Saturday, November 5, 2011

TANGGUNGJAWAB SUAMI



Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya kepada Aishah r.a, “Apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya? Aishah menjawab” Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, maka apabila masuk waktu sembahyang beliau pun keluar untuk bersembahyang”.
[Riwayat Al-Bukhari]

Huraian :-

1.Kaum lelaki digalakkan membantu dalam kerja-kerja rumah tangga di samping tidak mengabaikan ibadat dan peranannya di dalam masyarakat.

2.Contoh pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga (rumah tangga) dan negara dengan baik dan sempurna.

3.Keluarga yang bahagia akan terhasil apabila suami dan isteri dapat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan saling membantu dalam urusan harian tanpa mengabaikan kewajipan kepada Allah S.W.T.


CROP CIRCLE



Ada berbagai jenis keanehan yang berlaku di dunia yang ditempati oleh makhluk nyata iaitu manusia dan haiwan ini.Kejadian dan fenomena dianggap aneh kerana kejadiannya yang sulit diterima akal dan hampir mustahil dapat dilakukan oleh tangan dan teknologi manusia biasa.Anehnya fenomena yang dikatakan aneh ini sering dikaitkan dengan makhluk bukan manusia dan bukan pula haiwan.Mari kita telusuri salah satu fenomena aneh yang melanda bumi yang kita tempati iaitu Crop Circle.

Crop Circle merupakan fenomena alam penuh misteri yang sekarang paling sering di jumpai.Sudah hampir 350 tahun semenjak kemunculannya pertama kali di Inggris pada tahun 1647, hingga kini para pengkaji dan saintis belum mendapat jawaban yang pasti bagaimana cara ianya  terbentuk dan terjadi.

Crop circle adalah suatu bentuk lingkaran dan bentuk bentuk lain seperti geometri (dan kebanyakan berukuran besar/luas ), bahkan ada juga yang yang biasa ditemui membentuk figura mahkluk hidup seperti kalajengking, bunga matahari dan lebah.Anehnya fenomena ini kebanyakkannya berlaku di ladang pertanian khususnya gandum. Di Inggris, Kanada, Amerika, Australia dan Jepun, banyak ditemukan fenomena crop circle. Fenomena ini biasanya muncul di musim panas saat ladang pertanian ditumbuhi dengan tanaman.. Bentuk geometri itu kadang berupa lingkaran-lingkaran atau bisa juga berbentuk rangkaian gambar yang unik, yang menunjukkan bahwa pembuatnya adalah makhluk yang cerdas. Tapi, crop circle ini bukan dibuat oleh manusia berdasarkan berbagai bukti yang telah diselidiki oleh para ilmuwan. Lantas mahkluk jenis apakah yang membuat semua ini???

Antara crop circle yang ditemui

Banyak yang mengaitkan crop circle ini dengan kegiatan spiritual karena rangkaian bentuk geometri yang terbentuk di ladang pertanian itu (gambar-gambar itu terbentuk dengan tanaman yang rebah / roboh). Menurut informasi yang ada, kemunculan fenomena crop circle ini sering disertai juga dengan pemunculan ufo yang berbentuk bola cahaya. Sebuah video yang didakwa berhasil merakamkan proses terjadinya sebuah crop circle (di oliver’s castle tahun 1996, lihat foto atas) menunjukkan bahwa sebuah crop circle terbentuk dalam waktu hanya sekitar 20 saat saja. Padahal besarnya ukurlilit crop circle ini mencapai puluhan meter. Fenomena ini bahkan diperkirakan telah muncul sejak ratusan tahun lalu. Sebuah ukiran pahatan kayu dari abad 17 yang dinamakan “Mowing Devil” menunjukkan ada makhluk yang dipercayai adalah syaitan, membuat kerusakan berupa lingkaran di ladang pertanian.



Kemunculannya di Rusia beberapa tahun yang lalu sangatlah menakjubkan,dimana crop circle bermunculan silih berganti.Masyarakat sekitar yang melihat menjadi bingung dengan cara bagaimana crop circle  terbentuk secepat itu.Dalam tempoh semalam terdapat kira-kira 6-7 crop circle dengan ukuran yang besar telah terbentuk di hamparan ladang gandum mereka.Yang membuat mereka semakin kagum adalah kepelbagaian bentuk dari crop circle itu sendiri, ada yang membentuk figura bunga matahari yang luar biasa indahnya.

Sampai saat ini,banyak spekulasi dan pandangan mengenai peroses terbentuknya Crop Circle.Ada yang beranggapan fenomena tersebut memang dibuat oleh manusia,tapi ada pula yang beranggapan murni dari proses gejala alam. Avebury Trusloe, Beckhampton, Wiltshire melaporkan pada 30 Jun 2006 berkenaan spekulasi-spekulasi dan pendapat orang awam tentang crop circle.Lingkaran aneh yang misteri di ladang gandum adalah fokus yang selalu menarik perhatian dan penelitian dari kalangan ilmuwan, dan hingga kini belum ada kesimpulan atas sebab terjadinya fenomena tersebut.....apakah makhluk asing seperti yang digembar-gemburkan oleh masyarakat barat dan sekutunya?????


Friday, November 4, 2011

Umar Al Khattab


Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a:” Rasulullah SAW pernah bersabda:” Di dalam tidur ku, aku melihat mangkuk penuh susu diberikan kepada ku dan aku meminumnya hingga membasahi sebahagian jemari ku. Kemudian aku memberikan sisanya kepada Umar bin al-Khattab.” (Para sahabat nabi SAW bertanya:” Apakah tafsiran anda (terhadap mimpi itu) ya Rasulullah SAW? Nabi SAW menjawab:” Itulah ilmu (agama).”
Huraian
Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang tafaqquh (mendalam ilmu agamanya). Dalam hal ini cuba kita renung sejenak tentang kisah Sayidina Umar Al Khattab RA. Beliau adalah orang yang paling disegani dan paling digeruni semasa zaman jahiliah. Demikian juga setelah beliau memeluk Islam, beliau tetap disegani dan ditakuti termasuk syaitan sendiri. Apakah rahsianya Sayidina Umar boleh mencapai tahap tersebut? Jawapannya tidak lain ialah kerana beliau benar-benar mendalami ilmu agama. Sungguh banyak pengajaran yang dapat diambil daripada kisah beliau. Di antaranya, kisah tentang beliau berkata dengan Hajar Al Aswad, kisah beliau tidak memotong tangan pencuri kerana terlalu fakir, kisah beliau memotong kedua-dua tangan pencuri kerana telah berdusta atas nama Allah, kisah beliau mengubah destinasi setelah mendapat berita wabak taun di negeri yang akan dituju, kisah tentang beliau berhijrah dan lain-lain. Beliau dikenal sebagai khalifah yang paling adil. Mukmin yang mendalam ilmu agamanya memang lebih ditakuti oleh syaitan berbanding dengan orang yang banyak beribadah tetapi jahil tentang seluk-belok agama. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW bermaksud: Seorang Faqih adalah lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu orang ‘Abid (orang yang banyak beribadat)”(at- Tirmidzi dan Ibnu Majaah)


Tuesday, November 1, 2011

10 PERKARA RAHSIA KAUM YAHUDI @ JEWS


Umat Islam merupakan musuh utama kaum yahudi di alam ini.Dengan berbekalkan kepintaran dan kekayaan yang dianugerahkan Allah, mereka sedaya upaya menjerumuskan orang-orang islam dari berada di landasan yang benar.Dengan kuasa yang ada mereka menggunakan semua jenis media sebagai alat propaganda secara halus menjerat dan memperkotak-katikkan umat Islam akhir zaman yang semakin rapuh pegangan agama dan ilmu Islamnya.Mari kita lihat apakah 10 amalan yang digemburkan secara silap dalam amalan umat Islam tetapi diamal oleh kaum ini dengan istiqomah.

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya. 

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan. Namun ilmu itu hanya untuk orang luar kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Penduduk Israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel dibuka pada tahun 1993 (lewat berbanding negara-negara lain). Mereka telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. 

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini adalah amalan Nabi Muhammad s.a.w.Hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk, lemah dan sukar untuk memahami pelajaran di sekolah.Karbohidrat lambat dicerna dibanding buah-buahan dan buah yang lambat dicerna akan bertukar menjadi asid.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya. Gambar-gambar penggalian boleh di dapati di sini.Walhal itu disebabkan oleh perbuatan mereka.

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967.Faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri dan antisipasi.

8) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi tapi media barat memberitakan hanya Islam yang menentang yahudi!!

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun.

Kebanyakan amalan2 pemakanan yang disenaraikan di atas adalah saranan nabi besar umat Islam,Muhammad s.a.w..malangnya kita sebagai umat semakin menjauhi sunnah baginda malahan mendekati tatacara kaum kafir.Subhanallah...mari kita koreksi diri.Insyaallah!!!ALLAHUAKBAR!!!