Wednesday, October 5, 2011

Susahnya Mendidik Diri.

Bismillahirrahmanirrahiim...ku mulakan bicara ku lewat blog ini dengan nama Allah..Tuhan yang menguasai sekalian alam..Syawal dan Ramadhan yang berkat telah pun berlalu dan begitu lamanya tidak ku intai pondok catatan ku ini...Kesibukan dan titik-bengik kehidupan menjadikan aku antara hamba Allah yang seakan kurang mensyukuri nikmat dan rahmah yang diberikan-Nya..


Mendidik diri pun seakan sukar dek  belenggu nafsu yang payah dikalahkan..Subhanallah..betapa peritnya mengalahkan nafsu dan aku seringkali terdampar dikerjakannya..membelek-belek begitu banyak catatan insan-insan lain menyedarkanku betapa aku seakan menjauhi Tuhan yang mencipta diri ku...


Dan catatan ini seakan membuka mata hati ku..meski ada sedikit batu memejal dipersekitarannya..nauzubillah..semoga Allah mengampuni dosa-dosa yang telah ku lakukan..Amin..


"ROH itu sebenarnya merintih dan tersiksa dengan dosa dan amalan buruk seseorang.
Seorang ahli maksiat itu, ROH mereka merintih kerana tidak dapat dekat dengan PENCIPTANYA. ROH itu hanya dapat di ubati dengan membacakan ayat-ayat ALLAH kepadanya.



Hakikatnya ROH itu mendengar dan menyintai PENCIPTANYA tetapi ia tidak akan mampu keluar menemui TUHANNYA kerana di halangi oleh PENYAKIT HATI iaitu penyakit SOMBONG dan SYAK pada KEBENARAN. Apabila hati ada penyakit sombong ia akan menolak untuk membenarkan apa sahaja kebenaran yang di isyaratkan oleh AKAL. Malah hati itulah tempat bersarangnya syaitan laknatullah yang sentiasa membisikkan pembohongan dan kejahatan bertujuan untuk terus melalaikan manusia dari merasai kehendak ROH.



Ceritalah apa jua masalahpun…PEMARAH, MALAS SOLAT, MULUT CELUPAR, HASAD DENGKI, TAKBUR, SOMBONG, MASALAH DUIT, MASALAH FAMILY DAN APA JUA MASALAHPUN…apabila kita merasai KEWUJUDAN ALLAH yang sentiasa MENDENGAR dan MELIHAT, nescaya tiada apa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Tidak perlu lagi memaksa diri untuk melakukan amar makruf nahi mungkar kerana HATI, ROH dan AKAL telah merasai kebahagiaan dan kemanisan hidup bersama PERTOLONGAN ALLAH S.W.T.


Ketahuilah bahawa sikap buruk selama ini adalah kerana penyakit dalam hati sendiri. Yakinlah bahawa AKAL dan ROH manusia itu takkan mampu ‘menafikan’ KATA-KATA TUHAN. Sungguh kita boleh merasai dengan sebenar-benarnya KUASA dan KEBESARAN TUHAN. Gunakanlah AKAL untuk BERFIKIR mencari TUHAN dengan mendidik HATI agar setuju dengan kehendak ROH."


Semoga Allah memberkati hdup ku dengan cahaya-Nya dan mematikan ku dengan rahmat-Nya..wahai...betapa susahnya mendidik diri sedang hari semakin dini.....


No comments:

Post a Comment