Wednesday, December 26, 2012

PENGASAS BANK AL-RAJHI

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
KISAH KEINSAFAN: Jutawan Arab, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk 'Miskin'
Sulaiman Al-Rajhi
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.
Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.
Temubual:
Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
temubual
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.”

 – Mynewshub.my



LOGO HALAL DI IKTIRAF JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau  JAKIM adalah satu organisasi yang ditubuhkan untuk memantau keadaan dan situasi masyarakat Muslim di Malaysia.Salah satu tugas JAKIM ialah memastikan keboleh gunaan atau kehalalan sesuatu produk yang dikeluarkan atau dikendalikan oleh sesebuah syarikat atau pertubuhan tempatan dengan tujuan pemasaran kepada orang awam.Dengan kata lain, JAKIM berkuasa sepenuhnya dalam mengeluarkan sijil HALAL kepada pengusaha syarikat atau premis setelah memantau dan membuat kajian terhadap produk-produk tersebut.

Sungguhpun demikian, Malaysia sebagai hub perdagangan antarabangsa memungkinkan kebanjiran barangan dan produk hasil dari luar negara. Kepelbagaian produk luar negara ini memang tidak dapat disangkal memandangkan begitu banyak laluan masuk dagangan ke Malaysia.Oleh itu JAKIM dengan kerjasama badan-badan Muslim di beberapa negara luar telah membuat kajian dan mengiktiraf apa-apa produk yang memiliki cop HALAL yang dikeluarkan oleh beberapa organisasi Muslim di negara tersebut. Berikut adalah senarainya;

Organization CountryOrganization NameOrganization Logo
ArgentinaThe Halal Catering Argentina
AustraliaAdelaide Mosque Islamic Society of South Australia
AustraliaHalal Sadiq Services
AustraliaIslamic Association of Geraldton Western Australia
AustraliaIslamic Association of Katanning Inc.
AustraliaAl-Iman Islamic Society Incorporated
AustraliaSupreme Islamic Council of New Halal Meat in Australia (SICHMA)
AustraliaThe Australian Federation of Islamic Councils Inc. (AFIC)
AustraliaAFIC Quensland Branch
AustraliaThe Islamic Council of Western Australia
AustraliaIslamic Society of South Australia
AustraliaThe Perth Mosque of Western Australia Incorporated
AustraliaKhairat Melayu Islam Victoria (KMIV)
BelgiumIslamic Food Council of Europe
BrazilFederation of Muslims Association In Brazil
BruneiLembaga Mengeluarkan Permit Import Halal (Board for Issuing Halal Import Permit)
ChinaChina Islamic Association
ChinaShandong Islamic Association
DenmarkIslamic Cultural Centre(IKCS)
FranceAssociation Finisterienne Pour La Culture Arabo-Islamique (AFCAI)
FranceRitual Association of Lyon's Great Mosque (Association Ritualle Do La Grande Mosquee De Lyon)
GermanyHalal Control e.K.
GermanyIslamic Centre Hamburg e.V.
IndiaJamiat-E-Ulama-E-Hind
IndonesiaLembaga Pengkajian Pangan Obat-obatan dan Kosmetika the Indonesian Council of Ulama (MUI)
JapanJapan Muslim Association
NetherlandsHalal Feed and Food Inspection Authority
NetherlandsControl Office of Halal Slaughtering
NetherlandsTotal Quality Halal Correct Certification
New ZealandFederation of Islamic Association of New Zealand (FIANZ)
New ZealandNew Zealand Islamic Meat Management Incorporated
PakistanJamea Markaz Uloom Islamia Mansoora (JMMUIM)
PhilippinesUlama Conference of The Philippines
PhilippinesIslamic Da'wah Council of Philippines, Inc. (IDCP)
SingaporeIslamic Religious Council of Singapore
Sounth AfricaNational Independent Halaal Trust
Sounth AfricaSouth African National Halal Authority (SANHA)
Sounth AfricaMuslim Judicial Council Halal Trust
TaiwanTaichung Mosque
TaiwanTaipei Grand Mosque
ThailandThe Halal Standard Institute of Thailand
United States of AmericaHalal Food Council South East
United States of AmericaIslamic Services America
United States of AmericaThe Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA)
VietnamIslamic Community of Ho Chi Minh City

Jadi,sekiranya anda melihat logo HALAL ataupun cop organisasi ini, yakinlah InsyaAllah ianya boleh dimakan walaupun ianya diimport dari negara minoriti Islam seperti Jepun, Australia, Thailand, Taiwan dan New Zealand.


sumber: HDC's website.


Saturday, December 15, 2012

MAYAT TIDAK REPUT

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

mayat terpelihara - Subhanallah
Mayat ini adalah mayat seorang lelaki (Haji Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada tahun 1987. Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak perempuan yang ketika itu masih kecil lagi. Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar) dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan pondok Madrasah Khairiah Islamiah di Pokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu.

Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya.

(Gambar) Mayat yang tidak reput ini diambil pada 28/4/2004 di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau. Pinang.

Sahabat penulis sempat menziarahi arwah setahun sebelum beliau meninggal dunia dan berkomunikasi dengannya menggunakan pen dan kertas. Kubur bersebelahan (di dalam gambar) yang telah dikorek itu adalah untuk ibu saudara sahabat penulis yang meninggal pada hari tersebut. Syukur Alhamdulillah, beliau berpeluang melihat mayat walaupun sekerat badan sahaja (sebahagian lagi ditimbus tanah).

Mayatnya seperti baru ditanam semalam dengan daging serta otot-otot tangan dan kaki kelihatan seolah masih 'segar' lagi. Disebabkan hujan lebat pada malam sebelumnya, kain kafan yang basah dan melekat pada tubuhnya memperlihatkan betapa kuasa Allah kadangkala melewati batasan logik akal manusia.

Kain putih yang membaluti jasad juga seolah 'terpelihara'. Jika dilihat pada gambar yang dilampirkan, dibahagian atas itu ialah kepalanya yang dilapik dengan bantal tanah.

Kisah ini sewajarnya dijadikan renungan untuk semua... bagaimana pula keadaan kita di kubur nanti? Kala jasad bersendirian tanpa taulan selain amal jua... ingatlah, janji Allah tetap benar. Dia akan menjaga hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih. Firman Allah s.w.t  “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

~sumber

6 Hacker Terkenal di Dunia

Individu-indidvidu ini memiliki otak yang genius dan dibekalkan dengan wajah yang lumayan.Dengan ilmu dan kepakaran yang disandarkan pada kepintaran menguasai gadget terkini ciptaan manusia, sepatutnya kebolehan itu dimanfaatkan ke arah yang lebih baik dan membantu sesama insan. Malangnya mereka-mereka ini memiliki moral yang tidak seiring dengan kegeniusan mereka.Sayang seribu kali sayang..kebanyakkan manusia genius di dunia  terlebih dalam ilmu terkurang dalam etika.Yah..setiap manusia normal akan melakukan kesilapan dalam hidupnya.Akhirnya mereka insaf dan jadi lebih berguna dalam menangani jenayah siber di dunia.

1. Jonathan James

James'rakyat Amerika, berumur 16 tahun apabila dia dimasukkan ke penjara kerana membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Akibat salahlakunya, dia didenda tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun.

2. Adrian Lamo
Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info peribadi dan beberapa nombor sekuriti . Dia akhirnya didenda $65,000 dollar US.
3. Kevin Mitnick
Inilah legenda hidup yang benar-benar mantap dalam dunia hack.
Antara yang dia lakukan :
-Mengkaburi FBI
-Hacking ke dalam DEC system (Digital Equipment Corporation)
-Mendapatkan password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian.
-Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa.
Seorang white hat hacker pun yang bernama Tsutomu Shimomura pun dihack komputer sistemnya oleh Kevin, dan terjadilah perang hacker. Dia ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Mitnick saat itu. Tapi sekarang dia sudah insaf dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pemudahcara.
4. Kevin Poulsen

Juga dikenal dengan Dark Dante. Dia menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh talian telefon kerana memang kemahiran dia menghack talian telefon. Saat ini dia jadi senior editor di Wired News, dan berjaya menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.
5. Robert Tappan Moris

Orang yang pertama kali membuat Worm, yang dinamakan Morris Worm melalui internet dan menyebarkan wormnya yang mengakibatkan lebih kurang 6000 komputer jadi down..!!!Dia akhirnya dipenjarakan rumah selama 3 tahun dan didenda sebesar $10,500 dollar. Sekarang dia bekerja sebagai professor di sebuah MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory!!
6. Karl Koch
Dia berasal dari Hannover Jerman yang menamakan komputernya kungfuUP (First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa kajian dalam menghack pada kurun waktu1985-1988. Dia juga seorang penagih kokain.Dia berjaya membolosi beberapa sistem ketenteraan AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hacknya dijual ke KGB (Agen Rahsia Soviet Union). Dia ditemui mati pada tahun 1988, menurut info dia membakar tubuhnya sendiri namun ada yang mengesyaki menjadi mangsa konspirasi.
~sumber.

SHAMSIAH FAKEH - PELOPOR GERAKAN WANITA MELAYU


                                       
Shamsiah Fakeh ketika berumur 13 tahun bersama dengan ibunya Sa'amah Nonggok dan adiknya Ramli 
sebelum beliau berangkat ke Sumatera untuk belajar di Sekolah Agama Rahmah Al Yunusiah


SEDUTAN MEMOIR SHAMSIAH FAKEH.

Didalam memoir beliau, dituliskan latar belakang kehidupan beliau sebagai anak remaja yang jelas bukan dari kalangan orang berpendidikan tinggi. Beliau tidak mempunyai kesedaran politik sehinggalah Jepun meninggalkan tanah melayu. Tatkala ini orang melayu sedar bahawa Tanah Melayu perlu merdeka dari semua bentuk penjajahan.

Sebelum bergiat aktif dalam politik, beliau mengalami penceraian sebanyak dua kali. Penceraian yang di lakukan tidak mengikut lunas agama menjadikan beliau merasakan kaum wanita sering di tekan oleh kaum lelaki. Dalam perjuangan beliau dalam sayap wanita Parti Kebangsaan Melayu Malaya (kemudiannya di namakan Angkatan Wanita Sedar, AWAS), beliau sering memberi ucapan bagi menaikan semangat kaum wanita di zaman beliau. Bagi beliau, bebas dari penjajahan British merupakan titik tolak wanita bebas dari penindasan lelaki.(m/s 29)

Penglibatan beliau sebagai Ketua AWAS mendapat restu ayahanda beliau yang juga di katakan mempunyai semangat nasionalis yang tinggi. Beliau mengantikan Aishah Ghani (Tan Sri Datin Paduka Seri) yang meninggalkan AWAS bagi menyertai UMNO. 

Sebelum beliau bergiat aktif di dalam PKMM, beliau juga banyak menghadiri perjumpaan-perjumpaan yang di anjurkan oleh UMNO(m/s 13). Betapa ketika itu semangat beliau untuk membebaskan tanah air amat tinggi. Walaupun menurut beliau, beliau tidak berpengetahuan di dalam ideologi, hanya dengan semangat nasionalis itu beliau berjaya memimpin AWAS dalam usaha memerdekakan Tanah Melayu.(m/s 25)

Bagaimana Beliau Menyertai Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya.

Sebelum 1948

Di sekitar tahun 1945 dan 1946 Tanah Melayu menyaksikan kelahiran banyak parti-parti politik yang di bakar dengan semangat anti-Kolonial yang tinggi. Antara parti politik melayu yang lahir ketika itu adalah Persatuan Kebangsaan Melayu Muda (PKMM), United Malays National Organisation (UMNO) atau singkatan melayunya PEKEMBAR, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) merupakan suatu sayap PKMM.

PKMM di kira sebagai parti berhaluan kiri. Ahlinya sering di tangkap, dipenjara dan dihukum gantung oleh British, manakala UMNO pula tidak pernah di usik(m/s 15). Parti-parti berhaluan kiri melayu kemudiannya menubuhkan suatu pakatan di namakan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).

PUTERA terdiri dari AWAS, API, GERAM (Gerakan Angkatan Muda Singapura) dan BATAS (Barisan Tani Se Malaya) dan lain-lain. Manakala bagi parti-parti bukan Melayu (kecuali PKM) yang tidak mahu saya senarikan disini menubuhkan pakatan yang di panggil All-Malaya Council for Joint Action (AMCJA).

PUTERA dan AMCJA bergabung menubuhkan pertubuhan PUTERA-AMCJA. Pemimpin AMCJA ketika itu adalah Tan Cheng Lock (kemudiannya TUN) manakala PUTERA di ketuai oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).

Keratan artikel dari Majalah Kenchana bil 12 1 November 1947 
berkenaan Hartal

Di pendekan cerita, PUTERA-AMCJA mengemukakan perlembagaan rakyat, namun pihak British menolak perlembagaan tersebut dan hanya berkerjasama dengan UMNO dan wakil raja-raja Melayu. Ketika itu parti-parti berhaluan kiri merasakan jalan diplomasi telah di tutup oleh pihak British. Mereka melancarkan mogok di seluruh tanah melayu (Hartal) pada 20 Oktober 1947. Menurut Shamsiah di dalam memoir nya, mogok itu berjalan lancar dan berjaya merencatkan Ekonomi (m/s 34). Shamsiah Fakeh juga terlibat dalam Hartal sebagai ahli PUTERA yang mana beliau mengetuai AWAS.

Darurat 1948

Sebelum darurat di isytiharkan, parti-parti berhaluan kiri bebas bergerak menyampaikan ideologi mereka. Ini termasuk Parti Komunis Malaya (PKM). Di dalam kongres-kongres parti berhaluan kiri, wakil PKM akan memberikan ucapan. Pada Shamsiah Fakeh, tiada apa yang pelik mengenai PKM. Mereka kelihatan bersemangat dalam menuntut kemerdekaan negara. Menurut beliau juga, ketika itu PKM tidak di gembar-gemburkan sebagai jahat dan pengganas. (m/s 39).

Pengisytiharan darurat oleh British telah mengakibatkan semua parti berhaluan kiri di haramkan. Ini termasuk semua parti-parti komponen PUTERA-AMCJA. Sejurus sebelum Darurat Di isytiharkan, Shamsiah Fakeh berpindah ke Lubuk Kawah di Pahang. Di situ lah Wahi Anwar (Ahli PKMM pusat) meyakinkan Shamsiah untuk turut serta dalam PKM. Shamsiah berasa tiada apa-apa yang pelik dengan PKM ketika itu memandangkan mereka berjuang menentang British. Malahan Shamsiah mengalu-alukan keputusan PKM untuk menerimanya sebagai ahli atas sebab yang sama.(m/s 37-39)

Walaupun pada awal penglibatannya dalam politik, Shamsiah Fakeh menghadiri banyak perjumpaan-perjumpaan UMNO, Shamsiah memilih untuk berada di dalam PKMM, parti berhaluan kiri kerana pada beliau PKMM lebih progresif dan anti colonialis.(m/s 15) Shamsiah Fakeh mendapat latihan gerila di Pahang dan pada 1949, Rejimen ke-10 PKM di tubuhkan. Rejimen ke-10 di anggotai oleh orang Melayu dalam PKM.

Menolak Dakwaan Jahat terhadap dirinya.

Potrait Shamsiah Fakeh yang di ambil pada tahun 1994. 
Gambar kecil, potrait yang di ambil pada tahun 1960.

Sebelum beliau menulis memoir ini, banyak cerita-cerita tentang beliau meniti di dada akhbar serta dari mulut ke mulut. Di dalam prakata memoir ini beliau berharap penerangan beliau dapat menjawab beberapa tuduhan jahat terhadap dirinya.

1) Shamsiah membunuh anaknya untuk lari dari tentera kerajaan dengan:
         a) menghanyutkan anaknya kesungai (tuduhan Musa Ahmad)
         b) menghentak anaknya ke batu.(tuduhan Syed Alwi)

Di katakan juga beliau berbuat demikian kerana tertekan suaminya menyerah diri kepada tentera kerajaan. Tuduhan berkenaan di lemparkan oleh ahli PKM yang menyerah diri kepada kerajaan di dalam temuramah dengan RTM.

Shamsiah menyifatkan tuduhan itu amat jahat dan di luar batasan. Menurut Shamsiah, beliau tidak membunuh anaknya. Sebaliknya beberapa ahli PKM, meyakinkan beliau untuk menyerahkan anaknya pada penduduk kampung memandangkan keadaan perang tidak membolehkan beliau bergerak dengan bayinya. Shamsiah menyerahkan bayi itu dengan rasa sedih dan berat hati. Bayi beliau tidak di serah kan kepada penduduk kampung tempatan sebaliknya dibunuh oleh 3 orang anggota PKM. Hanya selepas 3 tahun, Shamsiah mendapat berita dari ahli tertinggi Rejimen ke 10, Musa Ahmad tentang kejadian sebenar.

Lebih menyedihkan lagi, Musa Ahmad lah yang memberi tahu wartawan RTM, bahawa Shamsiah Fakeh membaling anak nya kesungai. Di dalam memoir beliau, shamsiah menceritakan bagaimana beliau menyelamatkan bayi beliau ketika di serang oleh tentera kerajaan, menolak sama sekali tuduhan bahawa beliau seorang pembunuh.(m/s 52-59)

2) Syamsiah pembunuh kejam dan mempunyai ilmu kebal.

Syamsiah berkata, tiada sebab untuk pasukan polis berdendam terhadap dirinya. Walaupun beliau dibekalkan dengan pistol dan bom tangan ketika berada dihutan, beliau tidak pernah menggunakan senjata itu untuk membunuh pasukan tentera kerajaan. Senjata berkenaan di berikan kepadanya sebagai penghormatan terhadap beliau sebagai ketua AWAS. Sebaliknya menurut beliau, beliaulah yang di hujani peluru tentera kerajaan.

Beliau juga menolak cerita bahawa beliau mempunyai ilmu kebal. Beliau mendakwa beliau cuma hamba Allah dan tiada apa-apa kekebalan pada beliau. Hanya Allah yang memanjangkan umur beliau sehingga beliau dapat menulis memoir ini. (m/s 116)

Beliau menceritakan bagaimana beliau menyerahkan anak beliau kepada anggota PKM untuk di serahkan kepada penduduk tempatan. Sebelum perkara itu berlaku, pihak tentera memburu beliau dan beliau terpaksa melarikan diri bersama bayi beliau untuk mengelak daripada di tangkap. Sungguh cekal semangat beliau, bukan sahaja sebagai pejuang, malah sebagai seorang ibu dan wanita melayu.


Mempertahankan perjuangan di dalam hutan menentang British.

Di dalam memoir beliau, beliau banyak mempertahankan keputusan beliau masuk ke hutan menentang British. Beliau mempertahan PKM untuk mengangkat senjata menentang British. Beliau menyifatkan British adalam pengganas sebenar. Bercakap mengenai pertumpahan darah dengan askar yang terdiri dari orang Malaya, Shamsiah berkata;
'' Di dalam perang, sama ada adil atau tidak, pertumpahan darah tidak dapat dielakkan. Sesiapa yang berjuang di samping penjajah, pasti menerima tentangan. Ianya salah mereka untuk berpihak kepada penjajah'' m/s 47 ............(petikan bahasa inggeris yang saya terjemahkan kedalam bahasa melayu, ada kemungkinan tidak sama dengan memoir asal Shamsiah dalam bahasa melayu) 
Di dalam memoir nya juga, Shamsiah ada memetik beberapa kali buku '25 tahun merdeka' karangan Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris seorang veteran di dalam UMNO. Tan Sri Abdul Samad Idris ada mempertahankan orang-orang Melayu yang memberontak di hutan menentang British. Berikut adalah terjemahan dari petikan di dalam buku beliau:
''Jangan fikir pemberontakan oleh orang-orang melayu di Jenderam, Selangor, di Termeloh Pahang dan di tempat lain, yang mana mereka berkerjasama dengan pengganas komunis adalah kerana pemahaman mereka yang kuat terhadap ideologi komunis. Adalah sangat jelas melalui analisis sejarah bahawa mereka adalah wira nasionalis melayu. Mereka memilih jalan pemberontakan semata-mata hanya untuk mendapat kemerdekaan'' -25 Tahun Merdeka dipetik dan diterjemah dari memoir Shamsiah Fakeh m/s 49-

sumber: gendangperang

Sunday, December 2, 2012

Aung San Suu Kyi

Aung San Suu Kyi, adalah anak ketiga kepada Pengasas Burma dan merupakan ikon demokrasi. Ketika ini beliau sedang menuju pembebasan setelah menghabiskan 15 tahun daripada 21 tahun tempoh sekatan yang dikenakan ke atasnya.
Suu Kyi( tengah) bersama ibu bapa dan adik-beradiknya
Aung San Suu Kyi dilahirkan pada bulan Jun 19 haribulan, tahun 1945.Bapa Suu Kyi adalah Bapa kemerdekaan Burma, Jeneral Aung San.Ibunya Khin Kyi bertugas sebagai jururawat.Aung San dibunuh pada Julai 1947, 6 bulan sebelum tarikh kemerdekaan negaranya. 
Suu Kyi dan suami Michael Aris semasa muda.

Suu Kyi meninggalkan Burma pada tahun 1960 mengikut ibunya yang bertugas sebagai duta Burma di Delhi. Berkahwin dengan suaminya Michael Aris, seorang ahli akademik warganegara British pada 1972. Dengan Michael Aris,Suu Kyi mendapat dua anak, Alex dan Kim. Pasangan ini menghabiskan kebanyakkan masa mereka tinggal di beberapa negara seperti Bhutan, England, Japan and India kerana komitmen kerja Michael.Pasangan ini hidup bahagia sehinggalah Suu Kyi kembali ke Burma pada 1988 untuk menjaga ibunya yang sakit tenat.

Malangnya Suu Kyi ditangkap oleh diktator Burma ketika itu Ne Win yang menjadi pemerintah dengan merampas kuasa pada tahun 1988. Suu Kyi dituduh mendalangi pemberontakan terhadap pemerintah yang mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa rakyat Burma.Pada ketika ini Suu Kyi menjawat Setiausaha Agung parti NLD. Suu Kyi mula dikenakan tahanan rumah pada 1989.


Banglo tempat tahanan Suu Kyi
Pemerintah Tentera mengadakan pilihanraya pada bulan May 1990 dimana parti yang diwakili Suu Kyi, NLD (National League for Democracy) menang dengan majoriti besar  meskipun ketika itu Suu Kyi sedang menjalani tahanan rumah di banglonya yang terletak di pesisir Tasik Inya lake di Yangon.                              


Kronologi Hidup;


April 1988 kembali keRangoon untuk menjaga ibunya yang sakit tenat.
8 Ogos 1988 Kebangkitan rakyat akibat tekanan pihak Junta tentera yang mengakibatkan beribu kematian
24 September 1988 Menjadi setiausaha parti politik NLD.
Julai 1989 Dijatuhkan hukuman tahanan dalam rumah untuk pertama kali.

Mei 1990  parti Suu Kyi ;National League for Democracy(NLD)menang pilihanraya.Namun dinafikan oleh pihak tentera.
Oktober 1991 Dianugerahkan hadiah  Nobel Keamanan.
Oktober 1995 Dibebaskan dari tahanan rumah tetapi dengan batasan.
Mac 1999 Suami Suu Kyi, yang tidak ditemuinya selama 4 tahun mati akibat kanser.
September 2000 Sekali lagi mendapat perintah tahanan rumah setelah didapati bersalah melakukan perjalanan haram ke bandar Mandalay.

Mei 2002 Dibebaskan dari tahanan rumah.
Mei 2003 Dipenjara selepas berlaku pertempuran ganas antara pengikut parti NLD dan juta tentera.
September 2003 dibenarkan pulang tetapi tetap dalam tahanan.
Mei 2008 Penahanan rumah dilanjutkan sementara menunggu perbicaraan.
Ogos 2009 Dijatuhkan hukuman 18 bulan tahanan rumah.
Februari 2010 Mahkamah Tinggi menolak permohonan rayuan tahanan Suu Kyi.
7 November 2010 Burma mengadakan pilihanraya pertama selepas 20 tahun. arti yang mendapat sokongan junta tentera;Union Solidarity dan Development menang dalam pilihanwaya tersebut.
11 November 2010 Permohonan terakhir Suu Kyi bagi rayuan pembatalan penahanan rumah sekali lagi ditolak.


Suami dan anak-anak Suu Kyi menerima anugerah Nobel Keamanan pada 1991 bagi pihak nya.
  Suu Kyi tida pernah mendapat keadilan dalam lawatan semasa penahanannya oleh junta tentera.Suu Kyi dihalang bertemu dengan keluarganya.Anak-anak Suu Kyi, Alexander dan Kim serta suaminya Michael Aris tidak pernah berpeluang menemuinya semasa dalam tahanan. Malang  sekali lagi menimpa Suu Kyi apabila suami yang dicintai meninggal dunia akibat kanser pada Mac 1999. 

Alex, Suu Kyi dan Kim
Bersama di Nara Deer Park, Jepun





~sumber~