Sunday, March 16, 2014

Misteri Kehilangan MH370

Malaysia dikejutkan dengan kehilangan  pesawat MH370 ketika sedang leka dalam pertikaian satu pilihanraya kecil yang akan berlangsung di Kajang, sejurus selepas mahkamah mengumumkan keberhasilan Saiful Bukhari Azlan dalam prosiding mahkamah yang melibatkan tuduhan sodomy ke atas ketua pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim.

Sebanyak 32 negara menyertai Malaysia dalam misi mencari pesawat MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan pada 8 Mac 2014. Dan semenjak itu pula berbagai usaha dilakukan oleh berbagai pihak dengan berlainan cara bagi mengesan pesawat yang 'ghaib 'tiba-tiba itu.

Berikut adalah senarai petunjuk dan juga teori berkemungkinan yang didakwa berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing sejak 8 Mac lalu


Bagaimana pun setiap petunjuk itu turut dinafikan oleh pihak yang terlibat dan sehingga kini belum ada bukti mahupun petunjuk konkrit yang dapat menentukan dimana kedudukan sebenar MH370 sekali gus kehilangan MH370 itu kekal menjadi “misteri”

8 Mac 2014

Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar pada jam 1.30 pagi 120 batu nautika di perairan timur Kota Baharu, Kelantan. Ia dikatakan membuat pendaratan kecemasan di Nanning, China
MAS mengesahkan laporan yang menyatakan penerbangan MH370 telah membuat pendaratan kecemasan di Nanning, China adalah palsu

MH370 juga dikatakan telah terhempas di kawasan pelantar minyak dan gas milik Talisman Malaysia Sdn Bhd. Pegawai tentera laut Vietnam, Laksamana Ngo Van Phat memberitahu Reuters, pesawat tersebut mungkin terhempas di perairan Malaysia, 153 batu di luar pantai Vietnam, Tho Chu mengikut kelajuan dan kawasan terakhir dikesan
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan tersebut

9 Mac 2014

Laporan antarabangsa mendakwa satu objek menyerupai ekor pesawat dikesan di Laut China Selatan
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman menafikan penemuan serpihan objek kononnya komponen pintu pesawat yang dilaporkan media Vietnam adalah milik pesawat MAS MH370, Pihak berkuasa Malaysia segera menghubungi pihak berkuasa Vietnam sejurus laporan berkenaan tersiar dan menafikan menjumpai objek berkenaan

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menemui satu tompokan minyak berada 100 batu nautika dari pesisir pantai Tok Bali
Ketua Pengarah Maritim Malaysia Datuk Mohd Amdan Kurish berkata sebuah kapal peronda milik Maritim sudah diarah mengambil sampel minyak itu
Minyak yang dijumpai di Laut China Selatan itu hanyalah minyak bunker dan tidak digunakan oleh kapal terbang

Hishammuddin memberitahu empat penumpang MH370 menggunakan pasport palsu
Azharuddin bagaimanapun mengesahkan hanya dua penumpang mempunyai pasport curi, daripada negara Itali dan Austria

10 Mac 2014

Pertemuan objek yang pada mulanya disangka ekor kapal terbang yang dikesan di Laut China Selatan oleh beberapa pesawat yang terbabit dalam usaha mencari pesawat MH370
Azaharuddin mengesahkan, serpihan pesawat yang dilapor ditemui pihak berkuasa di perairan Vietnam bukan milik pesawat MH370

Dakwaan mengatakan pesawat MH370 berkemungkinan dirampas
Azharuddin menafikan kemungkinan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang telah dirampas

11 Mac 2014

Sekumpulan nelayan menemui satu objek dipercayai rakit getah pesawat yang bertulis perkataan ‘boarding’ kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson

Rakit tersebut dikatakan milik pesawat MH370 yang dipercayai melintasi perairan Selat Melaka
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim 5 Kuala Linggi mengesahkan objek berkenaan bukanlah rakit penyelamat dan ianya hanyalah boya

Dikatakan lima penumpang telah mendaftar masuk tetapi tidak menaiki pesawat tersebut
MAS dalam kenyataan awalnya menjelaskan terdapat empat penumpang yang tidak muncul untuk mendaftar masuk bagi penerbangan MH370 meskipun mereka telah membuat tempahan untuk perjalanan itu

12 Mac 2014

Penemuan mayat di perairan Selat Melaka dikatakan salah seorang penumpang pesawat MH370
MAS mengesahkan ia bukan penumpang pesawat MAS penerbangan MH370

13 Mac 2014

Wall Street Journal mendakwa pesawat terus terbang selama empat jam selepas hilang dari radar
Hishammuddin menafikan pesawat terbang dalam jangka masa tersebut

CNN melaporkan satelit China mendakwa mengesan tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370. Objek-objek terbabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter
DCA Malaysia mengesahkan tiga objek besar terapung di kawasan terakhir pesawat MAS 370 dilaporkan terputus hubungan sebagai bukan serpihan kapal tersebut


sumber

No comments:

Post a Comment