Wednesday, June 20, 2012

KITAB INJIL BARNABAS??


Penemuan Kitab Injil Berusia 1500 Tahun Di Turki

Di Ankara Turki Kitab Injil 1,500 tahun ditemui, ia menggemparkan Vatican kerana isi didalam nya membenarkan apa yang Alquran telah bawa, lebih 1500 tahun dahulu. Termasuk ramalan didalam kitab injil tersebut akan kedatanganNabi saw Vatican mengarahkan jangan disebarkan sebelum vatican melihat nya dahulu.

Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas – ketara sekali umat Islam pelayanan Nabi Isa percaya adalah sebahagian daripada Injil asal. Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Akhbar Berita harian melaporkan kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.Kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada Injil yang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta yang kini dipegang oleh kerajaan Turki di Ankara, Turki.Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi.
Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail. Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John. Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

Injil Barnabas tidak dianggap sebagai kanon oleh penganut Kristian. Oleh itu membaca Injil Barnabas dilarang sama sekali. Kitab Injil Barnabas terdapat beberapa versi . Injil Barnabas dikatakan ditulis oleh Barnabas iaitu murid Jesus. Barnabas ialah pakcik Markus. Beliau telah merantau dari Palestin ke Damsyik dan dari Philip ke Sinai untuk mengembangkan agama Kristian.Kuburnya ditemui di pulau Cyprus di Laut Mediterranean pada zamanMaharaja Zeno ( 478 m). Satu salinan Injil yang ditulis dengan tangannya sendiri ditemui di dada jenazah St Barnabas .

Injil ini popular dalam kalangan orang Islam kerana hampir sejalan dengan ajaran Islam. Tetapi Injil Barnabas hampir tidak diketahui oleh orang Kristian kerana ia amat bertentangan dengan Triniti. Injil Barnabas dikatakan ada dua manuskrip iaitu dalam bahasa Sepanyol dan dalam bahasa Itali. Injil Barnabas dalam bahasa Itali disimpulkan sebagai ditulis pada akhir abad ke-16 sementara dalam bahasa Sepanyol ditulis abad ke-18. Namun pengkaji Kristian mendakwa Injil Barnabas versi Sepanyol lebih tulen.

Maka benarlah firman Allah:

لَّقَدۡ كَفَرَ الَّذِينَ قَآلُوا۟ إِنَّ اللّهَ هُوَ الۡمَسِيحُ ابۡنُ مَرۡيَمَ قُلۡ فَمَن يَمۡلِكُ مِنَ اللّهِ شَيۡئًا إِنۡ أَرَادَ أَن يُهۡلِكَ الۡمَسِيحَ ابۡنَ مَرۡيَمَ وَأُمَّهُ وَمَن فِي الأَرۡضِ جَمِيعًا وَلِلّهِ مُلۡكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا يَخۡلُقُ مَا يَشَاء وَاللّهُ عَلَي كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ (17)

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam". Katakanlah (wahai Muhammad): (Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Mariam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya? Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

وَقَالَتِ الۡيَهُودُ وَالنَّصَارَي نَحۡنُ أَبۡنَاء اللّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ قُلۡ فَلِمَ يُعَذِّبُكُم بِذُنُوبِكُم بَلۡ أَنتُم بَشَرٌ مِّمَّنۡ خَلَقَ يَغۡفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَلِلّهِ مُلۡكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا وَإِلَيۡهِ الۡمَصِيرُ (18)

Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya. Katakanlah (wahai Muhammad): (Kalau betul demikian), maka mengapakah Dia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dan kepada Allah jualah tempat kembali.

يَا أَهۡلَ الۡكِتَابِ قَدۡ جَاءكُمۡ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمۡ عَلَي فَتۡرَةٍ مِّنَ الرُّسُلِ أَن تَقُولُوا۟ مَا جَاءنَا مِن بَشِيرٍ وَلاَ نَذِيرٍ فَقَدۡ جَاءكُم بَشِيرٌ وَنَذِيرٌ وَاللّهُ عَلَي كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ (19)

Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (Rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

sumber

No comments:

Post a Comment