tempat berbatu’ – diyakini telah dihuni oleh kaum Nabataeans dan Tsamud. Ini fitur telaga air, makam monumental awet, prasasti dan gambar gua.

 
3. Rock-Hewn Churches of Lalibela, Ethiopia
Struktur paling menakjubkan diukir dari batu adalah gereja-gereja Lalibela, Ethiopia. Sebanyak 11 batu dipahat gereja masing-masing telah diukir dari satu blok granit dengan beratapkan permukaan tanah. Pada abad ke-12 Raja Lalibela ditugaskan membina gereja-gereja dengan tujuan menciptakan Jerusalem Baru bagi mereka yang tidak dapat membuat ziarah ke kota sebenar. Setiap gereja diciptakan dengan mengukir parit lebar di ke empat sisi batu dan kemudian dengan susah payah memahat keluar interior. Yang terbesar di antara mereka berdiri setinggi 40 meter.Marvelous!!

4. Abu Simbel Nubian Monuments, Egypt
Empat binaan patung kuno Mesir Firaun Ramses II penjaga pintu Abu Simbel, sebuah kuil pemujaan Firaun yang diolah dari tebing batu pasir di atas Sungai Nil. Ditugaskan oleh Ramses sendiri, candi ini menghadap ke timur dimana dua kali setahun, sinar matahari dapat mencapai ke dalam ruang suci yang terletak paling ke dalam dan menerangi patung Ptah, Amun-Re, Ramses II dan Re-Horakhty. Namun Kompleks dipindahkan keseluruhnya dari tempat asalnya pada tahun 1960 untuk menghindari banjir ketika Danau Nasser telah dibuat.


5. Goa Gajah, Elephant Cave Temple, Bali
Gojah goa, Goa Gajah , merupakan salah satu tapak binaan Bali yang paling bersejarah. Gua tampaknya sebahagian telah hancur oleh bencana alam, dan tidak diketahui ujudnya selama berabad-abad hingga ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi Belanda pada tahun 1923. Diperkirakan monumen ini dibina pada abad ke 11, Goa Gojah menrupakan figur binaan  patung yang  dipengaruhi oleh Hindu dan Budha dan berisi ruang meditasi rahasia bagi para sami atau pertapa. Dua kolam renang mandi tradisional di luar gua dikatakan mengandung air yang memiliki sifat magis.

6. Cappadocia Cave Houses, Turkey
Cappadocia adalah salah satu dari 73 daerah/kawasan di Republik Turki, dan memiliki salah satu pemandangan paling aneh dan menarik di dunia. Tanah, batu kerdil fitur formasi batuan tufa ‘vulkanik aneh disebut sebagai’ Fairy Chimneys ‘serta kota-kota bawah tanah kompleks dan bangunan dipotong dari’ tufa ‘lembut. Kebanyakan bangunan adalah gereja, dengan kolom dan lengkungan menghias wajah batu dari sepotong dinyatakan alami dari batu.


7. Ancient Rock City of Matera, Italy
Di kota Matera batuan kuno di Italia barat daya, orang2nya tinggal di rumah yang sama seperti rumah yang nenek moyang mereka tinggal 9000 tahun yang lalu. Matera diciptakan dari jurang berbatu dan gua-gua alam yang banyak di daerah tersebut – disebut ‘Sassi di Matera’ – adalah rumah pertama  penduduk Neolitik yang mula2 tinggal di wilayah tersebut. Gua diciptakan dan diolah menjadi rumah, dan seolah mustahil untuk membezakan formasi batuan alam dari arkitektur kuno. Rumah-rumah tampaknya tumbuh dari batu dengan cara organik, menciptakan sedikit dari objek pameran pada pertengahan abad ke-20 sebagai sebuah kota hantu. Matera adalah tempat penggambaran filem Mel Gibson “The Passion dari Kristus ‘.

8. Yungang Grottoes, China
Rangkaian binaan Grottoes Yungang Datong di wilayah Shanxi China terdiri dari 53 gua dan 51000 patung, dan adalah salah satu contoh keindahan kesenian gua di China. Menara raksasa Buddha di atas puncak laluan angin yang melalui gua melihat terlihat banyak patung di dalamnya. Sebagian besar karya seni yang pernah dipamerkan  di dalam gua-gua itu telah  dicuri di awal abad 20 dan bangunan kuil kayu yang dilindungi disekitar sekali gua-gua telah habis terbakar. Jadi, tapak binaan ini sekarang sangat memerlukan perlindungan dan telah diisytiharkan sebagai salah sebuah tapak warisan dunia UNESCO.


sumber

Monday, November 5, 2012

50 PERTANYAAN KETUA PADERI KEPADA ABU YAZID AL BUSTAMI


Berikut ini Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawaban Abu Yazid Al-Bustami

1. Yang satu tidak ada duanya.
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya.

2. Yang dua tiada tiganya.
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

3. Yang tiga tiada empatnya.
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wa Ta’ala.

4. Yang empat tiada limanya.
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5. Yang lima tiada enamnya.
Islam telah memfardhukan solat lima waktu : Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

6. Yang enam tiada tujuhnya.
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

7. Yang tujuh tiada lapannya.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

8. Yang lapan tiada sembilannya.
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya) : Dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.

9. Yang sembilan tiada sepuluh.
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya) : Di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10. Sepuluh yang sempurna.
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11. Yang sebelas.
Saudara-saudara Nabi Yusof AS.

12. Yang dua belas.
Bilangan bulan dalam setahun.

13. Yang tiga belas.
Mimpi Nabi Yusof AS yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.

14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga.
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob AS bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka.
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16. Tempat roh dalam badan manusia.
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya) : Katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17. Al Zariyati Zarwa.
Nama empat macam angin.

18. Al Hamilati Wakra.
Awan gemawan di dada langit.

19. Al Jariyati Yusra.
Perahu-perahu yang belayar di laut.

20. Al Mukassimati Amra.
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

21. Yang empat belas.
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahKu ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadaMu secara patuh dan taat.”

22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya.
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus AS. Nabi Yunus AS di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya) : Demi subuh apabila ia terlepas.

24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman AS di dalam botol iaitu air peluh kuda.

25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.
Kibas yang di bawa Jibril AS sebagai korban ganti Nabi Ismail AS, unta Nabi Salleh AS yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa AS.

26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai.

27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.
Helah kaum wanita, seperti firman Allah Taala (ertinya) : Sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.

29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.
Tongkat Nabi Musa AS.

30. Wanita yang paling utama.
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.


31. Gunung yang paling utama.
Gunung Tursina.

32. Binatang yang paling utama.
Kuda.

33. Bulan yang paling utama.
Bulan Ramadhan.

34. Malam yang paling utama.
     Lailatul Qadar.

35. Tentang Atta’mah.
Hari Kiamat.

36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.
Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat.

37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

39. Nakir, fatil dan kitmir.
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40. Sabid dan Labad.
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

41. Sam dan Ram.
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam AS.

42. Maksud keldai Makwak.
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

43. Maksud anjing menyalak.
Anjing menyalak bermaksud : Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

44. Maksud jeritan kuda.
Kuda menjerit bermaksud : Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

45. Maksud jeritan unta.
Unta menjerit membawa maksud : Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

46. Maksud nyanyian burung Bulbul.
Nyanyian Bulbul bermaksud : Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

47. Maksud bunyi katak.
Bunyi katak bermaksud : Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhlukNya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48. Maksud kata-kata burung Nakus.
Maksud kata-katanya : Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?

49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.
Makhluk itu adalah lebih seperti firman Allah Taala (ertinya): Dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih.

50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit

~sumber~

Friday, November 2, 2012

KUNCI SYURGA DAN NERAKA


“Abu Yazid Al Bustami merupakan seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap.

Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

Menjawab 50 pertanyaan bertanya 1 pertanyaan.

Ketua paderi berkata, “Wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikuti agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuhmu.”

Jawab Abu Yazid, “Baiklah! Tanyakan apa saja yang kamu ingin tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 pertanyaan bertubi-tubi dan kemudian Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.

Kata Abu Yazid, “Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang apakah ada lagi pertanyaan-pertanyaan yang lain?”

Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. “Beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawabannya. Baru satu pertanyaan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh pertanyaan. Merekameminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.

Katanya, “Bukan saya tidak mau menjawab, tetapi saya takut kamu semuatidak sependapat.” Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk menyetujui serta menerima kata-kata ketua mereka.

Kemudian ketua Paderi menjawab “Bahwa kunci Syurga dan Kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH.” Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “Memang benar kata ketua kamu ini.” Semua paderi memeluk Islam, Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.

“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya ceritakan ini adalah benar. Saya tidak dipaksa oleh siapapun dalam mengucapnya. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan masalah ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”

“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.

“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.

“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahwa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.

“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!” Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

KESESATAN SYIAH YANG NYATA


Iran adalah pendokong kuat Syiah

Batasan Aurat 

Karaki berkata: "Bila kamu menutup kemaluanmu maka kamu benar-benar telah  menutup aurat." (Al Kaafi 6/501 Tahdzibul Ahkam 1/ 374), sedangkan aurat seperti lubang duburu dan paha bukan termasuk di dalam aurat.

Shodiq AS berkata: "Paha tidak termasuk aurat", bahkan Imam Al Baqir As telah mengecat auratnya dan membalut lubang kemaluannya (Jamial Maqosid Lilkaraki 2/94, Al Mu’tabar karangan Al Hulli 1/222 Muntaha Tolab 1/39, Tahrirul Ahkam 1/202, semuanya karangan Al Hulli, Madarikul Ahkam 3/191)

Abu Hasan Al Madhi: "Bahawa aurat itu hanya ada dua iaitu lubang depan dan lubang belakang, lubang belakang sudah ditutup oleh punggung, apabila kamu telah menutup keduanya maka berarti telah menutup auratnya, kerana selain itu bukan tempat najis, maka bukanlah aurat, seperti betis." (Al Kaafi 6/51, Tahzibul Ahkam 1/374, Wasa’ilu Syi'ah 1/365, Muntaha Tolab 4/269, Al Khilaf karangan Tusi 1/396).

Dari Abu Abdullah As berkata: "Paha tidak termasuk aurat" (Tahdhibul Ahkam 1/ 374, Wasa’ilu Syi'ah jilid 1 hal 365) 

Imam 12 dalam Syiah

Kotoran Para Imam Menyebabkan Masuk Syurga

Kotoran dan air kencing para imam bukan sesuatu yang menjijikkan dan tidak berbau busuk, bahkan keduanya bagaikan kasturi  yang semerbak baunya. Barang siapa yang meminum kencing, darah dan memakan kotoran mereka maka haram masuk neraka dan wajib masuk surga (Anwarul Wilayat Liayatillah Al Akhun Mulla Zaenal Abiding Al Kalba Yakani: th 1419 halaman 440) 

Kentut Dari Imam Bagaikan Bau Kasturi 

Abu Jafar berkata: Ciri-ciri Imam ada 10: 
  1. Dilahirkan sudah dalam keadaan berkhatan. 
  2. Mengumandangkan dua kalimat syahadat sejak lahir ke dunia. 
  3. Tidak pernah berjunub. 
  4. Matanya tidur, hatinya terbangun. 
  5. Tidak pernah menguap 
  6. Melihat apa yang di belakangnya seperti melihat apa yang di depannya. 
  7. Bau kentut dan kotorannya bagaikan kasturi.
(Al Kaafi 1/319, Kitabul Hujjah Bab" Maulidul Aimmah) 

Khumaini Memperbolehkan Menyodomi Isteri-Isteri 

Dalam kitab Tahrirul Wasilah hal 241- masalah ke 11. Khumaini berkata: "Pendapat yang kuat dan terkenal adalah diperbolehkan menyetubuhi isteri melalui lubang belakang walaupun kelakuan ini sangat dibenci." 

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Terkutuklah orang yang menyetubuhi isterinya melalui belakang."

Meminjamkan Isteri 

Diriwayatkan oleh Thusi dari Muhamad bin Abi Jafar berkata: "Dihalalkan bagi saudaranya faraj isteri-isterinya." Ia berkata: "Diperbolehkan untuk temannya seperti boleh bagi suami terhadap isterinya sendiri." (Kitabul Istibhsor 3/136) 

Diperbolehkan Menyetubuhi Bayi 

Khumaini berkata: "Semua kenikmatan, seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk, dan memegang paha boleh walaupun dengan bayi yang sedang menyusu."(Tahrirul Wasilah 2/216) 

Sanggupkah kita lihat kanak-kanak ini 'disentuh' oleh lelaki?

Alkhui: Ia (Alkhui) memperbolehkan seorang lelaki memegang-megang atau bermain dengan aurat lelaki lain atau wanita bermain dengan alat kelamin wanita lain dalam keadaan bergurau dan tidak menimbulkan syahwat (Sirotunnajah Fi Ajwibatil Istifta’at jilid 3) 

Muhammad Husein Fadhullah Memperbolehkan Melihat Wanita-Wanita Yang Sedang Telanjang 

Fadhlullah berkata pada kitab Anikah juz 1 hal 66
"Seandainya wanita-wanita itu telah terbiasa keluar dengan berpakaian renang maka diperbolehkan melihatnya. Sama juga halnya melihat aurat yang dibuka sendiri oleh si perempuan, seperti di kelab bogel atau kolam renang, pantai dan sebagainya." 

Agama apakah ini? 

Diperbolehkan mut’ah dan bercumbu dengan anak gadis bila sudah berumur 9 tahun (dalam riwayat lain 7 tahun) dengan syarat tidak memasukkan kemaluannya ke kemaluan anak perempuan itu kerana dikhuatiri menjadi aib bagi keluarganya (Al Kafi jilid 5 hal 462). 

Boleh anda membayangkan masa depan, akhlak dan tingkahlaku anak perempuan yang dalam umur sekecil ini telah mendapat "pengalaman sex" dengan melihat kemaluan lelaki dan melihat gerakan-gerakan sex, sedang lelaki itu dapat melakukan segalanya kecuali jima’ (coitus), jima’ dimakruhkan dari hadapan sahaja. Ini bermaksud diperbolehkan melalui belakang (oral sex).

Adakah ada orang normal yang membenarkan seseorang berbuat demikian pada anak perempuannya, atau saudaranya, bahkan pada seluruh anak perempuan ? 

Cuba bayangkan perasaan anda jika sekiranya hal itu terjadi pada anak perempuan anda. Anda hanya perlu membayangkan, tidak lebih dari itu. 

Hal ini tidak dapat diterima walaupun sejahat manapun anda, bagaimana dikatakan bahawa peraturan-peraturan ini datangnya dari para Imam Ahlul Bait ?