Saturday, March 29, 2014

Brado Kapak : Tragedi MH370 Siapa Rugi?

*AMARAN !! Artikel ini akan bertentangan dengan laporan media. Artikel ini juga akan bertentangan dengan banyak teori yang telah tersebar. Artikel ini juga akan membuatkan anda tidak percaya kepada saya kerana mengandungi cerita dan teori yang pelik. Anda berhak membaca artikel ini. Anda juga berhak menelitinya dan mengkajinya. Anda juga berhak untuk tidak mempercayainya. Anda juga berhak untuk berfikir, adakah ia benar atau sebaliknya. Saya tidak bertanggungjawab jika anda merasa hampa dengan cerita yang akan saya sampaikan. Tiada apa yang sensasi atau menarik disini.

0.1. Pengakhiran kepada semua ini akan membuatkan anda terpinga-pinga, terperanjat, tidak percaya, berasa aneh dan pelik. Diharapkan jika anda tidak mampu menerimanya, jangan baca artikel ini. Ini hanyalah coretan saya berdasarkan analisis lemah saya. Sekiranya tidak benar, maka maafkanlah saya dan sekiranya terjadi, maka percayalah itu hanya kebetulan.

1. Umum dunia sudah tahu, sebuah pesawat MAS Boeing 777-200 penerbangan MH370 telah pun berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) menuju ke Beijing pada tengah malam 7 Mac 2014 dan telah didapati hilang dari radar sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan, 8 Mac 2014.

2. Pesawat itu membawa keseluruhan muatan seberat hampir 40 tan (lebih kurang kalau tidak silap) dengan penumpang seramai 239 orang yang mana 2 daripadanya adalah kanak-kanak kecil dan 12 orang daripadanya adalah krew kapal.

3. Pesawat tersebut seharusnya tiba di Beijing pada awal pagi 8 Mac 2014. Namun, ia hilang begitu sahaja dari radar sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan.

4. Maka, bermulalah satu episod misteri lagi ngeri bagi seluruh umat Malaysia secara khususnya dan sebuah episod misteri bagi negara-negara jiran yang terlibat.

5. Mengapa saya katakan ia sebuah episod misteri lagi ngeri??

6. Kerana, ia bakal melibatkan kerugian yang sangat-sangat besar.

7. Umum mengetahui mengenai kehilangan pesawat ini. Namun, sangat sedikit yang sedar, sebenarnya ada banyak lagi faktor atau aspek tentang kehilangan pesawat yang mereka masih belum ketahui sehingga hari ini.

8. Pesawat ini telahpun hilang pada Mac 2014. Setahun sebelum itu, negara kita telahpun diserang pada bulan yang sama. Iaitu Mac 2013, insiden serangan tentera Sulu telah direncanakan ke atas negara kita, beberapa minggu sebelum pilihan raya umum.

9. Bagaikan suatu misteri... Menteri yang mengelola siri serangan Sulu ke atas Sabah dan menteri yang mengelola kehilangan MH370 adalah orang yang sama.

10. Bagaikan suatu misteri... Angkatan keselamatan yang mengelola kes serangan tentera Sulu dan juga angkatan keselamatan yang mengelola kes kehilangan MH370 juga angkatan yang sama.

11. Saya telah menghidu suatu rencana yang amat besar seawal hari pertama pesawat hilang.

12. Kita mulakan dengan lokasi terakhir pesawat dikesan. Lokasi tepatnya berdasarkan laporan media adalah 5*30*54.0*N 103*26*34. E. Selepas itu, pesawat terus lenyap daripada radar dan tiada lagi petunjuk yang timbul. Semuanya hilang begitu sahaja. Boleh rujuk sini dan sini.

13. Saya andaikan sebenarnya pesawat sudahpun tenggelam ketika itu tetapi tidak terhempas.

14. Maka timbul lah pelbagai persoalan mengapa ia tenggelam dan mengapa ia tidak terhempas?

15. Menurut laporan awal - saya yakin laporan ini ramai yang sudah lupa - pesawat telah terputus hubungan dengan radar pada waktu tersebut dan tiada sebarang kontak dengan mana-mana radar dan tiada sebarang sambungan dengan mana-mana satelit ditemui.

16. Ini bererti sistem dalaman pesawat telahpun mati pada ketika itu. Sama ada ia dimatikan dengan sengaja atau ia telahpun meletup, itu saya tidak dapat memberikan jawapannya sekarang. Yang pasti pesawat telahpun meluncur laju dan tenggelam dilokasi terakhir ia berada.

17. Namun saya amat yakin pesawat tersebut sudahpun tenggelam di Laut China Selatan, tidak jauh daripada Vietnam.

18. Jangan persoalkan penumpang mati atau tidak sekarang. Kerana belum masanya kita membahaskan perkara tersebut.

19. Sekarang, kita pergi kepada persoalan lain. Iaitu, persoalan yang amat besar tetapi tidak pernah terfikir pada orang ramai....

20. SIAPA SEBENARNYA YANG RUGI ??

21. Saya katakan jawapannya kepada anda semua, AMERIKA SYARIKAT (US) lah yang SEBENARNYA RUGI !

22. Kenapa boleh jadi begitu?

23. US merupakan sebuah negara kuasa besar sejak era moden. Dialah yang menguasai ekonomi dunia dan dia jugalah yang menguasai hampir keseluruhan inci dalam bumi ini. Bagaikan dialah yang paling kuat dan bagaikan dialah yang sebenarnya paling hebat.

24. Sekitar tahun 60-an (kalau tidak silap) semasa zaman Soekarno di Indonesia, US dengan kerjasama keluarga besar Rotschild telahpun mengambil satu khazanah besar lagi berharga daripada Indonesia untuk dibawa ke US. (Point ini telah diedit daripada tahun 70-an kepada 60-an setelah diingatkan oleh Tn Ahmad Ansor Batubara).

26. Khazanah itu telah dipindahkan daripada satu lokasi ke suatu lokasia baru di US lantas terciptalah sistem perbankan berdasarkan wang fiat.

27. Maka, disitu bermulalah era kekuatan Yahudi dan US memegang ekonomi dunia kerana mereka telahpun menyimpan khazanah besar tersebut. Mereka memajakkan khazanah itu lantas mengeluarkan note dan juga wang kertas berbentuk fiat kepada negara-negara lain.

28. US telah bertindak sebagai pengeluar hutang terbesar ketika itu.

29. Secara tidak langsung, Soekarno telahpun gagal membina impiannya iaitu hendak membina Indonesia Raya yang mana sebenarnya khazanah itu dikeluarkan dari isi bumi Indonesia bagi membangunkan sebuah bentuk negara baru yang bakal menjadi kuasa besar dunia, bernama "Indonesia Raya".

30. Lantas, US dengan cepatnya telah mengapi-apikan sentimen nasionalis dalam diri rakyat Malaysia dan Indonesia.

31. Kita telah dipecahkan kepada dua blok besar. Yang mana ketika sebelum terjadinya peristiwa itu, kita dan orang Indonesia sebenarnya sama serumpun dan bebas keluar masuk sempadan perairan dan sempadan daratan.

32. Semenjak peristiwa itu, maka tercetuslah konfrontasi antara negara kita dan negara mereka.

33. Akibatnya, ramai orang mati dan ramai orang menjadi marah. Rentetan daripada itu, sehingga hari ini amat sukar bagi rakyat Malaysia hendak menerima rakyat Indonesia dan begitu juga rakyat Indonesia sukar menerima rakyat Malaysia kecuali rakyat Indonesia yang datang ke Malaysia berhijrah atau sebaliknya.

34. Menjadi persoalan kecil, daripada mana datangnya khazanah itu? Apakah bentuk khazanah yang disebut-sebutkan itu?

35. Sebenarnya, Indonesia baru sahaja merdeka pada tahun 1947, tetapi tidak lama selepas itu, Indonesia telahpun kaya raya. Amatlah mustahil sebuah negara yang baru merdeka amat pesat membangunkan negara mereka dan secara tiba-tiba, mereka telah mempunyai banyak khazanah berharga.

36. Bagaimana kekayaan itu datang kepada Indonesia, saya rasa tidak perlu diceritakan disini.

37. Yang pasti, selepas berlakunya peristiwa rampasan khazanah tersebut oleh pihak US di Indonesia, maka secara tidak langsung ekonomi Indonesia telahpun jatuh merudum dengan teruk sekali.

38. Natijahnya, sehingga hari ini, ekonomi Indonesia telahpun jatuh dan nilai matawangnya telahpun diturunkan serendah-rendahnya. Indonesia merupakan sebuah negara yang penuh dengan hasil bumi yang mana sepatutnya mereka sudahpun kaya raya pada hari ini tetapi pelik, mengapa nilai matawangnya masih diparas yang sama?

39. Jawapannya pada khazanah yang telah dirampas itu! Selagi sesebuah negara tidak memiliki khazanah tersebut, maka negara tersebut akan jatuh nilai paras ekonominya.

40. Saya bukan pakar ekonomi dan bukan ekonomi sebenarnya yang hendak saya bahaskan.

41. Tetapi, sebenarnya, khazanah berharga itulah juga yang sedang US rompak daripada negara kita !

42. Amat sukar untuk diterima akal, apabila sebuah pesawat Boeing 777 buatan US yang secara tiba-tiba hilang begitu sahaj telah menarik minat lebih 25 buah negara dalam satu misi operasiSearch and Rescue (SAR).

43. Amat sukar diterima akal, apabila misi itu dikatakan tidak ditaja oleh mana-mana negara melainkan kesemua negara itu datang menghulurkan bantuan tanpa meminta apa-apa habuan.

44. Amat sukar diterima akal apabila sebuah pesawat bersaiz besar berukuran sekitar 40 meter panjang itu boleh lenyap terus daripada radar dan satelit yang mengawal perairan dan udara negara kita.

43. Terlebih sukar diterima akal, apabila timbul dakwaan sebuah pesawat bersaiz lebih kurang 40 meter panjang itu boleh berpatah balik dan terbang menuju ke banyak arah.

44. Saya katakan, sebenarnya semua ini hanyalah satu permainan dan konspirasi untuk menutup cerita sebenar !

45. Apa cerita sebenar yang berlaku? Saya tidak dapat merungkaikannya disini kerana bangkai pesawat masihpun belum ditemui.

46. Ayuh, kita berfikir secara waras.

47. Sebuah pesawat telahpun hilang daripada radar pada sekitar jam 2.30 pagi 8 Mac 2014. Misi SAR telah dilancarkan pada siangnya dan serentak dengan itu, beberapa buah negara telahpun mengikuti misi tersebut.

48. Sehari selepas itu, pihak risikan CIA, FBI dan Interpol telahpun turut campur dalam urusan mencari dan menyelamat ini.

49. Sehingga kini, langsung tiada berita disebarkan apa sebenarnya tugas CIA, FBI dan Interpol ini datang dan mengapa mereka bertiga begitu cepat bertindak sedangkan badan risikan lain-lain negara langsung TIDAK dihantar ke mari.

50. Sehari selepas pesawat dilaporkan hilang juga, US telah mengumumkan akan menghantar US N. 7th Fleet dan juga US KIDD mereka ke perairan Laut China Selatan.

51. Malaysia turut mengeluarkan KD Perantau dan beberapa lagi buah kapal yang dilengkapi peralatan mencari dan menyelamat ke perairan Laut China Selatan.

52. Buat pertama kalinya, Laut China Selatan (LCS) menjadi tumpuan banyak negara. Buat pertama kalinya, Malaysia menjadi tumpuan hampir seluruh dunia secara besar-besaran. Buat pertama kalinya, sebuah pesawat milik MAS hilang tanpa khabar.

53. Okay, sebelum saya sambung cerita. Saya ingin tegaskan, selepas ini ada banyak point yang akan mengakibatkan anda tidak dapat mempercayainya dan akan mengakibatkan anda berasa bercelaru selagimana anda tidak mahu mengamalkan apa yang Rasulullah SAWAW telah ajar kepada kita, iaitu membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir Al-Kahfi bagi mengelak fitnah akhir zaman.

54. Sebelum saya sambung, saya tegaskan bahawa peristiwa MH370 ini TIDAK ADA kaitan dengan Freemason, Illuminati, Pitbull, movie Transformers, movie Non-Stop atau apa sahaja teori konspirasi yang merepek. Teori konspirasi yang sebenar, jauh lebih besar daripada apa yang anda bayangkan!

55. Saya sambung artikel saya. Ketika kesemua 9 buah negara dan kelengkapan SAR mereka berkumpul di LCS itulah, pihak kerajaan kita telah menghubungi banyak negara untuk turut serta menghantar bantuan dalam misi SAR ini.

56. Ketika itu jugalah, pihak US melalui ejen risikan mereka telah menghidu ada sesuatu yang amat berharga di dalam pesawat MH370.

57. Ketika itu jugalah, pihak US melalui ejen risikan mereka, telahpun mengeluarkan satu bentuk arahan secara tidak langsung kepada pihak berkuasa kita. Ya, kepada pihak berkuasa kita bukan kepada Dato Seri Najib.

58. Arahan itu berbentuk samar-samar.

59. Pihak US telahpun mengeluarkan satu bentuk mid spin terhadap dunia, bahawa sebenarnya pesawat MH370 telah berpatah balik.

60. Pihak US telahpun menghidu, akan ada lebih ramai pasukan SAR yang tiba daripada banyak negara dan sudah pasti, akan ada salah satu daripada mana-mana pihak yang datang itu akan menemui pesawat. Tidak kira sama ada pesawat terhempas ataupun tidak.

61. Maka, ketika itulah media antarabangsa melalui lidah utama mereka, CNN, BBC dan lain-lain telah mengapi-apikan bahawa pesawat sebenarnya telahpun berpatah balik dan terbang menuju ke arah Lautan Andaman.

62. Sebenarnya, jika kita tidak mengikut apa yang dihebahkan media luar, kita tidak seharusnya mempercayai kata-kata mereka. Sebenarnya, pesawat masih ada di dalam perairan berdekatan negara kita. Paling jauh pesawat hanya akan berada di sekitar Vietnam, kepulauan Parcel atau Spratley sahaja.

63. Ketika itulah, pihak berkuasa kita bagaikan hilang arah. Dihentak oleh media luar untuk menyatakan, YA atau TIDAK pesawat berpatah balik.

64. Pada hari ke-5, ketika itulah, ketua TUDM yang membuat press conference telahpun mengumumkan bahawa MH370 TIDAK BERPATAH BALIK namun menurutnya ada kemungkinan pesawat berpatah balik dan mereka tidak pasti adakah ianya MH370 atau bukan. Jika saya silap info ini tolong betulkan.

65. Entah bagaimana, pada hari ke-8 (jika saya tidak silap) tiba-tiba Dato Seri Najib Tun Razak (DSN) telah muncul dalam press conference pada petang tersebut dan menyatakan pesawat telahpun berpatah balik serta ada kemungkinan-kemungkinan ia dihijack.

66. Suatu yang sangat aneh dan menyulitkan bagi akal manusia biasa berfikir.

67. Saya amat yakin, apa yang DSN beritahu itu sebenarnya adalah satu jawapan terbesar kepada dunia, bahawa pesawat masih berada di sekitar Laut China Selatan !!!!!

68. Mengapa saya katakan begitu? Seorang Perdana Menteri hanya akan membuat kenyataan terhadap sesuatu isu sekiranya berlaku perkara yang amat besar atau telah ada satu keputusan yang pasti lagi muktamad dalam hala tuju negara.

69. Kini, hala tuju negara kita telahpun diarahkan sejajar dengan apa yang pihak US mahukan.

70. Perasan atau tidak, semenjak tarikh pengumuman yang dibuat oleh DSN tersebut, sudah tidak kedengaran lagi berita CIA, FBI waima Interpol mahu mencari kehilangan MH370. Sebaliknya kita hanya terdengar satu atau dua berita sahaja yang mana pihak kita melalui kenyataan Hishamuddin telah menolak CIA, FBI dan Interpol untuk mengambil alih kes ini.

71. Sejak daripada itu jugalah, pihak berkuasa kita sedang pening kepala hendak mengeluarkan berita sebenar kepada pihak media. Ketika itu jugalah, pelbagai teori sengaja dikeluarkan ke media sosial dan juga media semasa

72. Antaranya peterlibatan pesawat AWACS (singkatan bagi pesawat perang anti radar milik US) dalam 'mengghaibkan' MH370. Pesawat dirampas oleh orang Iran. Pesawat sudah mendarat di Khazastan. Pesawat sudah mendarat di Russia. Pesawat sudah mendarat di Mongolia kerana dihijack orang Mongol yang ingin balas dendam kepada Malaysia atas kematian Altantuya. Pesawat mendarat di Diego Garcia. Pesawat terhempas di Pulau Perak. Pesawat mendarat di Andaman. Kehilangan pesawat didalangi oleh Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Najib. Pilot ada masalah mental dan ingin bunuh diri. Dan macam-macam lagi teori yang bagi saya, sengaja diada-adakan bertujuan melengahkan masa dan mencipta diversion dalam kepercayaan orang ramai.

73. Hakikatnya, Pesawat Boeing 777-200 penerbangan MH370 masih lagi berada di Laut China Selatan. Ia sudahpun tenggelam, tidak kira apa cara anda menterjemahkan perkataan 'tenggelam' itu baik maksudnya benar-benar tenggelam atau dighaibkan ke alam ghaib ataupun ia telah mendarat di mana-mana pulau namun tidak diberitahu kepada umum. Yang pasti ia tetap berada di Laut China Selatan.

74. Sekarang, kita berbalik kepada persoalan utama artikel ini ditulis. Siapa yang rugi?

75. Mengapa pesawat dihebohkan telah berpatah balik? Kerana, ia bertujuan untuk mengalih perhatian dunia daripada Laut China Selatan dan juga bertujuan mengalih perhatian seluruh negara yang terlibat dalam SAR daripada terus berada di perairan LCS.

76. Setelah hari kelapan, maka sedikit demi sedikit SAR dipindahkan ke perairan Selat Melaka, Lautan Andaman dan juga Lautan Hindi atau Bay of Bengal.

77. Ketika inilah, ramai yang tidak perasan. Hanya tinggal 4 buah negara sahaja yang BELUM mengalihkan kesemua kapal mereka yang ada daripada perairan LCS. Keempat-empat buah negara itu adalah, China, Vietnam, Malaysia dan juga US.

78. MEGAPA INI BERLAKU??

79. Telah terjadi satu perebutan kuasa untuk merebut MH370. Siapa yang menang dia bakal memperoleh habuan yang sangat besar.

80. Apa habuannya? Habuannya adalah isi pesawat tersebut yang mana merupakan sebuah khazanah yang boleh mengkayakan sesebuah negara sekaligus menjadikan negara yang mempunyai khazanah tersebut menjadi sebuah negara yang berkuasa di dunia. Khazanah yang sama dengan khazanah yang telah dirampas oleh US daripada Indonesia.

*PERINGATAN! Jangan tanya saya apakah 'khazanah' yang dimaksudkan tersebut. Anggaplah ia sebagai sebahagian daripada rahsia negara. Seandainya ia terdedah, maka keselamatan negara boleh terancam.

81. US mahukan khazanah tersebut bagi meneruskan kelangsungan kekuasaannya yang sudah hampir malap. China pula mahukan khazanah itu kerana ia memerlukannya bagi menambahkan lagi kekuatannya di dunia ini sekaligus mampu memindahkan kuasa ekonomi daripada US ke China. Vietnam pula secara tidak sengaja mahu mengambil kapal tersebut kerana dia telah terjumpa lokasi pesawat pada hari kehilangan pesawat lagi, sementelah Vietnam juga sebenarnya sebuah negara proksi US (rujuk laporan berita berkenaan nelayan vietnam).

82. Malaysia? Kenapa Malaysia pun turut serta dalam perebutan itu? Kerana, sebenarnya khazanah itu datang daripada MALAYSIA !

83. Jadi, apabila kita berbalik kepada persoalan asal, siapa sebenarnya yang sedang rugi sekarang ini???

84. Jawapannya, kesemua negara yang turut serta dalam misi SAR akan rugi. Pihak yang mendanai misi SAR tersebut juga akan rugi sekiranya mereka tidak dapat khazanah tersebut.

85. Jadi, bagi menjayakan misi US untuk merampas khazanah tersebut daripada jatuh ke tangan China, maka segala bentuk konspirasi, segala bentuk rancangan dan plan harus digerakkan dengan segera bagi mendapatkan pesawat tersebut.

86. Terkini, ketika artikel ini ditulis, US telahpun membuat pengumuman untuk menarik diri daripada menyertai misi SAR di LCS dan hanya akan menghantar US Poseidon dan US P-8 yang mana kedua-dua nama ini adalah merujuk kepada pesawat terbang bukannya kapal laut seperti US 7th Fleet atau US Kidd.

87. Terkini, ketika artikel ini ditulis juga, pihak Singapura telah menghantar satu, sebuah, kapal laut yang mana sermbong kapalnya berwarna merah. Saya tidak pasti adakah kapal selam pihak Singapura masih berada di perairan LCS atau tidak.

88. Mengapa US menarik diri dan mengapa US menghantar Singapura ke LCS?? Kenapa US tidak mahu suruh Singapura hantar kapal tersebut bersama kapal selamnya ke koridor selatan pencarian MH370??

89. Kerana, US tidak mahu pergerakannya diketahui oleh ramai orang dan dia mahukan khazanah tersebut dapat ke tangannya melalui proksinya.

90. Sekarang, kita masuk kepada persoalan, mengapa pesawat masih belum ditemui??

91. Pesawat masih belum ditemui kerana pesawat MH370 memang tidak terbang ke koridor utara waima koridor selatan. Kerana itulah sehingga kini hari ke-12, misi SAR masih belum menemui jawapan.

92. Kenapa pencarian di LCS masih belum menemui jawapan? Kerana, pihak DSN masih lagi berunding dengan seseorang.

93. Rundingan saya tidak pasti bila akan tamat. Apa yang saya pasti, jawapan boleh diperoleh pada 21 atau 24 haribulan ini. InsyaALLAH jika diperpanjangkan usia, saya akan menulis artikel seterusnya pada salah satu tarikh tersebut. Jika pesawat ditemui lebih awal, saya akan tulis lebih awal, begitu juga jika pesawat ditemui lewat, saya akan tulis lewat.

94. Apa sahaja jawapan kepada rundingan tersebut, saya serahkan kepada pengumuman pihak DSN sekiranya dia membuat press conference kelak. Bilakah dan dimanakah dia akan buat press conference tersebut, itu bukan persoalan yang harus saya jawab. Kita hanya perlu tunggu dan nantikan disamping berdoa agar semua penumpang selamat dan khazanah itu tidak jatuh ke tangan US.

95. Saya berikan sedikit jawapan, mengapa tiada radar, satelit, scanner atau apa sahaja bentuk kecanggihan yang ada tidak menemui lokasi tepat MH370?

96. Kerana, sebenarnya pesawat itu sudahpun memasuki dimensi lain dalam alam ini. Pesawat disembunyikan oleh orang yang bertanggungjawab bagi mengelakkan khazanah tersebut jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya.

97. Selain itu, saya juga yakin dan percaya, mengapa semua ini berlaku sebenarnya adalah satu bentuk kekuasaan ALLAH SWT bagi menunjukkan betapa besar dan hebatnya perancanganNYA mengatasi segala perancangan manusia.

98. Sebenarnya, di dalam pesawat tersebut ada ramai orang China dan ada antara mereka warganegara US dan Australia.

99. Di dalamnya juga terdapat beberapa orang yang sudah bersedia untuk merampas khazanah tersebut namun, rampasan yang cuba dibuat itu telah gagal.

100. Kerana itulah, Kapten Zaharie telah dipanggil bertugas pada hari tersebut kerana dialah satu-satunya pilot yang sangat berpengalaman dalam MAS.

101. Kapten Zaharie sebenarnya adalah seorang yang sangat baik dan dia telah banyak berjasa kepada negara ini. Tidak kira dia mati atau tidak, kita harus menghargainya sebagai seorang yang berjasa tinggi kerana telah cuba melawan rampasan pesawat yang cuba dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

102. Bukan kerana Kapten Zaharie mempunyai peralatan simulator dirumahnya menyebabkan dia dituduh sebagai perampas atau mahu bunuh diri atau bersekongkol dengan mana-mana gerakan untuk melenyapkan pesawat.

103. Terus terang saya katakan, isu MH370 LANGSUNG tiada kaitan dengan Anwar Ibrahim yang dihukum penjara. Isu ini juga tiada kaitan dengan keahlian PKR Kapten Zaharie.

104. Isu MH370 juga TIADA kaitan dengan hijack bertuntutan atau meminta ransom.

105. Isu MH370 ini juga TIADA kaitan dengan Al-Qaeda dan Iran. Isu ini bukan isu pengganas. Isu ini bukan isu untuk menuding siapa salah siapa benar. Ini adalah isu global.

106. Benar kata-kata Hishamuddin ketika press conference pada hari ke-11, isu ini adalah satu isu yang lebih besar daripada isu politik dalam negara.

107. Percayalah, isu Iran - Syiah, isu Al-Qaeda, isu kapten ahli PKR, isu Anwar Ibrahim dan lain-lain isu yang sudah saya nyatakan, semua itu sebenarnya hanyalah satu diversion dan juga satu bentuk persediaan US untuk mencipta skrip baru andai PLAN B mereka gagal.

108. Tunggulah sehingga rundingan selesai barulah pesawat dilepaskan. Bagaimana pesawat dilepaskan, saya tidak dapat jawapannya kerana saya tiada di meja rundingan. Hanya orang-orang kenamaan sahaja yang layak berada disitu.

109. Bagaimana saya menerima segala maklumat ini? Itu tidak perlu dipersoalkan. Kerana saya telahpun mengamalkan 10 ayat pertama surah Al-Kahfi dan juga 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi.

110. Tetapi, saya juga tidak menafikan sekiranya secara tiba-tiba pesawat MH370 dikatakan telah ditemui di koridor selatan di sekitar kawasan Andaman atau Diego Garcia.

111. Maka, sekiranya perkara itu berlaku, saya jawab awal-awal, itu hanyalah salah satu daripada PLAN dan juga RANCANGAN US untuk mengkaburi mata dunia daripada pesawat MH370 yang sebenar yang masih berada di LCS.

112. Sekiranya pesawat ditemui, tak kira di LCS atau di Andaman, tiba-tiba ada skrip dan drama mengatakan bahawa pesawat telah dihijack oleh pengganas tak kira pengganas Al-Qaeda atau syiah Iran, maka saya tolak cerita ini awal-awal kerana ia tidak lain tidak bukan sebagai salah satu plan dan juga rancangan US untuk "menyelam sambil minum air". Dia sudah dapat khazanah lagi mahu serang orang. Dasar tak sedar diri....!

113. Seandainya berlaku cerita mengenai pengganas, maka saya nafikan awal-awal bahawa Iran BUKAN sebuah hab pengganas. Tetapi jika negara kita dituduh sebagia hab pengganas, terimalah hakikat bahawa Malaysia memang sebuah hab pengganas sejak zaman Tun Dr Mahatir lagi !

114. Bukti? Lihat sahaja Nordin Mat Top, Al-Maunah dan juga Dr Azahari. Kesemua nama-namatop wanted ini adalah berwarganegara Malaysia. Tidak perlu bercerita mengenai perjuangan mereka, kerana sekarang bukan masanya. Tetapi telah terbukti, sebenarnya Malaysia sedang dalam jerat US dan kita menunggu masa untuk dikambinghitamkan.

115. Kerana itulah pihak kerajaan telahpun bersiap sedia dengan apa jua kemungkinan bagi mengelak US mengkambinghitamkan negara kita sebagai hab pengganas lantas dihalalkan untuk diserang. Tetapi saya TIDAK MENOLAK antara yang menjadi punca pesawat MH370 terjunam adalah berlakunya pergaduhan atau pertengkaran di dalam pesawat, atau mungkin berlakunya letupan (kecil atau besar) di dalam pesawat yang mana letupan MUNGKIN berpunca daripada kotak kasut atau bom yang diletakkan di kasut.

116. Kerana itu jugalah timbul ura-ura mengatakan MH370 hilang dek kerana penangan Anwar Ibrahim dan Kapten Zaharie telah berkomplot. Ini sebenarnya hanyalah persediaan untuk pengkambinghitaman bagi mengelak pengkambinghitaman yang lebih besar dan merbahaya.

117. Jika saya salah dalam susunan kambinghitam ini, saya memohon seribu satu kemaafan daripada semua yang telah saya seret dalam kenyataan saya. Boleh jadi ia benar boleh jadi ia salah. Yang pasti, kerajaan kita tidak akan sama sekali sewenang-wenangnya membiarkan kedaulatan kita diceroboh walau seinci.

118. Sama ada US, China, Vietnam, Singapura atau Malaysia yang menjadi juara menemui MH370, ayuh sama-sama kita nantikan. Berdoalah agar negara kita yang pertama sekali menjumpainya dan berdoalah agar tidak ada apa-apa yang buruk berlaku terhadap negara kita selepas insiden kehilangan MH370 ini. Berkenaan khazanah itu pula, tolong jangan tanya saya bagaimana khazanah boleh ada di atas pesawat dan tolong jangan tanya saya siapa dalang bawa khazanah, kemana nak bawa khazanah dan lain-lain persoalan berkaitan kerana pesawat pun masih belum dijumpai.

119. Kerana saya yakin, pihak US tidak akan patah semangat untuk mengusik kita di negara ini jika mereka gagal mendapatkan MH370 dan khazanah di dalamnya. Saya juga yakin pihak China akan marah terhadap kita jika MH370 jatuh ke tangan US. Saya juga yakin, negara kita akan benar-benar tersepit jika MH370 jatuh ketangan yang tidak sepatutnya. Saya juga yakin, kepimpinan Dato Seri Najib sedang berada dihujung tanduk.

120. Sesudah itu, ayuhlah sama-sama kita meneruskan doa kita agar kita beroleh yang terbaik untuk kes MH370 ini. Mati atau tidak bukan lagi persoalan, tetapi persoalannya adalah masa depan negara dan masa depan kita semua. Selamatkah anak cucu kita nanti? Selamatkah kita semua nanti? Masih ada masa dan peluangkah untuk kita bertaubat???????

121. Sekali lagi buat kesekian kalinya, saya menyeru kepada anda semua agar anda kembalilah mengamalkan apa yang telah Rasulullah SAWAW ajarkan kepada kita bilamana dihadapan kita ada fitnah yang besar. Amalkanlah membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi serta amalkanlah membaca doa menghindar dari fitnah dajjal pada setiap kali solat 5 waktu.

122. Sekarang, saya telahpun sampai kepada persoalan terakhir.... Siapakah yang rugi setelah membaca artikel ini???

123. Anda sendiri yang tentukan !

Syukur alhamdulillah, dengan limpah kurnianya telah juga selesai artikel yang panjang lebar ini. Segala puja dan puji hanya untukNYA. Selawat dan Salam ke atas Baginda Rasulullah SAWAW dan dilimpahkan ke atas sekalian Ahli Baitnya. Semoga dengan berkat Ahli Bait yang masih ada di bumi bertuah Malaysia ini masih lagi dapat menjaga keamanan serta kemakmuran buat kita semua. InsyaALLAH, 21 Mac 2014, ayuh sama-sama kita ke Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya bagi mengikuti satu majlis zikir yang berkah lagi aula untuk kita duduki. Semoga dengan berkat pada hari tersebut, jawapan dan pengakhiran kepada semua episod misteri lagi duka MH370 ini akan berpenghujung dengan baik. Amiin....

Artikel saya telah tamat. JANGAN percaya apa yang saya tuliskan kerana ini hanyalah tulisan saya semata-mata. Saya tidak menyertakan apa-apa link rujukan bagi artikel ini, mohon maaf saya pinta. Sekiranya kalian dapati artikel ini tidak benar, maka ketahuilah saya telah silap dalam menganalisa data yang saya perolehi. Sekiranya kalian dapati artikel yang saya tulis ini benar, maka ketahuilah itu hanyalah kebetulan sahaja.

Untuk pengetahuan semua, sebahagian daripada isi artikel ini telahpun saya kongsikan dan bincangkan bersama seorang blogger terkenal di negara kita, tak lain tak bukan abang Shah Paskal daripada blog MilitaryofMalaysia. Saya telah duduk semeja dengannya dan beberapa orang lagi bermesyuarat untuk mencari dan meneliti setiap teori yang dikemukakan oleh banyak pihak, lantas kami telah bersetuju dan bersepakat untuk menolak beberapa buah teori yang tersebar sama seperti yang telah saya tuliskan di atas sana.

Untuk makluman juga, ini adalah artikel terakhir saya berkenaan MH370 di blog ini sebelum pesawat ditemui. Saya hanya akan menyambung penulisan saya berkenaan MH370 di blog ini setelah pesawat ditemui atau pada 21 atau 24 Mac 2014 yang mana saya yakin akan ada klu baru pada tarikh tersebut. Sekiranya klu baru atau pesawat ditemui awal, saya akan nukilkan artikel lebih awal dan sekiranya ia lewat, artikel juga lewat. InsyaALLAH semoga saya dan bro Shah Paskal dipanjangkan umur dan dilapangkan waktu untuk terus membongkar setiap kebenaran yang ada disebalik setiap perkara yang berlaku.

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan jutaan terima kasih tak terhingga kepada semua yang terus sabar menanti artikel baru daripada saya. Saya tidak minta untuk jadi terkenal. Saya tidak minta untuk artikel saya dibaca ramai orang. Apa yang saya minta, jika artikel ini telah membuka minda anda dan membuatkan anda terpanggil untuk kembali ke jalan yang benar atau sekurang-kurangnya anda mendapat manfaat dan ilmu baru disini, maka kongsikanlah artikel ini kepada siapa sahaja yang anda kenali.



TEORI KONSPIRASI MH370


Tuan-tuan boleh baca,nak percaya timbang2 sendiri.Kenapa MH370 membawa diri jauh ke lautan yang sangat dalam dan sunyi.

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini: Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.

 Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi.

Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik.

Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu.

 Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik. Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control).






Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika. Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas.

 Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone. Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat.

Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China. Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

 Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.

 Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.

Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia.

 Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon. Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

 Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US) 


MH370 MIMPI KE-2 USTAZ PENGASAS DARUL MANZIL

Ustaz Khairul Syakirin bin Abdul Wahab.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Manzil
Umur: 32 Tahun



Mimpi MH370 – Petunjuk Ke-2: Back to the Past
(Baca Sahaja…. Percaya Jangan… Hanya Mainan Tidur…)


Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung. 

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama……

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal… 

Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..

---------------------
PERINGATAN…!!

Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..

Ustaz Manzil bermimpi MH370.

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir. Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

gambaran mimpi ustaz

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku/pesakitku/penyakitku/apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami.

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk.Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside.”

("Jangan sesekali kamu cuba menukar laluan. Tidak ada harapan untuk berpatah balik ke negara kamu. Kami menguasai semuanya, kami tahu apa kamu lakukan di dalam(pesawat)." 

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka. Amin.

sumber:mya

Sunday, March 16, 2014

MH370: Suatu Misteri- Tulisan Brado Kapak

*Amaran Keras! Jangan baca jika anda tidak mampu untuk berfikir secara rasional dan waras. Jangan baca jika anda mempunyai tahap kepercayaan yang rendah dalam perkara baru. Artikel ini mungkin akan menyebabkan otak anda berfikir diluar kawalan dan ada unsur-unsur yang tidak dapat diterima logik akal manusia biasa. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya anda mengalami masalah peribadi setelah membaca artikel ini. Ini hanyalah informasi yang dapat saya sampaikan diselingkan dengan teori saya serta teori rakan-rakan yang berjaya saya kutip daripada mereka.

1. Sebuah pesawat Boeng 777-200 penerbangan MH370 telah dilaporkan berlepas daripada Kuala Lumpur Airport (KUL) pada sekitar tengah malam 7 Mac 2014. Selang beberapa jam selepas itu, radar kawalan terputus hubungan dengan pesawat. Selang beberapa jam selepas itu, enjin Roll Royce 1 kipas yang terdapat dalam MH370 juga berhenti memberikan laporan enjin pada sekitar jam 1 pagi 8 Mac 2014.

2. Hanya selang 5 atau 4 jam selepas waktu terakhir pesawat kelihatan dalam radar barulah pihak MAS dan DCA memaklumkannya kepada orang awam.

3. Maka bermulalah sesi mendebarkan bagi seluruh dunia terutamanya warganegara Malaysia dan Beijing sendiri. Kita digemparkan dengan satu kejadian yang aneh lagi ganjil di mana tidak sampai 24 jam selepas itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat (US) dengan tergesa-gesa telah menghantar segenap pasukan perisikan anti-pengganas mereka ke rantau ini. Ia terdiri daripada Federal Bureau Inteligence (FBI), Central Intelligence Agency (CIA) dan sekutu mereka Interpol. Dalam masa yang sama pihak US juga telah menyeru negara-negara rantau ini untuk sama-sama terlibat dalam misi membantu Search And Rescue (SAR) yang dijalankan pihak Malaysia.

4. Tidak kurang dari 24 jam, pelbagai bantuan telah dihantar oleh negara-negara jiran dan dua negara besar yang jauh, iaitu US dan Australia (Aussie). Seluruh misi SAR ini dikawal selia oleh pihak berkuasa Malaysia dibawah Kementerian Pengangkutan, Pertahanan dan juga pihak DCA, MAS, ATM, TUDM dan sekutu kerajaan. Dibantu oleh pihak media bagi hebahan umum, operasi SAR MH370 telah dilancarkan seawal pagi 8 Mac 2014.

5. Pesawat MH370 tersebut sebenarnya membawa seramai 239 orang penumpang termasuk 2 bayi dan 12 krew termasuk pilot dan co-pilot. Hanya seramai lebih kurang 38 orang sahaja penumpang warganegara Malaysia dan sekitar 10 orang sahaja berbangsa Melayu selebihnya adalah sekitar 152 orang warganegara China dan bakinya adalah pelancong asing daripada Ukraine, Australia dan negara-negara lain. Pilot adalah Kapten Zaharie dan dibantu co-pilot, Farid Hamid, 27 tahun. Info lengkap kronologi dan data penumpang pesawat boleh rujuk disini.

6. Apa yang memeranjatkan dunia adalah pihak US yang tergesa-gesa menghantar bala tentera mereka ke rantau ini kononnya bertujuan membantu misi SAR yang kita anjurkan. Pihak US telah menghantar lebih 30 buah US N. 7th Fleet ke Selat Melaka dan juga ke Laut China Selatan disamping membawa US KIDD, Pickney, Poseidon dan lain-lain kelengkapan canggih vessel dan pesawat mereka.

7. Saya ringkaskan, dalam masa yang sangat singkat sudah hampir 13 buah negara menyertai misi SAR ini dengan kelengkapan melebihi 80 buah jentera bersaiz besar.

8. Saya bersangka baik, semua pihak yang hadir memberi bantuan adalah disebabkan negara kita yang sangat baik hati. Orang kata, buat baik dibalas baik. Negara kita adalah satu-satunya negara yang tidak pernah terlepas misi bantuan ke mana-mana negara yang terkena bencana tak kira bila dan di mana.

9. Namun, saya juga bersetuju jika ada yang mengatakan pihak yang hadir menghantar bantuan SAR ini ada yang mengambil kesempatan.

10. Terutamanya pihak US dan sekutunya serta media antarabangsa yang sudah pasti dikawal oleh tangan-tangan ghaib. Mereka ini berperanan utama dalam menyebarkan provokasi dan pelbagai spekulasi liar untuk memancing kerajaan negara kita agar membuka pekung yang tersembunyi.

11. Namun saya tidak menolak ada antara mereka yang benar-benar ingin membantu kita dalam menyebarkan berita yang telus dan benar serta berita-berita diluar jangkaan orang awam.

12. Saya amat yakin, setiap kali press conference di adakan, tak kira dimana sekalipun ia dibuat, satu skrip khusus telahpun disediakan agar jalan cerita sama dengan yang dirancangkan.

13. Pada awalnya, skrip agak kucar kacir namun sejak kebelakangan ini ia seakan-akan semakin teliti dan selari menurut kehendak sang pencatur.

14. Okay, sekarang kita berbalik kepada punca dan asbab.

15. Pada satu minggu sebelum kejadian MH370 berlaku, saya telah ke Terengganu. Ketika di sana saya bertemu dengan seorang brader yang menceritakan kepada kami klu-klu kejadian yang berlaku pada minggu ini.

16. Kami langsung tidak menyangka yang kejadian MH370 ini terjadi seawal minggu ini dan ada kaitan dengan apa yang diberitahu kepada kami.

17. Untuk makluman, brader tersebut ada membuat satu upacara memintas masa di satu lokasi tempat berlakunya perang besar. Disitu, ada ramai geng-geng yahudi freemason illuminati yang sedang giat berusaha untuk memintas masa dunia bagi tujuan menjayakan misi NWO mereka.

18. Saya ringkaskan lagi, brader tadi telah memberi pihak kami beberapa klu antaranya adalah, Beijing - Johor, Singapore, Sabah - Sarawak, Cina - China dan juga Komunis - Kapitalis.

19. Apa yang brader tu ceritakan kepada kami, itu tidak dapat saya beritahu kerana ia bersifat classified.

20. Saya ingin mengulas sedikit klu tersebut kerana klu-klu ini pernah saya tulis di wall facebook saya dan saya telah berjanji untuk membahasnya di blog ini. Boleh baca disini sebagai rujukan. Pastikan anda ada akaun facebook terlebih dahulu sebelum membacanya.

21. Mengapa brader tersebut menyebutkan Beijing dan Johor? Kerana... Menurut brader tersebut, sudah lebih 70 ribu orang Cina dari tanah besar dan dari Singapura dibawa masuk ke Johor. Menurutnya lagi, dijangka lebih ramai orang Cina akan dibawa masuk daripada Beijing masuk ke Johor.

22. Ini adalah rancangan teliti yang telah lama direncanakan oleh tangan-tangan ghaib di negara ini.

23. Mengapa Sabah - Sarawak? Pernahkah korang terdengar ura-ura Sabah dan Sarawak hendak keluar daripada Malaysia? Pasti pernah....

24. Korang pernah dengar tak pasal perebutan Kepulauan Spratly antara beberapa buah negara, Malaysia (Sabah), China, Philipines, Vietnam dan US.

25. Kepulauan Spratly ini adalah antara cita-cita besar bagi US. Mereka sangat menginginkan kepulauan tersebut bagi menempatkan pangkalan mereka disitu.

26. Setakat ini, hanya pihak China sahaja yang berani meletakkan batu tanda dikawasan perairan Spratly sehingga perairan Sabah. Pihak China telah meletakkan batu tanda itu beberapa minggu sebelum MH370 dilaporkan hilang.

27. Langsung tiada liputan media terhadap kes ini. Namun, pihak TLDM Sabah telahpun tahu dan mereka masih menanti bantuan ketenteraan untuk dihantar ke Sabah sebagai persediaan andai terjadi apa-apa yang tidak diingini.

28. Kenapa Spratly menjadi rebutan? Kerana, disitu adalah lokasi yang strategik untuk mengawal perairan Laut China Selatan (LCS).

29. Kalau kita ada Pulau Perak di Utara Semenanjung untuk mengawal Straits of Malacca, maka kita perlukan Spratly untuk mengawal LCS.

30. Kerana itu US bercita-cita besar mengambil Spratly kerana mereka mahu meletakkan pangkalan tentera mereka disitu bagi mencapai cita-cita terakhir mereka iaitu menjayakan NWO di peringkat terakhir.

31. Jika Spratly jatuh ke tangan US, maka lengkaplah kesemua perairan yang ada dalam dunia telahpun dikawal oleh US. Semua laluan utama perairan dunia sudahpun dikawal ketat oleh pihak US. Tetapi hanya Spratly dan juga Pulau Perak yang masih belum dikawal oleh mereka.

32. Korang pernah terdengar bukan tentang kata-kata sejarah, "Siapa yang mengawal Selat Melaka, dia bagaikan mengawal Venice" atau lebih kurang begitu. Saya pun tak ingat sangat.

33. Mengapa ada ura-ura mengatakan bahawa pesawat telah berpatah balik dan tiba-tiba sahaja pesawat menuju ke arah Pulau Perak?

34. Sudah pasti ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan mungkin juga ada pihak terlepas cakap. Hal ini telah ditangani dengan cermat oleh pihak TUDM sendiri dengan membuat press conference menafikan radar mereka menemui MH370 berpatah balik ke arah Pulau Perak.

35. Saya setuju dengan tindakan TUDM kerana jika dunia tertumpu ke arah Pulau Perak, nescaya segenap kelengkapan perang yang ada disekitar perairan Malaysia pasti akan tertumpu ke situ dan ada kemungkinan pulau itu di'usik' oleh orang luar. Rujuk status facebook yang ini mengenai Pulau Perak.

36. Apa yang ada di pulau tersebut? Di mana lokasinya? Korang boleh rujuk google map kalau nak tau sangat. Yang pasti, di dalamnya ada banyak batuan granit dan hanya ada satu pusat pelancongan dan satu pangkalan tentera berskala kecil yang hanya mampu menempatkan satu platun tentera sahaja. Di puncak bukit granit itu terdapat satu landasan kecil yang mampu menampung pendaratan helikopter Nuri.

37. Pada sekitar tahun 70-an kalau tidak silap saya, ketika itu Tun Dr Mahatir telah mengarahkan agar kita membuka satu pusat pelancongan disitu dan menempatkan satu pengkalan tentera bagi mengawal kedaulatan pulau tersebut daripada jatuh ke tangan orang lain. Tindakan bijak ini Alhamdulillah telah berjaya menjaga kedaulatan Straits of Malacca sehingga hari ini.

38. Berbeza dengan Pulau-pulau lain yang kebanyakannya sudah jatuh ke tangan orang luar dan ada yang masih menjadi rebutan. Sebagai contoh terdekat, Pulau Batu Putih, Spratly, Andaman dan lain-lain.

39. Kerana itulah saya sebelum ini langsung TIDAK bersetuju akan ura-ura menyatakan pesawat MH370 telah terhempas di sekitar Pulau Perak dan sudah banyak beg mayat dibawa ke sana. Ini adalah satu spekulasi yang tidak menguntungkan negara. Rujuk status ini mengenai pesawat terhempas di Pulau Perak.

40. Saya tinggalkan spekulasi mengenai Pulau Perak. Walaupun secara tiba-tiba ramai rakyat Malaysia yang sebelum ini langsung tidak pernah tahu mengenai Pulau Perak ini tiba-tiba mengetahuinya. Apapun terima kasih juga kepada orang yang sudi menyebarkan spekulasi tersebut kerana mereka telah berjaya membuatkan ramai orang kita ambil tahu akan geografi negara sendiri. Setiap yang berlaku ada baik dan buruknya. Sekarang sudah terbukti.

41. Okay, kita berbalik kepada MH370 itu sendiri. Menurut bacaan radar yang disiarkan kepada media, pesawat hilang hubungan sekitar 1.07 pagi 8 Mac 2014 dan terputus imej dari radar ketika itu juga.

42. Menurut radar lain pula (TUDM dan Flightradar online), pesawat telah melakukan pusingan beberapa darjah dan ketika pusingan itu berlaku, ia sedang naik lebih tinggi pada kadar lebih 30ribu kaki dari aras laut. Lantas selepas beberapa saat pusingan dibuat, pesawat telah vanished daripada semua radar yang ada.

43. Disini, sangat banyak persoalan timbul. Kebiasaannya orang akan tertanya-tanya, adakah pesawat berpatah balik? Adakah pesawat sengaja diputuskan hubungan radar? Adakah radar dimatikan? Adakah orang di dalam pesawat sendiri yang mematikan isyarat radar atau kotak hitam?

44. Saya kurang berminat dengan soalan seperti itu. Saya ingin mengajukan satu persoalan diluar akal kita semua. Mungkin ada antara kalian yang terfikir tentang soalan ini... Kemanakah sebenarnya hala tujuan pesawat setelah membuat pusingan beberapa darjah?

45. Jika pesawat berpatah balik, seharusnya pusingan lebih daripada 90 darjah. Sekiranya pesawat terbang terus, kita boleh andaikan pusingan yang berlaku itu adalah saat cemas di dalam pesawat.

46. Untuk menentukan hala tuju pesawat, hanya pilot dan co-pilot yang boleh mengawalnya.

47. Pesawat ini bukanlah pesawat tempur sebaliknya pesawat komersil buatan US daripada syarikat Boeing. Di dalam pesawat terdapat seorang individu yang sangat berharga bagi negara kita.

48. Siapakah dia? Orangnya adalah Kapten Zaharie sendiri iaitu pilot pesawat tersebut. Beliau adalah seorang pilot yang sangat-sangat berpengalaman dalam MAS. Beliau telah terbang lebih 18 ribu jam sepanjang berkhidmat dengan MAS. Beliau seorang yang sangat mahir selok belok pesawat Boeing dan segenap penerbangan MAS. Rujuk artikel ini.

49. Tahukah anda? Kapten Zaharie memiliki satu kemahiran yang sangat unik berbanding pilot lain dalam MAS. Kapten Zaharie mampu mendaratkan sebuah pesawat Boeing dilandasan yang pendek daripada landasan yang sepatutnya. Kapten Zaharie pernah mendaratkan Boeing bersaiz besar di Lapangan Terbang Kuala Terengganu satu masa dahulu. Sesiapa yang kerja dengan MAS mungkin boleh check kesahihan berita yang saya tuliskan ini. Boleh email saya atau hubungi saya di facebook untuk membetulkan fakta ini jika salah.

50. Sepatutnya pada hari tersebut, Kapten Zaharie harus bercuti sebaliknya dia telah dipanggil untuk menerbangkan pesawat tersebut. Ini saya terima dari seorang rakan yang rapat dengan ahli keluarga Kapten. Jika ada ahli keluarga yang terbaca dan menafikannya, boleh hubungi saya juga untuk membetulkannya.

51. Untuk melakukan pendaratan disesuatu lokasi yang mempunyai landing pad yang pendek, kepakaran yang ada pada Kapten Zaharie amatlah diperlukan. Hanya beliau yang mampu mendaratkan MH370 dimana-mana kawasan yang dirasakan perlu.

52. Disini, sudah ada satu petunjuk bahawa pesawat MH370 ini sebenarnya sudahpun ditarget oleh individu tertentu. Kerana apa? Kerana pesawat ini membawa pelbagai aset berharga, antaranya Kapten Zaharie sendiri dan sekiranya pesawat dikehendaki melakukan misi terahsia, maka kepakaran Kapten Zaharie sangat-sangat diperlukan.

53. Saya tidak mengandaikan Kapten Zaharie terlibat secara langsung sekiranya laporan pesawat dirampas adalah benar. Sebaliknya Kapten Zaharie adalah seorang yang baik dan sedang menjalankan tugasnya dengan patuh dan taat.

54. Begitu juga dengan co-pilotnya yang bernama Fariq Abd Hamid. Saya sifatkan tindakan media antarabangsa menyebarkan berita dan gambaran buruk terhadap co-pilot dan pilot kita ini sebenarnya hanyalah diversion untuk membuatkan mata dunia memandang buruk terhadap kedua-dua mereka sekaligus orang ramai akan melupakan kelebihan yang ada pada mereka berdua.

55. Saya memohon maaf kepada keluarga Kapten dan co-pilot sekiranya ada mana-mana kata-kata saya membuatkan kalian terguris.

56. Selain mereka berdua, ada banyak lagi aset berharga di dalam pesawat MH370. Antaranya adalah seramai 150 orang warga China itu sendiri. Rujuk balik hint yang telah diberi oleh brader yang saya ceritakan dalam point 18 di atas.

57. Antara 150 orang lebih atau kurang itu, terdapat sekurang-kurangnya 20 orang pekerja freescale yang mana mereka bekerja dengan sebuah syarikat US untuk hak paten sebuah cip baru. Boleh rujuk artikel ini.

58. Selain itu, ada 2 orang warganegara Ukraine dan juga beberapa orang warganegara Australia. Di dalam pesawat juga membawa pelbagai muatan.

59. Saya ingin berkongsi sedikit telahan nakal daripada seorang rakan saya. Kata beliau, pesawat MH370 sebenarnya membawa khazanah emas dan juga harta yang dipunggah daripada negara kita untuk dihantar ke China sebagai tukaran kepada suatu benda yang bernilai.

60. Sebaliknya ketika separuh jalan, pesawat telah hilang dan dibawa masuk ke alam ghaib. Ini kerana jin yang menjaga emas-emas Nusantara tersebut marah lantas menghilangkan pesawat untuk mengambil kembali emas yang ada di dalamnya bagi dipulangkan ke tempat asalnya.

61. Lebih nakal lagi, ada rakan saya berkata pesawat MH370 ini sebenarnya membawa dokumen perang antara beberapa negeri. Dokumen ini amat penting bagi mengelakkan Perang Dunia ke-4 daripada tercetus. Sementara itu, US dilihat sangat bercita-cita tinggi untuk melancarkan kempen perang dunia ke-4 bagi menghancurkan blok-blok komunis dan syiah.

62. Paling nakal, ada yang berkata pesawat MH370 sudahpun selamat landing disebuah pulau dan isi berharga sudah dibawa keluar dan ada antara mereka sudah dipanggil pulang ke Malaysia dan masuk melalui KLIA tanpa sedikit halangan dan tidak diketahui umum pun. Sementara itu pesawat masih disimpan untuk tujuan tertentu bagi melancarkan tugas tertentu.

63. Saya tidak menolak ketiga-tiga telahan nakal itu tetapi saya tidak juga menerimanya bulat-bulat.

64. Okay, saya berbalik kepada persoalan yang saya ajukan tadi. Kemanakah sebenarnya pesawat itu terbang setelah menukar arah pergerakannya di udara pada sekitar jam 1.07 pagi 8 Mac 2014??

65. Menurut media 14 Mac 2014, pesawat tidak terbang melebihi 4 jam setelah terputus hubungan. Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan daripada pihak DCA dan MAS sendiri kerana enjin Roll Royce berhenti memberikan laporan pada jam berikutnya.

66. Jadi saya andaikan pesawat tidak berada jauh daripada semenanjung Malaysia. Ini teori saya sendiri. Pesawat masih ada di kawasan berdekatan perairan negara jiran kita. Disebelah mana? Disebelah Laut China Selatan kah atau disebelah Lautan Andaman??

67. Korang cuba cari berdasarkan klu-klu yang telahpun diberikan di atas sana.

68. Saya sendiri TIDAK BERANI hendak memberitahu dimanakah lokasi pesawat. Apa yang pasti, saya berani menyatakan bahawa pesawat masih berada di perairan berdekatan Semenanjung sahaja dan pihak kerajaan kita sudahpun mendapat klu tersebut pada hari ini (14 Mac 2014) iaitu genap 7 hari pesawat hilang.

69. Ada satu persoalan, mengapa pihak US bermati-matian hendak mencari pesawat dipersekitaran Selat Melaka pada awalnya. Saya kira ini sudah terjawab berdasarkan klu pada point 32 dan seterusnya. Perasan tak selepas hari kedua kejadian ini berlaku, pihak US tidak lagi menumpukan perhatian di perairan Selat Melaka sebaliknya cuba mencari alasan untuk naik ke utara sedikit.

70. Ketika itulah mereka cuba memfokuskan kepada Pulau Perak. Namun beberapa hari selepasnya pihak TUDM menyangkal dakwaan tersebut lantas hari yang sama, pihak US telah memfokuskan kawasan sekitar Andaman Sea sehingga kawasan Bay of Bengal.

71. Kenapa mereka tidak pernah menyebutkan Pulau Diego Garcia seperti yang banyak disebut-sebut oleh orang awam di facebook? Kenapa mereka tidak lagi memfokuskan kepada Pulau Perak?

72. Kerana mereka tahu semua andaian-andaian yang tersebar di facebook adalah tidak benar sama sekali. Tidak ada MH370 di Diego Garcia kerana pesawat MH370 sudah pasti tidak cukup bekalan bahan api untuk terbang ke sana melainkan ada pesawat perjuang yang dihantar untuk mengisi kerosen ketika MH370 terbang diudara.

73. Namun, teori itu terbatal kerana pihak US hanya tiba di perairan Malaysia pada siang 8 Mac 2014 iaitu beberapa jam selepas pesawat hilang.

74. Jadi, sekarang ini persoalan besarnya, MENGAPAKAH pihak US bermati-matian memfokuskan pencarian di sekitar Lautan Andaman dan Lautan Hindi sebaliknya pihak kita bermati-matian menafikan pesawat terbang lebih 4 jam dan tidak menuju ke Pulau Perak????????????

75. Tetapi dalam masa yang sama, pihak kita turut bersetuju untuk sama-sama mencari MH370 disekitar Andaman bersama-sama US dan lain-lain negara. Dalam masa yang sama juga China sudah mula menghantar kelengkapannya dari China menuju ke arah perairan Vietnam.

76. Saya kongsikan satu lagi andaian nakal. Sebenarnya tujuan US menghantar banyak kelengkapannya ke Laut China Selatan pada awalnya adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada China dan sekutunya akan kekuatan US.

77. Selepas menemui satu klu, pihak US tiba-tiba mengundurkan kelengkapannya daripada LCS dan menuju ke Andaman pula. Kebetulan masa yang sama, China telah membawa turun kelengkapannya menghampiri perairan Vietnam.

78. Disitu terserlah ketakutan US selepas melihat China berani menggertak US kembali dengan aksi silap mata tersebut. Kebetulan yang sama, 10 orang delegasi khas daripada China telah dihantar ke Malaysia dan tiba di KLIA sekitar 12 Mac 2014.

79. Apa tujuan dan niat delegasi ini saya tidak tahu tetapi saya berharap ianya baik belaka.

80. Saya kongsikan satu lagi andaian nakal, pihak US sebenarnya sudah menemui satu klu besar yang mana ia amat begitu yakin membawa kelengkapannya ke perairan Andaman dan sekitarnya dan siap ajak India bantu cari di Lautan India lagi tuuuu.....

81. Nah, tiba-tiba pihak kerajaan kita mengeluarkan statement menafikan tetapi dalam masa sama turut mencari disitu.

82. Nah, sekarang cuba kaitkan dengan point 44 dan 68.

83. Okay, sekarang korang dah boleh nampak kan permainan antarabangsa. Permainan global bukannya glokal. Permainan ini adalah wayang dunia dan media berperanan utama untuk mengkaburi mata dunia daripada mengetahui plan terancang para pemimpin setiap negara.

84. Setiap negara mempunyai kepentingan mereka tersendiri. Malaysia sudah pasti mahu menjaga imejnya dan menjaga identiti serta rahsia yang ada di lembah Nusantara ini daripada bocor ke tangan orang luar.

85. Sebaliknya kepentingan media luar adalah mengapi-apikan disamping memprovok kerajaan kita agar terserlah kebodohan yang ada pada pemimpin kita.

86. Saya percaya dan yakin kerajaan kita tidak bodoh seperti yang disangkakan ramai orang. Jika mereka bodoh sekalipun, tetapi penasihat yang ada dibelakang setiap pemimpin kita bukan calang-calang orang.

87. Biarlah setiap kali sidang media, pihak kita kelihatan tidak meyakinkan atau 'bodoh-bodoh' asalkan rahsia negara terjaga.

88. Mengenai bomoh yang bawa pendayung dan buah kelapa tu, saya tak mahu ulas kerana itu adalah bidang ilmu dia. Saya cuma mahu katakan bahawa bomoh tersebut juga berperanan penting dalam hal ini. Pasal apa pula?? Sila rujuk artikel ini....

89. Mengenai parodi yang tersebar sampai satu dunia pun terikut-ikut, itu saya sudah jelaskan dalam point 85 iaitu media berperanan penting untuk memprovok kerajaan kita dalam keadaan genting. Jadi, hentikan sahaja daripada terus menyebarkan parodi atau apa sahaja yang merepek, kerana ia sedikit pun tidak membantu pencarian MH370.

90. Mengenai teori konspirasi lagu Pitbull dan Shakira serta movie Transformers, saya tidak mahu ulas kerana sudah saya ulas dalam artikel ini. Boleh baca untuk memahamkannya.

91. Oh ya, sebelum terlupa. Korang ingat lagi tak ada dakwaan media mengatakan satu orang Iran telah membeli 2 keping tiket penerbangan MH370 dari Pattani, Thailand pada 6 Mac 2014?? Kalau korang masih ingat, mesti korang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba berita tersebut senyap dan lenyap begitu sahaja selepas gambar 2 orang mamat Iran yang di-photoshop-kan itu telah terkantoi salah edit pada bahagian kaki?

92. Untuk kupasan mengenai lelaki Iran ini, sila rujuk sinisinisinisinisini dan sini. Sila pastikan korang baca "sini" tu ikut turutan tau. Persoalannya sekarang, mana pergi mamat Iran 2 orang tu dengan gambar dan hikayatnya? Kenapa media dan pihak berwajib seakan-akan telah mengabaikannya?

93. Jawapannya, 'mereka' gagal mengaitkan Iran dalam rencana perang ini. 'Mereka' juga gagal mengaitkan Iran untuk tuduhan kesalahan merampas kapal terbang kerana tiada eviden kukuh bagi mendakwa 2 orang yang menggunakan passport palsu itu benar-benar adalah warganegara Iran dan benar-benar mampu melakukan rampasan pesawat.

94. Seperti yang banyak saya sebutkan di facebook saya, pesawat MH370 TIDAK terhempas dan TIDAK di hijack. Sehingga kini teori ini saya masih pegang kerana belum ada apa-apa klu terbaru yang boleh menafikannya.

95. Kenapa saya berani berkata begitu? Sehingga 12 Mac 2014, pihak Interpol telah bersidang dan cuba mengandaikan pesawat tersebut telah mendarat di Korea Utara dan telah didalangi oleh Russia.

96. Apa kejadahnya mendarat di Korea Utara?? Jauh tu beb.... pihak TUDM kita pun dah nafikan yang pesawat boleh terbang lebih 4 jam selepas kehilangan dari radar. Jarak antara Beijing ke Korea Utara pun bukan dekat. Sudah pasti minyak yang ada dalam MH370 tidak mencukupi untuknya terbang ke Korea Utara daripada KLIA melainkan pesawat telah mengisi minyak dipertengahan jalan.

97. Akhirnya dakwaan Interpol itu lenyap begitu sahaja. Mereka gagal buat kali kedua untuk mengheret Korea Utara dalam kancah ini setelah gagal mengheret Iran dan Uighur.

98. Terlebih dahulu, Interpol, CIA dan FBI cuba mengheret Uighur dalam kancah tuduhan perang / merampas MH370 hanya kerana di dalam pesawat ramai orang Beijing. Sementelah Uighur adalah kawasan etnik yang ramai memeluk Islam. Namun majoriti mereka adalah Wahabi dan mempunyai link dengan Al-Qaeda. Saya bukan berniat memburukkan etnik Uighur sebaliknya, inilah punca kenapa US berani mengheret Uighur ke dalam kancah tuduhan berat tersebut.

99. Kerana, Al-Qaeda, terorisme dan segenap jenayah perang itu sebenarnya adalah ciptaan US sendiri melalui didikan CIA. Mereka mencipta false flag setiap kali ada mana-mana jemaah Islam yang cuba bangkit di mana-mana negara.

100. Setakat ini, false flag tersebut masih gagal dicipta di Malaysia, iaitu negara bertuah dirantau Nusantara.

101. Apa pasal mereka masih gagal mencipta false flag di negara ini? Pasal pemimpin kita bijak-bijak ke? Pasal rakyatnya baik-baik ke? Pasal kat sini ada Panji Hitam ke? Pasal apa ye???????

102. Korang fikirlah sendiri....

103-106. Dikeluarkan (TTO)

107. Berbalik kepada MH370, ada satu lagi persoalan yang sukar dijawab. Adakah kerajaan kita benar-benar TIDAK tahu dimanakah lokasi MH370 atau mereka telah tahu tetapi belum masanya untuk memberitahu kepada umum? Apakah yang sebenarnya sedang dirundingkan antara banyak negara yang hadir sekarang ini?? Apakah kaitan semua ini dengan pergolakan blok komunis-syiah dan blok kapitalis-zionis? Apakah kaitan semua ini dengan situasi politik dalam negara? Please jangan kaitkan dengan DSAI.

108. Saya terangkan sedikit mengenai blok komunis-syiah. Blok komunis-syiah ini sebenarnya merujuk kepada pakatan Shang-Hai Co-Operation yang mana di dalamnya berkumpul beberapa buah negara komunis dan syiah yang bersetuju menjadi sahabat kepada Russia. Antaranya adalah Korea Utara, China, Vietnam, Iran, Syria, Lubnan, Venezuela dan beberapa buah negara lagi.

109. Manakala blok kapitalis-zionis adalah merujuk kepada 'pengawal' dunia sekarang iaitu Amerika Syarikat, Canada, negara-negara Eropah dan seluruh sekutu mereka serta Isreal sebagai dalang dan penentu hala tuju kepada blok ini.

110. Bagi menjayakan New World Order (NWO), pihak Isreal telah menggunakan US sebagai kuda tunggangan untuk menjayakan misi mereka menawan dan menguasai dunia selari dengan prophecy mereka yang mana Yehwah mereka akan turun membantu mereka dalam peperangan terakhir mereka di lembah Mageddo melawan tentera Islam.

111. Bagi mencapai hasrat tersebut, mereka haruslah menawan dunia ini terlebih dahulu dan menyelaraskan seluruh dunia dibawah satu ruling state. Sehingga kini, hanya blok komunis-syiah sahaja yang menjadi penghalang terakhir bagi pakatan kapitalis-zionis ini untuk mencapai hasrat terakhir mereka.

112. Bagi menunaikan hasrat terakhir tersebut, mereka harus menghancurkan Syria sekaligus meletakkan false flag mereka disana sebagai pancing untuk memikat hati umat Islam diserata dunia.

113. Selepas itu mereka harus menghancurkan Lubnan dan target seterusnya adalah salah satu negara komunis-syiah yang berada di rantau tengah seperti Iran, Russia atau Korea Utara.

114. Terkini, kejadian kehilangan misteri pesawat MH370 telah dilihat menjadi satu perkara penting bagi pihak kapitalis-zionis untuk memancing negara-negara komunis-syiah ini ditarik ke dalam kancah perang. Kerana itulah banyak tuduhan melulu dikeluarkan oleh pihak Interpol dan unit anti-terorisme dari CIA dan FBI dengan mendakwa dan cuba mengaitkan Iran, Korea Utara serta Uighur dalam kes Mh370.

115. Sekaligus, pihak kapitalis-zionis ini gagal mencari punca sebenar MH370 hilang dan siapa dalang sebenar kes ini jika ia dirampas. Yang pasti pesawat TIDAK terhempas dan tidak di-hijack.

116. Sehingga kini, klu paling hampir ada di perairan sekitar Andaman dan tidak jauh daripada semenanjung Malaysia.

117. Pelbagai rundingan telah dibuat antara banyak pihak termasuk 10 delegasi dari China dan Vietnam. Terkini, rundingan damai antara Russia dan Crimeria telah membuahkan hasil yang mana Russia setuju untuk menarik balik tenteranya buat sementara waktu daripada sempadan Crimeria.

118. Ini adalah satu berita baik, namun ia bukanlah pengakhirannya sebaliknya banyak lagi yang sedang menanti kita di hadapan sana.

119. Kita, seluruh dunia sekarang ini sedang dalam fasa diambang perang dunia ke-4 (saya sendiri yang menyatakan perang dunia ke-4 bukan ke-3). Hanya sanya TIADA trigger yang dipetik sehingga kini dan kerana itulah belum tercetus apa-apa tindakan diluar kawalan antara semua negara dalam dunia ini.

120. Saya amat bersyukur kerana tindakan bijak pihak-pihak yang berwajib dalam kerajaan negara kita telah berjaya mengelakkan peperangan daripada tercetus. Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam misi mencari dan menyelamat MH370. Saya yakin jawapan kepada kehilangan pesawat ini pasti akan terungkai setelah klu yang ada di perairan Andaman dan keatas sikit ditemui.

121. Saya berharap, TIADA apa-apa perkara diluar kawalan berlaku dalam tempoh terdekat ini bagi mengelakkan kita terkena tempias sekiranya benar-benar ada perang berlaku.

123. Yakinlah dan percayalah bahawa negara-negara luar tidak mahu menyerang kita kerana bijaknya orang kita ini, walaupun ada dua pihak bergaduh tetapi kita masih boleh berdiri kukuh ditengah-tengahnya.

124. Saya percaya, jika api peperangan itu berlaku dan tercetus dinegara ini (rujuk point 18), itu adalah berpunca daripada dalaman negara kita sendiri. Ia adalah ujian terhadap kita selepas banyak kali kita lupa, leka dan lalai daripada mengingat perintah ALLAH SWT.


125. Saya percaya selagi kita di negara ini masih banyak bersedekah, dan banyak berselawat serta tidak melakukan perkara terlarang yang melampau seperti berlakunya pesta seks bebas atau hubungan sejenis yang berleluasa, insyaALLAH tanah Melayu ini masih aman makmur.

126. Saya percaya semua yang berlaku sekarang ini pasti ada hikmahnya. Lihatlah dari satu sudut yang lain daripada kebanyakan orang. Jangan terikut-ikut dengan pandangan majoriti kerana apa yang diyakini oleh majoriti sudah pasti TIDAK BENAR.

127. Secara serius, saya menyeru semua pihak untuk mengambil langkah penyelesaian bagi kes MH370 ini iaitu dengan mula mengamalkan membaca doa mengelak fitnah dajjal pada setiap kali menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Boleh baca doa tersebut disini dan amalkanlah....

128. Saya juga menyeru anda semua secara serius, mulakanlah daripada sekarang dengan membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir daripada surah Al-Kahfi. Jika belum hafal, hafallah sekarang sementara masih ada masa. Jika tidak mampu menghafalnya, bacalah banyak-banyak dan tambahkan 20 ayat pertama jika mampu. Kita sekarang sedang berada diambang kemuncak fitnah akhir zaman. Jika kita tidak mengamalkannya daripada sekarang, maka berhati-hatilah terhadap fitnah yang menipu. Rasulullah SAW berpesan kepada kita agar membaca ayat ini bagi menghindarkan diri daripada fitnah akhir zaman, sekaligus dapat membuka minda kita untuk keluar daripada majoriti serta dapat berfikir diluar kotak.

129. Saya bukanlah seorang pakar analisa atau orang professional. Saya hanya orang biasa sahaja yang sering mengambil tahu akan isu semasa dunia. Kerana itu saya mampu menulis artikel sepanjang ini dan berani menceritakannya kepada anda semua. Saya juga rakyat biasa seperti adan semua yang rindukan keamanan dan mahukan kebangkitan Islam berlaku secara fathanah.

13.0. Sekiranya ada mana-mana point di atas yang tidak betul atau tidak tepat, silalah hubungi saya untuk membetulkannya. Saya telahpun berkongsi banyak fakta, teori, sangkaan, dakwaan dan juga pelbagai lagi cerita-cerita menarik untuk tatapan seluruh umat Nusantara khususnya Melayu-Islam di negara kita. Saya telah membawa anda kepada punca permasalahan, kaitan-kaitannya, aspek sosio global dan juga penyelesaiannya. Saya amat berharap agar apa yang saya tuliskan ini memberi manfaat kepada anda semua.

Inilah artikel terakhir saya mengenai MH370 sehingga ada klu terbaru yang berskala lebih besar diumumkan oleh pihak media. Saya berharap pengakhiran kepada semua ini adalah baik dan menguntungkan umat Islam. Secara peribadi, saya sebenarnya TIDAK berani memberitahu lokasi kapal tersebut....

WAllahuA'lam Bessawab.

Ya ALLAH, jauhkanlah kami semua daripada fitnah akhir zaman baik yang nyata waima yang tersembunyi.

Sekian,

Wassalam.

---------

Sumber-sumber, rujukan dan kredit....

1. Facebook.com
2. BBC image.
3. Codar image.
4. The Guardian.
5. Cabal Times.
6. The Malaysian Insider, 1 - 2.
7. Sinar Harian, 1.
8. Google Maps.
9. Google Images.
10. Mukagebu.blogspot.
11. Utusan Malaysia.
12. Saltanat.org
13. CBC News.
14. AFR.
15. Malaysia Kini.
16. A secret document by FundForPeace
17. Sinosphere.
18. Rakan blogger, Shah Paskal.
19. Rakan-rakan facebook saya.
20. Corren Gravanta.
21. Mat Nor.
22. Seluruh Media Malaysia tanpa terkecuali.
23. Pihak berkuasa tempatan.
24. DCA.
25. Pihak pengurusan MAS.
26. Brader dari Terengganu.
27. Dan seluruh warga kerja yang telah turut sama menjayakan artikel ini secara langsung atau tidak langsung.

Jutaan terima kasih kepada semua yang menunggu dan tidak putus-putus menantikan kehadiran artikel ini. Jutaan terima kasih kepada semua yang sudah membacanya. Jutaan terima kasih juga kepada anda semua diluar sana. Salam kedamaian daripada saya, mohon ampun dan maaf andai ada banyak kesalahan dan kesilapan.

Sekian daripada saya, semoga segala apa yang saya nukilkan membawa manfaat walaupun kecil kepada anda semua. Anda dibenarkan menyalin semula artikel, memprint, menyebarkan link atau mengambil mana-mana info yang ada di dalamnya.

Terima kasih.

---------
Penulis : BRADO KAPAK
Pengkaji Ilmu Akhir Zaman.
Freelance Internet Marketer.
1.35 AM, 15 Mac 2014.