Sunday, May 13, 2012

HAMAAN ARKITEK FIRAUN

                                        

Informasi yang diberikan dalam Al Quran telah mengungkapkan banyak fakta sejarah yang tidak terungkap hingga masa sekarang ini.Fakta ini menyatakan kepada kita bahwa setiap kata dalam Al Quran berasal dari Yang Maha tahu, Allah s.w.t.

Haman adalah seseorang yang namanya disebutkan dalam Al Quran sebagai nama seseorang yang dekat dengan Firaun.Namanya disebutkan sebanyak 6 kali dalam Al Quran.

Yang menarik adalah bahwa nama Haman tidak ada disebutkan dalam kitab Torah @ Taurat yang menceritakan kisah tentang Nabi Musa, tetapi nama Haman disebutkan dalam kitab perjanjian lama sebagai nama pembantu Raja Babylonia yang melakukan pembantaian dan menciptakan banyak kesengsaraan pada orang orang Israil pada kurun waktu sekitar 1100 tahun setelah Nabi Musa as.
hieroglyph Mesir Kuno
                                                         

Beberapa orang non-muslim yang beranggapan bahwa Nabi Muhammad saw menciplak dari kitab Taurat dan injil, mereka menganggap bahwa Nabi Muhammad saw menciplak nama tersebut keluar dari konteks dan memasukkannya kedalam Al Quran secara tidak tepat.

Fitnah tuduhan itu dibuktikan palsu pada saat aksara Hieroglyph berhasil diterjemahkan sekitar 200 tahun yang lalu dan nama Haman ditemukan dalam naskah kuno Mesir.

Sebelum adanya penemuan itu,tulisan dan inskripsi tentang Mesir kuno tidak dapat dipahami.Bahasa pada masa Mesir kuno adalah Hierogliphic.yang bertahan selama beberapa zaman Pada masa penyebaran agama Nasrani dan pengaruh kebudayaan lain yang masuk ke Mesir sekitar abad ke 2 dan ke 3 Masihi, masyarakat Mesir telah melupakan keyakinan lama mereka dan juga tulisan Hierogliph.contoh terakhir dari tulisan ini adalah inskripsi yang menunjuk pada tahun 394 M.setelah itu maka tulisan dan bahasa ini telah dilupakan orang.Tidak seorang pun yang dapat  memahami dan membaca tulisan ini    sehingga sekitar 200 tahun yang lalu.


Jean Francois Champillion
 Misteri Hierogliph Mesir kuno terpecahkan pada tahun 1799,dengan penemuan sebuah lembaran yang disebut batu Rosetta yang bertarikh 196 SM.Makna penting penemuan  lembaran ini adalah bahwa lembaran ini ditulis dalam 3 jenis huruf yang berbeda,Hieroglyphic,  Demotic,dan Yunani. Dengan bantuan naskah Yunani,aksara Mesir kuno dapat di terjemahkan.Penterjemahan inskripsi itu dilakukan oleh orang Perancis yang bernama Jean Francois Champollion.dari sinilah bahasa yang hilang dan aksara yang sudah tidak dapat dipahami itu kembali dapat dipahami.dengan cara inilah sejumlah besar pengetahuan tentang kebudayaan,agama,dan kehidupan masyarakat mesir kuno dapat diketahui.

Dengan pemecahan kode hieroglyph itu,hal yang penting lainnya terungkap terdapatnya nama Haman dalam inskripsi Mesir Kuno.

Dr. Maurice Bucaille 
Dr.Maurice Bucaille pernah menanyakan mengenai nama Hamaan ini kepada seorang pakar Egyptologi Perancis,Dr.Maurice Bucaille mengatakan padanya bahwa dia menemukan nama Hamaan tersebut dalam sebuah manuskrip abad ke 7,(dalam hal ini Dr.Maurice Bucaille tidak menyebutkan bahwa manuskrip yang dimaksud adalah Al Quran) pakar Egyptologi itu kemudian menyarankan agar Dr.Maurice Bucaille mencarinya dalam “Kamus nama nama orang dari kerajaan baru”yang disusun oleh Ranke,kemudian Dr.Maurice Bucaille akhirnya dapat menemukan dalam daftar penerjemahan Hierogliph bahasa Jerman,bahwa nama Hamaan ini menunjuk pada nama seorang pimpinan pekerja tambang batu pada masa Firaun.

Hasil ini jelas memiliki arti sangat penting,karena tidak seperti penjelasan dalam kitab suci yang lain,Hamaan adalah nama seseorang yang pernah hidup di Mesir pada zaman Nabi Musa, seseorang yang dekat dengan Firaun dan ikut terlibat dalam pekerjaan pembinaa..persis seperti yang di ungkapkan dalam Al Quran.

Ayat di bawah ini yang menceritakan Firaun memerintahkan Haman membuatkannya sebuah menara,sesuai sekali dengan posisi Hamaan dalam pemerintahan Firaun.

Dan berkata Firaun,Hai pembesar kaum ku,aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku.maka bakarlah hai Haman untuk ku tanah liat,kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhannya Musa.dan sesungguhnya aku yakin bahwa dia termasuk orang orang yang berdusta.
(Surah Al Qashash ayat 38) 


Kesimpulannya,penemuan ini bukan hanya penting bagi dunia arkeologi tetapi juga membuktikan kebenaran Al Quran bahwa sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui fakta ini sebelum para ilmuwan berhasil membuktikan sosok Haman dalam kaitannya dengan Firaun.fakta ini tidak diketahui oleh siapa pun pada masa Al Quran diturunkan.
 

PENYAKIT BAWAAN KHINZIR @ BABI

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ 

وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ (173)
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Al-Baqarah :173


       Pada tahun 1918 virus Influenza telah menggemparkan dunia dengan membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.

     Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi.(Sumber: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )
bagaimana ia menjangkiti manusia??
      Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalam babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. Wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang.(Sumber: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? )

Betulkah Virus Boleh Berubah Dalam Bentuk Yang Lebih Bahaya Di dalam Khinzir?

     Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenalLethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.

    Manakala di sekitar tahun 50-an pula, kita dikejutkan dengan cacing Trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit Trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard.(Sumber: Washington Post , 31 Mei 1952)


Virus-Virus Daripada Khinzir

Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci.

Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'.(Sumber: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997)

Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi.

Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.

Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918.(Sumber: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000)






Saturday, May 12, 2012

APA YANG DINILAI WANITA PADA LELAKI??


Subjek utama yang sering dimomokkan adalah ketampanan atau kehenseman seorang lelaki adalah aset untuk menarik perhatian wanita.Benarkah?? Tidak dinafikan memiliki ketampanan adalah satu keberuntungan dan kelebihan namun itu bukan lah semata-mata yang dicari oleh wanita.  Okey..kalau anda sedia tampan kerana anugerah Allah, maka Alhamdulillah tapi bagi yang tidak usah bersedih.Menurut kajian,banyak lagi perkara-perkara lain selain tampan yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Mari kita lihat apakah ciri-ciri tersebut;


mana satu gaya yang anda pilih??
. 


1) Kebersihan diri perlulah di jaga.
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi tidak tahu menjaga kebersihan seperti lanun carribean, rambut kusut-masai,gigi kuning berkarat tak berus..bau busuk boleh dihidu dari jarak setengah batu (heheh) walau anda setampan Johnny Depp sekalipun anda tidak akan dipandang oleh wanita.

        2) Mempunyai gaya tersendiri

Anda tidak perlu meniru gaya artis macho untuk bergaya. Percaya dengan diri  anda dan cipta gaya anda sendiri.Keyakinan dan rasa percaya diri yang tinggi menjadikan seseorang individu itu lebih mantap dan berkarisma.Anda akan lebih diyakini dan disukai bukan saja oleh wanita tetapi juga teman dan taulan.
        3) Ada sikap lucu 


lawak ke derrr??
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita mencari lelaki untuk tempat melepas tekanan.Tapi jangan pula lucu keterlaluan hingga tahap mengada-ngada dan tidak bertempat.Boleh menyebabkan orang menyampah juga.




       4) Bersikap prihatin
Anda perlu juga prihatin terhadap wanita. Wanita adalah golongan yang lemah walau pun tidak kesemua wanita bernilai demikian. Membantu mereka tatkala   bersama dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan adalah antara contoh 'small treat' yang bagi wanita   sungguh mengujakan.Mereka pasti merasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.
cemberut eehh??


 5) Selalu senyum    
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk mata wanita yang memandang jika pasangannya sentiasa bermuka  manis. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika selalu senyum. Wanita pun lebih berani mendekati anda kerana sikap friendly anda itu meski pun memiliki wajah yang kurang tampan.Apalah gunanya bermuka tampan tapi cemberut je 24jam. Moddy berpanjangan macam tengah 'datang bulan' hehehehe

cool neh Johnny Depp...I likeee
        6) Bersikap ‘cool’
Lelaki yang cool atau pun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Kebanyakan wanita sukakan lelaki yang matang dan cool dalam menghadapi apa juga situasi.Menurut mereka lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.Sikap ini menjadikan wanita merasa aman dan selamat dalam ketika bersama anda.Seberat mana pun masalah yang anda hadapi, belajarlah jadi cool walau pun hati dag-dug heee...apa kata cuba tips2 di atas..manalah tau dapat memikat hati wanita pujaan anda...tapi jangan pula disalah guna dengan memikat wanita-wanita sesuka hati pula...tak pasal2 dengan saya sekali dapat dosa..
       



DOKTOR KEJAM DI DUNIA??


1. Josef Mengele
                                      
Sebagai Pegawai SS Jerman serta doktor Nazi, Josef Mengele mungkin nama yang paling dikenali dalam senarai ini. Ia dikenali sebagai “Malaikat Maut” atau bahkan “Cantik Iblis,” Mengele adalah doktor utama yang bertanggungjawab atas yang menentukan tahanan yang terbaik untuk menjaga buruh paksa, dan yang terlalu lemah dan perlu untuk dibunuh. Tidak hanya Mengele memilih nasib jutaan, dia juga dikenali luas kerana eksperimen manusia. Di Auschwitz, Mengele sangat tertarik untuk mempelajari lebih lanjut tentang hereditas dan sering melakukan percubaan pada kembar. Dikatakan bahawa ia membawa 10 daripada mereka, menempatkan mereka untuk tidur dan kemudian digunakan kloroform untuk membunuh mereka, dan membedah masing-masing untuk membandingkan tubuh. Beliau juga melakukan percubaan adalah dua anak kembar itu dijahit bersama-sama dengan pembuluh darah mereka untuk membuat kembar siam. Selain eksperimen ini, ia juga melakukan eksperimen tentang cara menukar warna mata dengan celupan disuntikkan ke iris, mengamputasi ahli badan dan cuba untuk melekatkan kembali mereka, dan sterilisasi wanita. 


2. Shiro Ishii
                                                       
Shiro Ishii adalah ahli mikrobiologi Jepun serta doktor. Dia adalah Leftenan Jeneral Unit 731, yang merupakan unit perang biologi selama Perang China-Jepun. Meskipun dikenali sebagai memaksa dan egois, Ishii unggul di sekolah dan ditempatkan di Rumah Sakit Angkatan Darat ke-1 di Toyko. Orang yang mengawasi dia sudah sangat terkesan, dan ia menerima perubatan pasca-sarjana pendidikan di Universiti Empayar Kyoto. Pada tahun 1942, Ishii memulakan ujian tentang perang kuman dengan menggunakan bom, senjata api, dan kaedah lain. Dia menguji POW kuman di China mahupun di sivil. Dia lakukan pada waktu menggunakan senjata di medan perang. Dalam hal apapun, Ishii memuat eksperimen manusia ke dalam tangannya sendiri, dan dikatakan bahawa puluhan ribu orang meninggal, kerana senjata yang terkena Antraks, kolera, yang pes, dan lain-lain. Beliau juga melakukan percubaan pada orang lain seperti dipaksa aborsi, simulasi serangan jantung, stroke, hipotermia, dan radang dingin, dan bahkan vivisections. 


3. Michael Swango
                                             
Walaupun secara rasmi dituduh hanya tiga pembunuhan, banyak yang mengatakan bahawa Michael Swango mengorbankan beberapa sebagai 30 orang, tetapi sebanyak 60 selama karirnya sebagai doktor di beberapa negara bahagian yang berbeza dan kemudahan perubatan. Semuanya berawal ketika ia memasuki Southern Illinois University Medical School dan dikatakan mempunyai minat dengan pesakit tenat. Setelah lulus, meskipun diusir, ia diterima untuk magang di Ohio State University. Di lantai yang ia bekerja pada, jururawat sering melihat bahawa pesakit-pesakit ini, yang pernah sihat, akan mati tanpa amaran. Pada satu titik, seorang jururawat melihatnya menyuntikkan sesuatu kepada pesakit yang kemudian menjadi sakit. Setelah kehilangan magang ia kembali ke Inllionis dan bekerja sebagai seorang EMT, di mana ia akan meracuni paramedis. Dia akhirnya ditangkap kerana memiliki arsenik dan jenis racun. Setelah lebih banyak kematian dan konflik, Swango tertangkap, dan mengaku membunuh tiga daripada pesakit. Hari ini, Swango adalah melayani hidupnya istilah di ADX Florence. 


4.Harold Shipman
                                                 
Harold Shipman berdiri sebagai satu-satunya doktor Inggeris dalam sejarah yang telah dinyatakan bersalah membunuh pesakit-pesakitnya. Banyak yang mengatakan dia adalah yang paling dikenali keluasan produktif pembunuh berantai dalam sejarah. Dia telah dinyatakan bersalah membunuh 218 orang, tetapi jumlah sebenar mungkin dua kali ganda, kerana beberapa korban tidak dapat dikenalpasti. Pada 1974 ia menjadi doktor umum di West Yorkshire, dan setahun kemudian ditemui penempaan resep untuk pethidine untuk kegunaan peribadi. Beliau didenda tapi bisa terus bekerja. Seiring waktu, banyak pasiennya meninggal, sebahagian besar kerana suntikan diamorfin. Banyak yang prihatin tentang terus meningkatnya jumlah bentuk kremasi Shipman itu memeterai. Beliau juga didakwa dengan menempa bermanfaat pesakit. Meskipun ditetapkan untuk melayani hukuman seumur hidup setelah dinyatakan bersalah daripada 15 pembunuhan pada bulan Januari 2000, Shipman adalah dimasukkan ke dalam penjara selama empat tahun, tetapi pada 13 Januari 2004 gantung diri di sel penjara. 

5.John Bodkin Adams
                                                    
John Bodkin Adams adalah seorang doktor umum yang punya kehidupan yang penuh dengan pembunuhan dan penipuan. Dikatakan bahawa sejak 1946-1956, lebih dari 160 pesakitnya meninggal curiga. Keluar daripada mereka yang meninggal, 132 daripada mereka meninggalkan wang atau barang berharga lain untuknya di surat wasiat mereka, yang kemudiannya dijumpai untuk menjadi curang dan ditulis oleh Adams sendiri. Membunuh pesakit-pesakitnya, Adams sering digunakan ubat resep atau ubat penghilang rasa sakit yang diberikan secara berlebihan, yang pada akhirnya membunuh pesakit. Dia ditemui curiga dan akhirnya dibawa ke mahkamah selepas banyak melihat bahawa banyak pasiennya sedang tenat dengan cepat dan dengan cepat. Dia juga dituntut untuk penipuan, ketika ia menandatangani dan menulis pesakit akan tanpa notis. Kasusnya itu, bagaimanapun, menubuhkan efek ganda dalam istilah hukum, yang adalah ketika seorang doktor akan memberi rawatan dengan harapan dapat menghilangkan rasa sakit, tetapi juga akan memendekkan hidup.


6.Carl Clauberg
                                              


Salah satu daripada dua doktor perubatan Jerman Nazi pada senarai, Carl Clauberg adalah salah satu daripada banyak doktor yang melakukan eksperimen di banyak kem konsentrasi Nazi, khususnya Auschwitz. Selepas menerima pangkat ketua doktor dan mempelajari ginekologi, ia menjadi profesor ginekologi di Universiti Königsberg. Setelah menjadi Nazi pada tahun 1933, Clauberg, pada 1942, mendekati Heinrich Himmler dan menyarankan percubaan tentang sterilisasi massal untuk perempuan. Himmler bersetuju dan ditugaskan Clauberg ke Block nombor 10 di kem. Clauberg sangat ingin untuk mencari yang murah dan mudah untuk mensterilkan perempuan. Sering kali dia menggunakan asid cair yang disuntikkan ke dalam rahim wanita. Para wanita yang indung telur mengalami kerosakan telah mereka dihapuskan dan kemudian dihantar ke Berlin untuk kajian lanjut. Kadang-kadang pesakit dibunuh supaya autopsi yang akan dilakukan. Dikatakan bahawa 300 orang perempuan sedang melakukan percubaan pada selama waktu ini. Clauberg akhirnya ditangkap, dibebaskan, dan ditangkap lagi, tetapi meninggal sebelum diadili. 


7.Arnfinn Nesset                          

Meskipun secara teknikal bukan doktor, Arnfinn Norway Nesset adalah seorang jururawat yang dituduh membunuh 22 daripada pesakit-pesakitnya. Semua 22 daripada mereka dibunuh dengan suntikan mematikan Curacit, yang merupakan ubat relaksasi otot. Kerana pilihan ubat, penyiasatan untuk mendapati Nesset bersalah daripada jenayah itu sukar. Curacit adalah ubat yang lembur menjadi sangat sulit untuk dikesan dalam tubuh. Penyelidikan itu berlangsung dua tahun dan pada akhir persidangan lima bulan, ia didapati bersalah membunuh 22 orang dan dikenakan 21 tahun di penjara, yang maksimum dalam hukum Norway. Pada tahun 2004 dia dibebaskan, dan dikatakan hidup di bawah nama yang berbeza di suatu tempat di Norway.

8. Harry Howard Holmes (Herman Mudgett)
                                                   
Harry Howard Holmes, yang lahir adalah Herman Mudgett, adalah pembunuh berantai pertama yang akan digantung di Amerika. Dia pergi ke University of Michigan Medical School pada tahun 1884 untuk menjadi seorang doktor. Beliau sering mencuri mayat dari makmal sekolah dan mereka yang kurang upaya, dan kemudiannya mendakwa bahawa orang-orang itu telah terbunuh secara tidak sengaja. Melalui ini, ia mampu mengumpul insurans daripada dasar yang dia keluarkan pada setiap orang. Setelah dia lulus, ia pindah ke Chicago. Di sini, ia meyakinkan pekerja apotek tempatan untuk membenarkan dia mengambil alih pemilikan sebuah hotel. Di hotel, ia bereksperimen dengan tubuh, sering kali memilih wanita untuk menjadi mangsa dan mengcekik sampai mati. Mayat-mayat itu dibedah, dibuang daging mereka untuk dijadikan kerangka model. Dia kemudian menjual tubuh untuk sekolah perubatan.



9. Walter Freeman
                                       
Meskipun bukan doktor yang normal, Walter Freeman adalah seorang ahli saraf yang lulus dari Yale dan University of Pennsylvania Medical School. Bahkan meskipun ia tidak berangkat dengan niat jahat, Freeman menyelesaikan lebih daripada 3.500 lobotomi di AS, terutamanya Rosemary Kennedy dan banyak lainnya. Sementara hari ini lobotomi jarang digunakan, Freeman membantu untuk menyempurnakan mereka dan membuat kemasyhuran selepas mampu menyelesaikan mereka berjaya dan “menyembuhkan” pasien. Namun, Freeman tampaknya menjadi sangat bersemangat; menggunakan pemecah es daripada dapur untuk menyelesaikan Lobotomi, menyelesaikan lebih daripada 20 lobotomi dalam satu hari tanpa menggunakan seorang doktor bedah, dan bahkan membolehkan media untuk menonton Lobotomi dilakukan yang pada akhirnya berakhir dalam kematian , sebagai pemecah es menyelinap ke otak pesakit. Percaya atau tidak, sepertinya Freeman unbothered oleh kematian manusia dan meneruskan untuk melakukan operasi lain.



10. Jack Kevorkian
                                      

Dikatakan bahawa ia membenarkan 130 atau lebih daripada pesakit untuk mati dengan bantuannya. Kevorkian mencipta enjin EUTHANASIA sendiri yang akan membolehkan seorang pesakit untuk mati dua cara. Yang pertama adalah “Thanatron”, yang menggunakan infus untuk menyuntik pesakit dengan garam, sodium thiopental, dan kalium klorida. Dia juga menggunakan “Mercitron,” yang melibatkan masker gas karbon monoksida yang memanfaatkan. Akhirnya, tindakan-tindakannya diselidiki dan beliau ditangkap atas tuduhan pembunuhan tingkat dua dan menjawat penjara-masa dari 1999-2007, tetapi hari ini adalah pembebasan bersyarat.

Friday, May 4, 2012

UMAR AL-KHATTAB ;:9 JENIS SYAITAN


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenisWalahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

Thursday, May 3, 2012

THE TRUE FURQAN : Kitab Kristian Tradisional


The True Furqan, al-Furqan al-Haqq adalah sebuah kitab yang ditulis dalam bahasa arab. Kitab ini menyerupai Quran tetapi mengandungi ajaran Kristian tradisional.

Antara isi kandungan The True Furqan. Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Berdasarkan laporan Baptist News, The True Furqan ini telah diterbitkan pada April 1999 oleh Al-Mahdy (seorang executive committee dalam Project Omega 2001). Kitab palsu ini di terbitkan kerana Al-Mahdy mendakwa bahawa umat Islam sekarang tidak menerima masej yang sebenar di dalam kitab Quran sekarang. Kitab palsu ini dikarang oleh Al Saffee dan Al Mahdee dan di terjemahkan ke dalam bahasa inggeris oleh Anis Shorrosh yang percaya bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang Dajjal. Kitab ini mengandungi 77 surah termasuk prolog dan epilog.

Anis Shorrosh

Sesetengah Umat Islam percaya bahawa kitab palsu ini dicipta oleh puak puak Israel dan Amerika untuk menjatuhkan agama Islam. Sebuah surat khabar Mesir, Al-Usbu melaporkan bahawa The True Furqan ini diterbitkan secara kerjasama langsung dengan Israel dan di atas arahan Presiden U.S, George Bush.

Tuesday, May 1, 2012

MENDIDIK ANAK CARA ISLAM

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”



1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.


Merotan dengan kadar sebagai pengajaran
 4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.


             
            
9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).



Kasih sayang hadiah paling berharga pada anak anda...



15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


Kongsi info: NurulAmir.