Friday, October 7, 2011

'Kekuatan' Seorang Kanak-Kanak


Kisah ini ku temui di wall seorang rakan.Kisah menyayat hati dan meruntun jiwa.Kisah kasih sayang dan pengorbanan seorang anak pada ayahnya.Kanak-kanak yang jiwanya menjadi kental dan menjadi dewasa sebelum waktu dek kesukaran menghadapi kehidupan.


Meski pun menjadi 'dewasa' dia tetap memiliki naluri kanak-kanak yang mendambakan kasih-sayang orang yang melahirkan namum meninggalkannya semasa dia sangat-sangat memerlukan.


Ini adalah kisah benar yang menyayat hati.Kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.

Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.

Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.

Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.

Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.

Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da ”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton television, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”

Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,

Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.Namun sekuat mana pun kanak-kanak itu, dihatinya masih mendambakan kasih-sayang meskipun orang yang didambakannya tidak menyimpan sekelumit pun kasih sayang mahupun belas kasihan terhadapnya.

Kepada ibu bapa di luar sana,sayangilah anak-anak anda.Jangan kerana kepentingan diri dan terlalu menurut hawa nafsu, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa.Apalah yang mereka tahu tentang kehidupan dan payahnya mengorak langkah ke hadapan.Anak-anak adalah amanah Allah yang perlu kita pikul selama hayat masih ada.Sayangi diri,sayangi keluarga.

No comments:

Post a Comment