Sunday, March 16, 2014

MH370 - Spekulasi Kehilangan B777


Berbagai-bagai spekulasi timbul berkaitan kehilangan pesawat milik Mas Boeing 777 - MH370. SIDANG media Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam  merungkaikan beberapa aspek penting dalam pencarian MH370.

Aspek penting didedahkan adalah pesawat sebelum ini didakwa membuat pusingan balik adalah milik MH370.

Maklumat terbaru ini menguatkan lagi teori rampasan dibangkitkan ramai pihak.

Namun, jika benar pesawat ini dikawal seseorang bagaimana cara ia dilakukan?

Pesawat Boeing 777 ini bukan sembarangan pesawat, ia adalah pesawat dilengkapi ciri keselamatan yang canggih.

Ini termasuk, pintu menghubungkan kokpit dengan pesawat hanya boleh dibuka dari kokpit.

Sumber enggan namanya didedahkan memberitahu, jika seseorang mahu merampas pesawat, adalah sukar untuknya memasuki kokpit.

Ini kerana, hanya juruterbang dan pembantu juruterbang sahaja yang boleh membuka pintu tersebut.

"Ia sukar dilakukan melainkan mendapatkan bantuan 'orang dalam'. Jika ini berlaku adalah lebih mudah seseorang merampas pesawat," katanya.

Jika seseorang mampu memasuki kokpit pesawat, transponder boleh dimatikan secara manual kerana transponder mudah dikendalikan.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut kerana siasatan masih berjalan.

Apabila ditanya adakah wujud cara lain untuk mengawal pesawat selain dari memasuki kokpit, beliau berkata, terdapat cara lain namun sukar dilakukan.

Jika seseorang mempunyai kemahiran tinggi dalam menggodam, tidak mustahil mampu  menggodam sistem pesawat.

Ini kerana, pesawat Boeing 777 mempunyai sistem berkomputer iaitu 'fly by wire system' yang mungkin boleh digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi.

Katanya, terdapat dua cara untuk seseorang menggodam pesawat MH370 iaitu melalui kokpit pesawat dan di bawah unit kompartmen kargo.

Untuk menggodam dari kawasan kargo pesawat pula, masih sukar dilakukan kerana perlu melalui kawasan kabin kru tetapi boleh dilakukan.

"Agak sukar dilakukan berseorangan. Mungkin ia dilakukan secara berkumpulan, minimum tiga orang," katanya.

Jika usaha merampas ini dilakukan oleh sekumpulan individu dan dibantu orang dalam, adalah tidak mustahil pesawat MH370 mampu dialihkan dari laluan asal Beijing.

Teori rampasan ini perlu dilihat ke arah rampasan dibuat bukan untuk membuat sebarang tuntutan.

Ini kerana, sehingga ini belum ada sebarang tuntutan dibuat oleh mana-mana pihak.

Berkemungkinan juga pesawat ini membawa individu berkepentingan atau seseorang berkemahiran tinggi sehingga ada pihak yang mahu merampasnya.

Teori rampasan ini juga boleh dikaitkan dengan mungkin pesawat ini membawa sesuatu yang bernilai tinggi dalam kargo sehingga adalah pihak yang mahu menghalangnya dari jatuh ke tangan seseorang.

Sumber menegaskan, sehingga kini radar tentera negara hanya dapat mengesan pesawat sehingga ke Selat Melaka iaitu di Pulau Perak.

Oleh demikian, Malaysia kini sedang berunding dengan negara-negara jiran termasuk Thailand, Myanmar, Bangladesh dan India untuk berkongsi maklumat dalam radar pesawat.

"Apa yang penting adalah kita mahu pastikan sama ada benar pesawat ini terbang menuju ke atas atau menuju ke Lautan Hindi," katanya.

Katanya, jika pesawat menghala ke utara, radar dari India dan Bangladesh pasti mampu mengesan pesawat.

"Saya tidak pasti pula dengan kemampuan radar Myanmar, namun jika pesawat ini melalui negara tersebut, pastinya China akan dapat kesan kerana negara itu terletak bersebelahan," katanya.
Apa yang penting sekarang adalah Malaysia perlu dapatkan data radar dari India dan Bangladesh untuk mengesan pergerakan pesawat MH370.

Jika anda mula mengesyaki bahawa pesawat MAS MH370 yang hilang sejak lapan hari lalu ada kaitan dengan konspirasi politik pihak berkepentingan, pemikiran yang berlegar-legar di kepala anda berkemungkinan betul.

Ahli keluarga mangsa terutamanya di Beijing, China mengugut akan menyaman kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines, menjadi penyebab Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak mula hendak membuka mulut, biarpun cuma sekelumit dari apa yang kita ingin tahu.

Malah, dengan penetapan bahawa kawasan pencarian diperluas hingga separuh dari benua Asia termasuk Lautan Hindi, sebenarnya ia lebih menimbulkan persoalan dan pertanyaan baru berbanding memberi  jawapan kepada soalan kepastian  yang ahli keluarga mangsa mahu.

Apakah pesawat itu sengaja diterbangkan ke lokasi rahsia dan disimpan pihak tertentu sehingga keputusan mengenai sesuatu isu selesai dalam diam tanpa mampu dihidu media?Hanya masa dan ketika saja yang dapat menjawabnya memandangkan situasi dolak-dalik yang dipersembahkan kepada masyarakat sekarang ini.

Jika pertimbangan rampasan pesawat diambil kira dilakukan oleh kuasa besar dunia, dan Malaysia dijadikan kambing hitam untuk menyelesaikan isu yang berlaku antara mereka, apakah Malaysia sendiri tidak terlibat dalam hal ini?

Harus diingat, Malaysia menjalin kerjasama antara Amerika Syarikat dan China serta Russia tetapi tumpuan terarah kepada dua blok bertentangan iaitu Amerika Syarikat dan China dan di belakangnya Russia.

China dengan masalah dalaman negara dengan beberapa wilayah mahu merdeka dari pemerintahan Beijing, Russia dan Amerika Syarikat pula menunggu sehingga esok ekoran referendum yang akan dibuat penduduk wilayah autonomi Crimea sama ada kekal bersama Ukraine yang pro-Amerika atau bersama Moscow dalam Persekutuan Russia. 

Jadi kaitan antara isu antarabangsa ini tidak boleh ditolak dengan kehilangan pesawat ini malah ada yang menganggap ia sengaja dilakukan dan meletakkan Malaysia sebagai 'orang tengah yang menjadi mangsa'.

Umum mengetahui sejak Najib Razak mengambil alih dari Abdullah Badawi, bukan sedikit masalah melanda Malaysia terutama soal hubungan antarabangsa sehingga menyinggung perasaan Russia walaupun tidak berapa mengenali presidennya, Vladimir Putin.

Apabila Najib menyebut Kazakhstan antara 'destinasi' pesawat berkenaan, ada pendapat pula mengatakan ia juga ada kaitan dengan hubungan kekeluargaan yang akan dibina antara beliau dengan presidennya, Nursultan Nazarbayev kerana anak perempuan Najib akan berkahwin dengan anak Nazarbayev.

Kaitan ini tidak boleh disangkal kerana tekanan antarabangsa terhadap keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar Ibrahim selama lima tahun lagi beberapa jam selepas pesawat itu hilang awal pagi Sabtu 8 Mac lalu.

Sememangnya dalam soal hubungan antara kuasa besar, Malaysia dilihat berkecuali dari menyokong mana-mana pihak tetapi diharapkan pertikaian antara mereka dapat diselesaikan segera dan kembalikan pesawat berkenaan bersama penumpangnya dalam keadaan selamat.

CIA yang memantau dari dekat pesawat ini tidak menolak kemungkinan semuanya berakhir dalam situasi menang-menang tetapi enggan mengulas lanjut kerana isu ini masih belum diselesaikan.

Jadi apapun tindakan Malaysia dianggap sengaja melengah-lengahkan keadaan semasa kerana belum mendapat 'lampu hijau' dari pihak bertelagah dan menunggu masa sesuai untuk melepaskan pesawat itu kembali kepada keadaan asalnya.

Adalah tidak mustahil Misteri kehilangan MH370 ini berakhir dengan jawapan dan simpulan yang sama dengan kes Tanduo, Lahad Datu dimana masyarakat dihidangkan dengan kisah pihak pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sebagai punca kepada berlakunya kejadian tersebut.

Apa pun teori dan pemikiran yang berlegar-legar di kepala anda pada saat ini,ingatlah...penulisan ini hanya satu spekulasi. Harapan semua rakyat Malaysia, MH370 kembali selamat berserta semua penumpang di dalamnya - Doakan......

sumber

No comments:

Post a Comment