Monday, June 25, 2012

INGAT DENGAN LUPA???


Tingkatkan daya ingatan dengan lupa.

Lupa yang berlaku pada manusia tidak semestinya sesuatu yang buruk. Sekiranya kita tidak lupa, minda kita akan bertaburan dengan banyak benda yang tidak penting, yang menyulitkan ia untuk menerima maklumat-maklumat yang penting.

Bayangkan saat-saat di mana anda terpaksa mengecilkan diri sewaktu memasuki transit aliran rendah yang dipenuhi dengan manusia yang berhimpitan di dalamnya. Payah bukan? Bayangkan juga betapa sukarnya seorang pemain bola sepak untuk menjaringkan gol apabila kesemua pemain pertahanan lawan berkubu di depan gawang walhal gol yang hanya dikawal oleh seorang penjaga gol pun terkadang membuatkan penonton hanya mampu melongo melihat bola yang bulat itu tersasar jauh dari sasaran.

Begitulah minda manusia. Maklumat-maklumat baru sukar untuk masuk sekiranya minda dipenuhi dengan banyak perkara yang tidak penting. Pendek kata, lupa perkara yang tidak penting membantu mengingat perkara yang penting!

Teori Frued
Represi merupakan satu faktor yang dapat melupuskan ingatan seorang manusia. Penjelasan faktor ini telah dicadangkan oleh Sigmund Frued dalam teorinya yang berkaitan dengan minda bawah sedar. Menurut beliau, ingatan-ingatan yang tidak gembira atau tidak ingin diterima boleh dilupakan dengan sengaja sekiranya kita berniat berbuat demikian. Ingatan-ingatan tersebut dimasukkan ke dalam minda bawah sedar dengan sengaja supaya seseorang individu tidak perlu lagi hidup bersama dengannya.

Banyak ahli psikologi percaya bahawa lupa yang bermotivasi tersebut boleh berlaku dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, apabila kita balik daripada percutian, kita cenderung untuk mengingat waktu-waktu yang gembira dan lupa waktu-waktu yang sedih sepanjang percutian tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa kita telah mengalami kelupaan kerana kita mahu untuk lupa.

Lupakan segala perkara yang tidak penting dalam hidup anda
Apakah perkara yang perlu dan yang patut anda lupakan?
Lupakan segala komunikasi yang tidak penting yang berlaku antara anda dengan orang-orang di sekeliling anda. Contohnya, perbualan kosong di kaki lima, di kedai makan, di pejabat mahupun di dalam facebook. Sebenarnya, tanpa anda sedari, perbualan-perbualan kosong ini menutup sebahagian pintu minda anda. Oleh yang demikian, lupakannya dengan segera.

Lupakan segala kesalahan yang dilakukan oleh orang lain pada anda. Bukankah memaafkan itu lebih aula bagi seorang muslim? 
Firman Allah SWT: “Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” – Surah At-Taghabun ayat 14.
Lupakan juga peristiwa-peristiwa aib yang berlaku sama ada melibatkan anda ataupun orang lain. 
Rasulullah SAW pernah suatu ketika bersabda: “…Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong saudaranya…” – Hadis riwayat Muslim no. 2699.
Lupakan keburukan-keburukan yang ada pada seseorang di sekeliling anda. Almaklumlah, ibarat kata pepatah Melayu: “Kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tak nampak.”

Teknik melupakan ingatan
Teknik melupakan ingatan adalah satu teknik yang mana sesuatu ingatan dapat dilupuskan daripada minda dengan cara mendesaknya keluar.

Dalam teknik melupakan ingatan, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah berfikirkan tentang perkara yang ingin anda lupakan. Seterusnya, pejamkan mata dan berniat dalam hati dengan bersungguh-sungguh bahawa anda akan melupakan perkara tersebut buat selama-lamanya. Lama kelamaan, perkara tersebut akan mulai luput daripada minda anda! Percayalah.

Melupakan sesuatu perkara sebenarnya lebih mudah berbanding untuk mengingat sesuatu perkara. Ini disebabkan, untuk lupa kita hanya perlu gagal dalam salah satu daripada tiga peringkat ingatan iaitu peringkat rakaman, simpanan dan ingat kembali. Manakala, untuk mengingat, kita perlu berjaya dalam ketiga-tiga peringkat tersebut. Peluang mengingat boleh dinisbahkan kepada peluang lupa dengan nisbah satu kepada tiga.

                                        Kesimpulan
Manusia adalah ciptaan Allah sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Hijr ayat 28: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk.”

Begitu juga lupa yang ada pada manusia adalah ciptaan Allah sebagaimana hadis Rasulullah SAW tercinta: “Adam mengingkari, maka anak cucunya pun mengingkari.Adam lupa, maka anak cucunya pun dijadikan lupa.Adam berbuat salah, maka anak cucunya berbuat salah.”

Dan segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah tidak sia-sia. Ingatlah firman Allah SWT: “(iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka.” – Surah An-Nisaa’ ayat 86.

Petikan artikel ini ditulis oleh Hafizuddin Taufik Ramli. Merupakan seorang pelajar tahun tiga perubatan di Universiti Malaya

Sunday, June 24, 2012

DIET HARIAN RASULLAH

Rasulullah adalah figur yng menjadi contoh dan teladan umat Islam di seluruh dunia. Kehidupan dan cara baginda mengatur hidupnya menjadi panduan dan ikutan bukan saja umatnya malahan menjadi idola kepada kaum-kaum yang lain.
KESEMPURNAAN Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah yang tiada tolok bandingnya yang menjadi ikutan Muslim sedunia termasuk juga  diet pemakanan Baginda.
Rahsia Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya ialah sabda Baginda bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan gaya hidup mewah masa kini (makan makanan tinggi lemak dan kurang bersenam) menyebabkan peningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes dan kanser.

Pertubuhan Jantung Amerika Syarikat menyarankan, semua kanak-kanak dan orang dewasa perlu mengumpulkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal sederhana pada kebanyakan hari atau sebaik-baiknya setiap hari dalam seminggu.

Daripada Aisyah, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari ).
Selain menjaga kebersihan, Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan. Rasulullah SAW suka makan susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi.

Susu adalah makanan lengkap, kaya dengan protien, kalsium, vitamin A dan B, zat protien berkualiti tinggi penting untuk membina dan membaiki tisu badan serta membentuk antibodi melawan jangkitan penyakit.

Zat kalsium dalam susu mudah diserap oleh badan, penting untuk elak ‘osteoporosis’. Susu juga mengandungi zat fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin D. Susu lembu mempunyai 87 peratus air dan 13 peratus pepejal.
Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya.” (Surah An-Nahl, ayat 66)
Buah kurma (serasi dengan tubuh badan manusia), anggur, zaitun, delima mengandungi serat semula jadi yang tinggi (penting untuk mengelak sembelit), Vitamin A (penting untuk mata/penglihatan), gula, berbagai vitamin dan mineral serta air penting bagi kesihatan badan.
Siti Maryam menggoncangkan pohon kurma selepas melahirkan anaknya Nabi Isa untuk dijadikan ubat berkhasiat dan memulihkan tenaga.
Firman Allah bermaksud: “Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arah mu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenanglah kamu.” (Surah Maryam, ayat 25)
Daging juga menjadi sumber zat protien yang utama untuk tumbesaran manusia, membekal lemak, vitamin dan mineral (zat besi dan zink). Lantaran itu Rasulullah SAW menggemari makanan rendah lemak dan kolesterol.

Sementara, madu kaya dengan gula, sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan. Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.

Masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.
Jika terlalu banyak makan daging akan memberi kesan kepada sendi dan ginjal. Saidina Umar memperingatkan: “Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan ternak.”
Rasulullah SAW melarang (makruh) meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.

Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.

Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.

Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.

Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani. Namun, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan.

Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.
Sabda Nabi SAW: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).
Humaka’ ada berkata: “Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit dan perut adalah kepala segala penyakit dan pencegahan itu adalah kepala segala ubatan.”


Penulis ialah Penolong Pengarah Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Kredit : Bharian & Flickr

Wednesday, June 20, 2012

SERUAN ROH MANUSIA

Tempat istirehat terakhir manusia.
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

sumber

KITAB INJIL BARNABAS??


Penemuan Kitab Injil Berusia 1500 Tahun Di Turki

Di Ankara Turki Kitab Injil 1,500 tahun ditemui, ia menggemparkan Vatican kerana isi didalam nya membenarkan apa yang Alquran telah bawa, lebih 1500 tahun dahulu. Termasuk ramalan didalam kitab injil tersebut akan kedatanganNabi saw Vatican mengarahkan jangan disebarkan sebelum vatican melihat nya dahulu.

Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas – ketara sekali umat Islam pelayanan Nabi Isa percaya adalah sebahagian daripada Injil asal. Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Akhbar Berita harian melaporkan kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.Kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada Injil yang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta yang kini dipegang oleh kerajaan Turki di Ankara, Turki.Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi.
Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail. Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John. Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

Injil Barnabas tidak dianggap sebagai kanon oleh penganut Kristian. Oleh itu membaca Injil Barnabas dilarang sama sekali. Kitab Injil Barnabas terdapat beberapa versi . Injil Barnabas dikatakan ditulis oleh Barnabas iaitu murid Jesus. Barnabas ialah pakcik Markus. Beliau telah merantau dari Palestin ke Damsyik dan dari Philip ke Sinai untuk mengembangkan agama Kristian.Kuburnya ditemui di pulau Cyprus di Laut Mediterranean pada zamanMaharaja Zeno ( 478 m). Satu salinan Injil yang ditulis dengan tangannya sendiri ditemui di dada jenazah St Barnabas .

Injil ini popular dalam kalangan orang Islam kerana hampir sejalan dengan ajaran Islam. Tetapi Injil Barnabas hampir tidak diketahui oleh orang Kristian kerana ia amat bertentangan dengan Triniti. Injil Barnabas dikatakan ada dua manuskrip iaitu dalam bahasa Sepanyol dan dalam bahasa Itali. Injil Barnabas dalam bahasa Itali disimpulkan sebagai ditulis pada akhir abad ke-16 sementara dalam bahasa Sepanyol ditulis abad ke-18. Namun pengkaji Kristian mendakwa Injil Barnabas versi Sepanyol lebih tulen.

Maka benarlah firman Allah:

لَّقَدۡ كَفَرَ الَّذِينَ قَآلُوا۟ إِنَّ اللّهَ هُوَ الۡمَسِيحُ ابۡنُ مَرۡيَمَ قُلۡ فَمَن يَمۡلِكُ مِنَ اللّهِ شَيۡئًا إِنۡ أَرَادَ أَن يُهۡلِكَ الۡمَسِيحَ ابۡنَ مَرۡيَمَ وَأُمَّهُ وَمَن فِي الأَرۡضِ جَمِيعًا وَلِلّهِ مُلۡكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا يَخۡلُقُ مَا يَشَاء وَاللّهُ عَلَي كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ (17)

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam". Katakanlah (wahai Muhammad): (Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Mariam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya? Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

وَقَالَتِ الۡيَهُودُ وَالنَّصَارَي نَحۡنُ أَبۡنَاء اللّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ قُلۡ فَلِمَ يُعَذِّبُكُم بِذُنُوبِكُم بَلۡ أَنتُم بَشَرٌ مِّمَّنۡ خَلَقَ يَغۡفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَلِلّهِ مُلۡكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا وَإِلَيۡهِ الۡمَصِيرُ (18)

Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya. Katakanlah (wahai Muhammad): (Kalau betul demikian), maka mengapakah Dia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dan kepada Allah jualah tempat kembali.

يَا أَهۡلَ الۡكِتَابِ قَدۡ جَاءكُمۡ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمۡ عَلَي فَتۡرَةٍ مِّنَ الرُّسُلِ أَن تَقُولُوا۟ مَا جَاءنَا مِن بَشِيرٍ وَلاَ نَذِيرٍ فَقَدۡ جَاءكُم بَشِيرٌ وَنَذِيرٌ وَاللّهُ عَلَي كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ (19)

Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (Rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

sumber

Wednesday, June 6, 2012

Mencintai Bukan Mesti Memiliki


Kalau kita sukakan seseorang,
Pendamkan rasa itu darinya...
Jika kerinduan menyengat jiwa mu..
Khabarkan pada yang Esa.
Kerana Dia lebih mengetahui siapa jodoh mu ..
Kerana Dia lebih arif tentang masa depan mu..
Di mamah rindu dan dendam padanya pun khabarkan jua..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah! 
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
                                                                                                                 (Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata bermain dan menari ligat disangkar hati..maka
bersabar, berdoa,berpuasa dan bertawakallah kepada-Nya..
agar dijauhkan dari kejahatan bisikan dan keburukan godaan..
yang nyata dan yang terlindung,
yang jelas mahupun yang tersembunyi..
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
                                                                                                                      (Al Israa’ : 32 )

Dan jika yang kau dambakan  tak kunjung datang,
Ingatlah di relung hati...masih ada kasih sejati..
Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segala yang pernah kau miliki,

Dia telah menciptakan apa yang terbaik bagi mu sejak di azali.
   
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
Dan si dia tidak pula sudi memandang...

Ingatlah..
Ada yang Maha Melihat dan Maha Mendengar sedang memerhati..
yang Maha Tahu apa yang ada di depanmu dan  terbaik untukmu...



Jika kasih mu nian meruap...
dan dia jua serupa mengungkap..
Sedarlah...
Cinta itu bukan milik mutlak setiap hamba
Cinta itu bukan tanda semua milik kita..
Cinta itu kepunyaan-Nya
maka..
Dialah yang berhak menentukan jalan yang kita tempuh,
adakah begini atau begitu..
dari itu,
sandarkanlah cinta itu pada yang empunya..
agar terpelihara ia dari kejahatan dunia dan seisi alam-Nya.

Monday, June 4, 2012

LELAKI DAN WANITA TERBAIK


Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya. Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH. Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”
Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, 
” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.
Nabi SAW menjawab,
“Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya. Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI. Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya.Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.

Dari Abu Hurairah r.a. :
Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja  masing-masing.



2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.



3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.



4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.



5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.



6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.



7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.



8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.



9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.



10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.



12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.



13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.



14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.



15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.



16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.



17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.



18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.



19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan  malam  bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!



20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.



Saturday, June 2, 2012

MANUSIA TAHU TAPI TIDAK MAKLUM

Banyak perkara yang manusia tahu tentangnya tetapi tidak tahu rahsianya di sebalik kejadian perkara tersebut. Antara perkara-perkara yang manusia tahu tetapi mereka tidak tahu rahsianya ialah…

1. Di antara cara mendidik manusia menjadi baik adalah dengan usaha menyakitkan nafsunya.

2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam Syurga. Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke Neraka.
3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin boleh merosakkan semua dipersekitaran dan didirinya.

4. Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya.Biasanya selalu sahaja kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.

5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya.Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.

6. Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya.

7. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu DUIT dan HARTA.Bahkan orang yang bijak pandai pun boleh tertipu kerananya.

8. Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan menguasai manusia lain.Begitu pun banyak bangsa tidak boleh menempuh jalan ini.Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan lahirnya tetapi kerosakan yang diakibatkan terlalu banyak.
9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang. Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. 
Justeru itu orang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sendiri. Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Tuhan.

10. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya daripada orang yang membunuh orang lain.

11. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya.Iaitu dengan iman dan taqwa. Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberi tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang, anak yang masih bersekolah jangan tunjuk sayang atau benci manakala terhadap anak yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu dijadikan kawan berbincang.

12. Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada tempatnya.
13. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang sukakan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,dan tidak diganggu. Namun adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu disebabkan oleh dirinya sama ada secara langsung mahupun tidak. Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, orang lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang keamanan. Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susah dan terancam. Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengki dan sakit hati. Risikonya dia juga ikut sama menanggung. Bila seseorang itu sombong, orang benci. Jika berlaku sesuatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan ambil peduli dan orang tidak bersimpati. Jadi, sikap kita itulah adakalanya mengundang bala atau kesusahan.


sumber

Pemakanan Termahal di Dunia



Saffron ialah sejenis rempah yang diekstrak dari bunga saffron crocus, sejenis spesies crocus dari famili Iridaceae yang berasal dari Asia Barat. Bunga saffron mempunyai 3 stigma. Untuk menghasilkan rempah saffron, stigma ini perlu dikeringkan. Lazimnya ia digunakan dalam masakan sebagai agen penambah rasa ataupun pewarna. Saffron adalah rempah termahal di dunia. Untuk mendapatkan 0.45 kg saffron, 50,000 hingga 75,000 kuntum bunga diperlukan. Memandangkan penghasilannya memerlukan kuantiti bunga, tenaga dan kos yang banyak, tidak hairanlah harga rempah ini boleh mencecah RM 3,500 ke RM 35,000 sekilogram!


Macadamia sejenis kekacang termahal di dunia. Pokok macadamia hanya mengeluarkan hasil setelah berusia 7 ke 10 tahun. Untuk pertumbuhan sempurna, pokok ini memerlukan tanah subur serta hujan mencukupi. Bila cukup matang, ia akan menghasilkan buah yang mempunyai biji berlapisan keras di luar, manakala di dalamnya mengandungi isi kacang berwarna putih susu. Terdapat komposisi 80% minyak dan 4% gula dalam kacang macadamia. Dipasaran, harganya sekitar RM 100.00 sekilogram.

Caviar adalah telur ikan sturgeon yang disajikan mentah, menjadi makanan ekslusif golongan bangsawan dan hartawan. Kebiasaannya, caviar terdapat dalam pelbagai warna seperti hitam, kelabu dan keemasan. Almas Caviar, paling termahal berwarna amber didatangkan dari Lautan Caspian, Iran. 'Almas' dalam bahasa Parsi bermaksud berlian. Sesuai dengan namanya, almas caviar sangat berharga dan mahal kerana ia merupakan telur ikan beluga sturgeon yang sukar diperolehi. Hanya kira-kira 100 ekor ikan jenis ini dapat ditangkap dalam setahun. Ia ditinkan dalam bekas emas 14k dan dijual dengan harga RM 16,000 sekilogram.

Kulat termahal adalah dari jenis 'white truffle' yang didatangkan dari wilayah Piedmont, di bahagian utara negeri Itali. Ia adalah tumbuhan parasit dengan menumpang makanan pada pokok oak, hazel, poplar dan beech. Waktu menuai biasanya pada musim luruh antara bulan September ke Januari. Pada masa itu, peladang akan menggunakan bantuan anjing untuk mengesan white truffle yang tersembunyi di dalam tanah. Harga kulat ini di pasaran sekitar RM 8,000 - RM 16,000 sekilogram. Disebabkan terlalu mahal, chef-chef barat hanya menggunakan sedikit parutan mentah, sekadar sebagai penambah perisa dalam sesuatu masakan. 

Daging lembu paling mahal tentu sahaja dari lembu Kobe. Daging dari lembu ini mempunyai tekstur halus dan amat lembut. Ia dihasilkan dari lembu daging Jepun digelar Wagyu ('Wa' bermakna Jepun dan 'gyu' pula bermaksud lembu) yang diternak di bawah keadaan dimanjakan dengan makanan gred terbaik, urutan badan dan alunan muzik. Malaysia melalui Kementerian Pertanian telah cuba menternak lembu jenis ini secara halal iaitu mengantikan bir atau sake yang biasa diberi oleh penternak Jepun kepada bran gandum. Secara teknikal, daging lembu Kobe merujuk kepada daging daripada lembu Wagyu yang dibesar dan disembelih di daerah Kobe, Jepun berharga RM 1,800 sekilogram.

Bagi pengemar kopi tentu pernah dengar kopi Luwak dari Indonesia. Kopi ini sangat unik kerana proses pembuatannya dibantu oleh haiwan luwak, sejenis musang berwarna putih di bahagian badan, ekor hitam dan mucung lebih runcing dari musang lain. Luwak akan memakan buah-buah kopi yang cukup matang dan sempurna, lalu mencerna isi buah kopi dalam ususnya. Semasa melalui proses pencernaan, biji-biji kopi akan difermentasikan dan bercampur dengan sejumlah enzim musang tersebut. Setelah 12 jam, biji-biji kopi akan dikeluarkan sebagai najis luwak. Biji kopi tersebut diasing, dibersih dan digredkan oleh tenaga kerja yang mahir dalam pembuatan kopi ini. Pengeluaran kopi luwak sangat terbatas, di mana hanya sekitar 500 kg setahun dihasilkan untuk pasaran antarabangsa. Kerana itulah, kopi ini bernilai tinggi sehingga berharga RM 300 - RM 1,000 sekilogram.

Teh Tie Guan Yin (TGY), sejenis oolong teh berasal dari wilayah Fujian, China. Teh oolong bermaksud teh tersebut dikategorikan di antara warna hijau dan hitam. Namun, secara tipikal teh TGY lebih kepada teh hijau dengan sedikit pengoksidaan. Tidak seperti teh hijau lain yang berbau 'grassiness', TGY mempunyai aroma bungaan lembut dan harum. Proses penyediaan teh ini sangat rumit dan memerlukan kepakaran maksimum. Setiap langkah pemerosesan untuk menghasilkan teh TGY bermutu tinggi menjadi rahsia turun temurun pembuat teh. Kesukaran membuat dan memperoleh teh ini di pasaran menyebabkan harganya sangat mahal. Harga untuk sekilo teh ini adalah RM 9,500 manakala untuk secawan teh sahaja berharga RM 60!

Kona Nigari adalah nama air mineral termahal di dunia. Harganya, RM 1,800 seliter. Air mineral berkepekatan tinggi ini diambil 2,000 kaki di bawah paras laut kepulauan Hawaii. Ia mengandungi pelbagai khasiat seperti mengawal berat badan, mengurangkan stress, penjagaan kulit dan membantu penghadaman.


sumber

Friday, June 1, 2012

Firaun Moden?


Apakah anda mengenali Ariel Sharon?? Diktator yang memerintah rejim Zionis di negara yang mereka dakwa ' tanah yang dijanjikan'...Mengapa dia dicop sebagai manusia terkejam abad ini? Cuba anda bayangkan perlakuan Sharon yang disenaraikan di bawah;

1. Sharon mengambil seorang bayi daripada ibunya dan dilempar bayi itu ke dinding.

2. Seorang gadis berusia 10 tahun yang dirogol dengan kejam dan akhirnya matanya telah diambil.

3. Sekumpulan keluarga, disuruh beratur depan rumah, dan ditembak.

4. Wanita hamil, dirogol, dengan kaki terbuka luas, dan akhirnya perut wanita dihiris, meninggalkan perempuan ini ke dalam kematian berdarah bersama kandungannya.

Bukan itu saja kekejaman yang dilakukannya, masih banyak lagi kebejatan moral yang angkara tentera rejim Zionis pimpinan Sharon dan dijalankan atas perintahnya dan semua mangsa itu adalah umat Islam Palestina!!

Lihatlah betapa zalimnya Yahudi,bangsa yang begitu bangga dan angkuh dengan kelebihan akal, kuasa dan harta yang dipinjamkan Yang Maha Esa kepada mereka sebagai ujian di muka bumi ini. Bnagsa yang sedari zaman nabi Musa a.s begitu gemar menyanggah dan menidakkan pesuruh Allah meski sebangsa dengan mereka.Dan dari bangsa kejam inilah lahir manusia bernama Arial Sharon.Mari kita telusuri sedikit biografi manusia kejam bumi ini;

  • Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. 
  • Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. 
  • Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. 
  • Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya. 
  • Anak-anak kecil Palestin perlu mengenal erti keganasan, peperangan kerana sikap binatang Ariel Sharon. 

Adakah anda tahu akhir kejadian manusia bejat yang bertuhankan nafsu ini..diakhir hayatnya Sharon menjadi mayat hidup sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini. Tiada yang mustahil sekiranya Allah menhendaki sesuatu kejadian ke atas hamba yang diciptakan-Nya. 
Inilah yang harus “ditelan” oleh Ariel Sharon di atas ribuan nyawa dan kezaliman yang dilakukan selama ini ke atas rakyat Palestin. Kini Ariel Sharon yang berusia 81 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun. Wallahualam..